• 9 •

273 9 0
                                    

Suasana didalam kereta sungguh sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana didalam kereta sungguh sepi.

Aryana hanya memandang tingkap, manakala Harries hanya fokus memandu.

"Sayang memang taknak borak apa apa ke, dengan abang?" Tanya Harries.

Dia cuba untuk meriahkan keadaan.

Aryana hanya menggeleng.

"Sayang tak boleh terima abang sebagai suami sayang?"

"Apa ke situ pulak?" Aryana terus memandang Harries.

"Dahtu, senyap je. Selalu nya awak tak macam ni tau. Awak tu peramah orang nya, periang, ceria." Jawab Harries.

Aryana tersenyum sinis.

"Berpunca daripada awak jugak lah, saya jadi macam ni." Balas Aryana. Dia menjeling Harries.

"Punca abang? Apa yang.." belum sempat Harries ingin menghabiskan ayatnya, dia terus teringat apa yang dia buat kepada Aryana.

"Oh.. pasal tu... Sayang still tak maafkan abang?" Tanya Harries.

"Ingat senang ke nak maafkan orang yang kita cinta last last dia buat macam tu dekat kita? Rasa macam di betrayed tahu tak?" Jawab Aryana dengan mata yang berair.

"Abang mintak maaf sayang. Now abang nak tebus kesalahan abang. Please maafkan?" Pinta Harries.

"Hm"

"Sayangg.. please?"

"Tengoklah macam mana. " Katanya sambil memandang pemandangan diluar tingkap.

'Bukan senang Harries. Kau dah buat aku hilang kepercayaan dekat kau.' Bisik nya didalam hati.

Kemudian mereka tiba di rumah mereka.

Harries membuka pintu untuk Aryana.

Aryana memandang sekeliling rumahnya. Gila besarr.

"Welcome to our home sayang." Katanya sambil memeluk bahu Aryana.

Aryana menolak tangan Harries.

"Janganla pegang pegang. Tak suka lah" Aryana menjeling.

"Sorry sweatheart. " Harries senyum segaris.

Aryana terus memasuki rumah.

'Aduh, beso nye rumah. Boleh sesat aku ni' keluh nya didalam hati.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Where stories live. Discover now