BAB 10

34.4K 1.4K 165
                                    

ANDREA mengemaskan lilitan selendang di kepala. Punyalah lama dia menonton tutorial memakai selendang. Yelah, dia bukannya tahu cara melilit selendang pun. Asal terletak cantik tu kira jadilah. Janji dia menutup aurat.

Setelah itu, Andrea mencalitkan lip gloss pada bibir mungilnya. Cukup untuk menaikkan seri pada wajahnya kerana dia tidak bersolek. Ala kadar sahaja memandangkan dia akan ke masjid, asalkan tak nampak macam mayat hidup, sudah lah.

Datin Melinda dan Dato' Abraham sudah menunggu di bawah. Haih, menunggu anak daranya yang seorang ini bersiap dah macam menunggu sepuluh orang anak dah. Mereka bertiga kemudian menaiki Toyota Alphard dan menuju ke masjid pilihan.

Tiba di masjid, Andrea membantu Datin Melinda untuk menyusun makanan-makanan yang ditempah dari pihak katering di meja yang disediakan. Makanan-makanan ini nanti akan diberikan kepada jemaah masjid selepas solat Isyak.

Maklum Datin Melinda, ini merupakan niatnya andai dia dan suami dapat menunaikan ibadah haji ke Mekah. Alhamdulillah, dapat juga dia melaksanakan niatnya.

Azan maghrib mula berkumandang. Masing-masing sudah mengambil saf untuk menunaikan solat fardhu.

"Rea..." Panggil Datin Melinda apabila selesai solat.

"Ya mama..." Andrea menyahut sambil melipat telekungnya.

"Ni... Aunty Zu datang..." Tunjuk Datin Melinda pada Puan Sri Zulaikha di sebelah.

Andrea tidak perasan akan kehadiran Puan Sri Zulaikha yang turut serta menunaikan solat bersama mereka. Khusyuk sangat dia berzikir tadi, sampaikan Puan Sri Zulaikha yang berada di sebelah mereka pun dia boleh tidak sedar. Andrea pantas mencapai tangan Puan Sri Zulaikha dan melabuhkan cium pada belakang tangan wanita itu.

"Assalamualaikum aunty... Maaf Rea tak perasan pula aunty ada sekali hari ni," tutur Andrea sopan.

Puan Sri Zulaikha hanya tersenyum. Sejuk pula matanya melihat Andrea yang manis bertudung.

"Waalaikumussalam, eh takpe... Aunty saja nak buat surprise..." Usik Puan Sri Zulaikha.

Andrea ketawa kecil. Kemudian, mereka bersama-sama keluar dari ruang solat untuk menuju ke khemah yang dipacak di luar masjid.

Dato' Abraham dan Tan Sri Zul Azhar dilihat sedang sibuk mengagihkan makanan-makanan kepada jemaah masjid termasuklah anak-anak yatim yang turut serta pada malam ini.

"Alhamdulillah... Selesai semuanya." Ucap Dato' Abraham apabila selesai mengagihkan makanan.

"Semoga kita semua memperolehi barakah dengan apa yang kita buat ni," Tan Sri Zul Azhar membalas tenang.

"Insha-Allah..." Jawab Puan Sri Zulaikha dan Datin Melinda serentak.

Andrea hanya menadah telinga mendengar perbualan ringan mereka berempat tentang ibadah haji.

"Mummy... daddy..."

Muncul seorang pemuda di antara mereka.

"Haa, Ryan... Mana kamu pergi? Solat sunat apa yang lama sangat?" Tanya Tan Sri Zul Azhar.

Yang lain-lain ketawa mendengar pertanyaan bernada usikan itu. Kecuali Andrea yang terkedu melihat Aaryan di depan mata.

"Daddy ni... Ryan baca Al-Quran lah tadi. Habiskan satu juzuk..." Jawab Aaryan sambil menyalami Dato' Abraham dan Datin Melinda.

"Anak soleh ni. Patutlah rasa sejuk aje angin kat luar ni." Datin Melinda mengusik pula.

Sekali lagi gamat ruang itu dengan suara tawa mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Where stories live. Discover now