BAB 9

28.3K 1.2K 138
                                    

ANDREA saja menyibukkan diri melawat unit-unit bahagian di syarikat Zullian Airlines Group. Sudah genap sebulan dia berada di sini, baru hari ini dia rajin untuk meneroka syarikat tersebut dan berkenalan dengan staff-staff lain. Sepatutnya Aaryan yang membawa dia untuk office tour dulu. Nak harapkan lelaki dingin itu? Yang dia tahu, hanya menambah dosa kering kerana asyik membulinya di pejabat.

Andrea kembali ke mejanya. Gigih dia melarikan diri kerana tidak mahu menerima panggilan dan arahan daripada Aaryan. Dia belum bersedia untuk bersemuka dengan lelaki itu disebabkan kejadian semalam. Nak-nak lagi, staff-staff di situ tidak berhenti mengusiknya disebabkan aksi gendong-menggendong semalam.

"Psssttt... Rea..." Salwa mengetuk meja Andrea.

Andrea yang sedang fokus mencatat sesuatu di buku nota menoleh ke arah Salwa di sebelah bersama alisnya yang sudah terangkat.

"Aku nak tanya ni, macam mana kau elaborate strategy formulation tu?" Salwa bertanya memandangkan Andrea lebih handal dalam kajian.

"Oh... Aku guna strategy map. Elaborate by part supaya kita dapat bezakan formulation yang digunakan."

"Ha'ah lah, tak terfikir pula aku. Gempak lah kau ni." Salwa menyambung kembali tugasan yang terhenti tadi. Nasib ada Andrea yang bijak pandai.

Andrea mengangguk. Dia juga turut memerah otak untuk mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan bagi thesisnya. Dalam masa yang sama, perhatiannya sedikit terganggu apabila telinganya menangkap satu bunyi bising yang datang dari arah bilik Aaryan.

"Macam mana korang buat kerja ni?!" Aaryan menghempas kuat fail ke meja eksekutifnya. Dia sangat tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh pekerjanya. Terkejut pekerja-pekerja Unit Kreatif dan Visibiliti Korporat apabila dijerkah Aaryan.

"Aku dah beritahu kan waktu first meeting dulu untuk prepare bahan persediaan visibiliti dengan lengkap untuk cover projek mega?! Tapi apa yang aku tengok dalam report ni?! Semua tak lengkap?! Korang ingat ni projek cikai-cikai ke?!" Marah Aaryan.

"Errr- maaf, Captain. Kami dah cuba untuk sediakan semuanya, tapi susah untuk kami dapatkan bahan tu. Jadi, kami terpaksa ganti dengan bahan daripada sumber lain. Lagi pun kami belum jumpa lagi talent untuk buat promosi projek mega tu nanti." Jawab salah seorang dari pekerja itu.

"What an excuse! Aku bagi budget untuk korang dapatkan bahan yang sepatutnya. Bukan hantar report dekat aku dengan alasan macam ni. Kerja mudah macam ni pun korang tak boleh buat ke?!" Tempik Aaryan.

"Kami akan betulkan balik report dan dapatkan bahan yang sepatutnya sebelum projek mega bermula." Balas pekerja lain pula.

"Aku paling pantang orang buat kerja sambil lewa! Dah, cukup! Korang semua aku pecat!" Tegur Aaryan.

Terkejut pekerja-pekerja terbabit dengan tindakan Aaryan. Inilah akibat yang perlu ditanggung apabila melakukan kesalahan dalam kerja.

"Tunggu apa lagi? Berambus lah!!!" Tempik Aaryan. Masing-masing keluar dari pejabat Aaryan dengan air mata.

Andrea yang mendengar dan melihat kejadian itu hanya menggelengkan kepala. Jatuh simpati dia pada nasib pekerja-pekerja itu semua. Parah betul dapat bos seperti Aaryan. Dibuang dan dipecat begitu sahaja.

Tersentak Andrea apabila telefon di mejanya tiba-tiba berdering.

"Masuk bilik aku." Ringkas arahan diberikan.

Andrea mengeluh. Jangan pula dia yang dimaki kali ini sudahlah. Dengan keterpaksaan, Andrea bangun juga.

"Yang kau tercegat dekat situ dah kenapa? Tak reti nak masuk ke?" Herdik Aaryan. Perlahan Andrea mendekati meja eksekutif Aaryan.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Onde histórias criam vida. Descubra agora