BAB 6

29.1K 1.3K 66
                                    

"HUARGGHHHH..." Andrea menguap besar sambil menggeliat malas. Puas betul dia dapat tidur sepuasnya di atas katilnya hari ini. Semenjak melaporkan diri di Zullian Airlines Group, terasa lama betul nak tunggu cuti hujung minggu. Sehari bagaikan setahun.

"Meooowww..."

Kucing kesayangan Andrea melompat naik ke atas katil.

"Tommy..."

Andrea menarik kucing british shorthair itu ke dalam pelukan. Bulu halus Tommy dibelai lembut. Lama dia tidak bermanja dengan Tommy gara-gara terlalu sibuk keluar pagi dan balik petang. Bila malam pula, dia akan tidur awal. Mana tidaknya, seharian di pejabat sudah mampu membuat mentalnya penat. Penat dengan perangai orang atasan yang seorang itu.

Tiba-tiba telefon Andrea berdering.

"Hello anak mama... Rea dah bangun?" Datin Melinda bersuara di hujung talian.

"Ya mama... Rea baru bangun. Kenapa, ma?"

"Kamu bersiaplah Rea... Jom kita keluar lunch di luar. Mama minta Pak Ayob pick up kamu nanti," ujar Datin Melinda yang sekarang berada di luar.

"Baik, mama..." Laju Andrea bangun untuk bersiap.

Sementara itu, Datin Melinda menyimpan telefon ke dalam tas tangan.

"Andrea datang ke, Mel?" Tanya Puan Sri Zulaikha.

"Datang..." Jawab Datin Melinda.

Tersenyum Puan Sri Zulaikha apabila mengetahui anak gadis sahabatnya itu bakal menyertai mereka. Semenjak bertemu Andrea, dia rindu untuk melihat seraut wajah Andrea yang cantik itu. Tidak sabar dia untuk bertemu Andrea.


***


"MAMA... Sorry.... Rea lambat. Jalan jammed sikit tadi. Eh, Aunty Zu pun ada?" Andrea terus menyambut tangan Puan Sri Zulaikha untuk di salam.

"Kami dari perjumpaan persatuan tadi," jawab Puan Sri Zulaikha.

"Oh, patutlah cantik semacam aje mama dan aunty ni. Dari jauh dah menyerlah," komen Andrea saat melihat pakaian wanita-wanita di hadapannya yang sungguh bergaya.

"Ish, dah tua-tua macam ni apa yang cantiknya. Rea ni lagi cantik," balas Puan Sri Zulaikha sambil memandang Andrea yang hanya mengenakan jeans dan jaket denim hitam. Rambut Andrea pula diikat tinggi. Kakinya tersarung sneakers sahaja. Sangat kasual namun tetap terserlah kecantikan Andrea.

"Rea ni memang, suka mengusik." Datin Melinda menepuk bahu Andrea di sebelah.

"Bukan usik lah mama, tapi puji." Andrea ketawa kecil.

"Pujian kamu tak cukup kenyang untuk mama. Dah, jom lah kita pergi makan dulu. Kamu nak makan apa, Rea?" Tanya Datin Melinda.

"Rea tak kisah mama, mana-mana pun okay aje. Rea follow mama."

"Kalau macam tu, kita makan dekat sana lah. Boleh?" Tunjuk Datin Melinda pada sebuah restoran western.

Andrea mengangguk.

"Boleh mama, aunty Zu okay ke?" Andrea memandang Puan Sri Zulaikha.

"Aunty pun okay je. Jom."

Andrea diapit oleh Puan Sri Zulaikha di kiri dan Datin Melinda di kanan. Alahai, dah macam ada dua ibu pula.

Tiba-tiba langkah mereka terhenti apabila ada dua orang wanita menegur Puan Sri Zulaikha dari jauh.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Where stories live. Discover now