BAB 5

31.6K 1.3K 68
                                    


HAMPIR seminggu berada di pejabat, Andrea masih menerima arahan dari Aaryan untuk membuat kerja-kerja fotokopi dokumen. Cuma kali ini extra sikit apabila dia juga diminta menghadiri mesyuarat dalaman syarikat untuk projek mega nanti. Terkocoh-kocoh Andrea berlari membawa dokumen-dokumen tebal di tangannya.

'Aduh... dah lambat ni.'

Andrea mengerling jam di tangan. Dia terlambat sepuluh minit gara-gara menukar toner cartridge pada mesin photostat. Mesin itu pun satu hal juga, waktu-waktu genting beginilah dakwat dia nak habis!

"Errr– Captain Aaryan," Panggil Andrea apabila melihat Aaryan sedang berdiri di depan bilik mesyuarat. Tangan lelaki itu sibuk menaip sesuatu di telefonnya sebelum mukanya diangkat memandang Andrea yang sedikit mengah.

"Kau memang susah dengar arahan ke? Aku suruh settlekan sebelum mesyuarat mula, kan?" Soal Aaryan tegas.

"Saya tak sengaja," hanya itu yang mampu dijawab Andrea. Kalau diberitahu alasan dia lambat pun, belum tentu akan dilayan.

"Markah kau, aku tolak. Remember, don't be late!"

Aaryan terus meninggalkan Andrea. Andrea pula hanya mengikut dari belakang. Mereka beriringan masuk ke bilik mesyuarat utama. Semua ahli yang ada di bilik itu berdiri dan menunduk hormat pada Aaryan.

"Wahhh, ni girlfriend Captain Aaryan ke? Bukan main sedondon ya?" Usik salah seorang ahli mesyuarat.

Aaryan yang mendengar terus menoleh pada Andrea di sebelah. Dia baru sedar akan warna baju yang mereka kenakan pada hari ini sama. Kedua-dua mereka memakai baju berwarna hijau lumut.

Malas melayan usikan-usikan tersebut, Aaryan memilih untuk mengabaikan mereka seraya menarik kerusi sebelum punggungnya dilabuhkan. Andrea pula terus mengedarkan dokumen-dokumen kepada semua ahli mesyuarat sebelum mengambil tempat di sebelah Salwa. Walaupun hanya mendengar, tangannya tetap laju mencatat isi-isi penting sepanjang mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat tersebut berakhir setelah berlangsung selama dua jam setengah. Semua kakitangan syarikat mula meninggalkan bilik mesyuarat tersebut termasuklah Salwa yang terus mengekori pemantaunya untuk sesi perbincangan. Untung Salwa kerana diletakkan di bawah pemantau yang baik hati dan sudi membimbingnya, sedangkan dia? Tahu-tahu sendiri lah.

"Hai, ni mesti Andrea kan?" Sapa Zuleen mesra.

Andrea memandang ke arah wanita yang menyapanya. Wanita tersebut kelihatan sungguh elegan.

"Err– ya, betul," Andrea menjawab, "Ni siapa ya?" sambungnya lagi.

"Saya Zuleen." Zuleen memperkenalkan diri.

Andrea kenal nama itu. Dia ada melihat carta organisasi yang ditampal di depan pejabat.

"Oh, maaf puan... saya tak cam puan tadi." Andrea rasa bersalah kerana tidak peka dengan individu berjawatan tinggi tersebut.

Zuleen mengukir senyuman.

"It's okay Rea... Saya minta maaf juga sebab belum sempat nak jumpa Rea waktu lapor diri." Sebenarnya, Zuleen sudah dikhabarkan oleh Tan Sri Zul Azhar mengenai Andrea, namun dia belum berkesempatan untuk bertemu Andrea. Dia juga ada mendengar khabar angin di pejabat mengatakan Andrea ini cukup cantik. Fikirnya hanya khabar angin kosong, tetapi meleset apabila dia sendiri bertemu empat mata dengan Andrea. Andrea bahkan lebih cantik daripada apa yang diceritakan.

"Eh takpe... saya faham puan mesti sibuk," jawab Andrea ikhlas.

"Kak Leen.. panggil saja Kak Leen,"

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum