BAB 8

27.5K 1.2K 77
                                    

ANDREA mengurut-urut kepalanya yang berdenyut. Selepas waktu rehat tadi, Andrea mengalami sakit kepala yang teruk. Dia sudah menyapu minyak angin, namun tetap tidak memberi kesan, makin sakit lagi ada lah. Sepanjang hari, Andrea hanya meletakkan kepala di atas meja kerjanya. Mungkin sakit kepala ini disebabkan oleh waktu tidur yang tidak menentu memandangkan dia kerap berjaga malam untuk menyiapkan thesis.

"Rea... Kau okay?" Prihatin Salwa bertanya.

Andrea hanya menggeleng lemah.

"Kepala kau masih sakit, ya? Hmmm, macam ni lah... Kau rehat aje. Biar aku je yang wakilkan kau untuk meeting kejap lagi," Salwa menepuk bahu Andrea. Kesian pula dia melihat Andrea yang sedang menahan sakit itu. Mungkin Andrea diserang migrain.

"Thank you, Sal..." Andrea memejamkan matanya. Dia ingin berehat sebentar. Tetapi, rehatnya terganggu apabila telefon pejabat berdering.

"Datang bilik aku sekarang."

Andrea mengeluh. Inilah yang paling dia tidak gemar apabila Aaryan telah pulang dari outstation dan kembali ke pejabat. Lelaki itu suka memberi arahan tanpa mengira masa dan keadaan.

Andrea bangun dari kerusi lalu mengatur langkah perlahan-lahan kerana kepalanya dirasakan sedikit berpusing.

"Yes, Captain Zul Aaryan? Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?" Lemah sahaja Andrea bertanya sebaik menghampiri meja Aaryan.

"Kau datang office ni untuk tidur ke?!" Marah Aaryan apabila melihat Andrea melabuhkan kepala di meja tadi. Pantang betul dia kalau ada pekerja yang curi tulang.

"Maaf..." Sepatah Andrea mengungkapkan kata maaf. Dia tidak berdaya untuk membidas kata-kata Aaryan hari ini. Tenaganya habis digunakan untuk menahan kesakitan yang dia rasakan.

Terkedu Aaryan apabila Andrea beralah tanpa melawan. Selalunya, ada sahaja balasan demi balasan yang akan keluar dari mulut Andrea.

"Aku akan tolak markah kau," tegas Aaryan.

Andrea hanya mengangguk lemah. Tidak mengapalah, dia akan bertanggungjawab atas kesalahannya.

Sekali lagi, Aaryan terkedu melihat Andrea hanya diam tanpa membalas. Wajah Andrea ditenung lama sebelum dia perasan akan sesuatu.

"Kau dah kenapa pucat macam nampak hantu ni?"

"Takde pape, Captain. I'm good," jawab Andrea cuba menyorokkan kesakitan yang ditanggung. Kalau dia beritahu pun, belum tentu Aaryan akan memahami keadaannya.

Aaryan memerhati keadaan Andrea yang kurang bersemangat, tidak seperti kebiasaannya.

"Sure? Ni dah macam mayat hidup aje aku tengok..." Laser mulut Aaryan berkata.

Andrea menarik nafas dalam. "I'm sure, kenapa Captain panggil saya?"

Aaryan cuba mengingati tujuan dia memanggil Andrea ke biliknya.

"Ni... Aku nak kau semak balik karangan kau. Banyak kesalahan tatabahasa. Kau ni orang Melayu, tapi karangan bahasa Melayu pun failed!" Aaryan mengembalikan kertas karangan yang ditulis oleh Andrea.

Terpempan Andrea mendengar komen itu. Mana mungkin dia gagal menulis karangan bahasa Melayu, sedangkan dia selalu memperoleh markah tertinggi untuk penulisan sejak zaman sekolah lagi. Namun, disebabkan dia malas untuk bertekak, tangannya mencapai juga kertas itu.

"Baik, Captain Aaryan. Nanti saya betulkan. Ada apa-apa lagi ke?" Andrea ingin cepat-cepat keluar dari bilik itu apabila kepalanya dirasakan semakin berdenyut. Matanya sesekali terpejam rapat menahan kesakitan tersebut.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Where stories live. Discover now