• 16 •

266 8 3
                                    

Setelah 3 jam perjalanan Aryana, akhirnya tiba juga Aryana di Ipoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah 3 jam perjalanan Aryana, akhirnya tiba juga Aryana di Ipoh.

Aryana menghubungi Kak Ngah.

"Hello Kak Ngah. Yana dekat Ipoh ni. Boleh tolong ambik Yana dekat stesen bas tak?"

"Hah? Kau dekat Ipoh..? Harries ada sekali ke?"

Aryana mengetap bibirnya.

"T..tak ada."

"Hah!? Kau lari dari rumah ke? Eh budak ni! Kau sabar jap aku pergi ambik kau dekat situ."

Tud!

Aryana menyeka air mata nya.

Selepas beberapa minit, Kak Ngah pun tiba.

"Yana." Tegur Kak Ngah.

"Kak Ngah. " Mata Aryana berair.

"Jom." Ajak Kak Ngah.

Semasa didalam kereta, Aryana hanya merenung luar tingkap.

"Kau kenapa ni dik?  Tanya Kak Ngah. Dia melihat Aryana asyik merenung luar tingkap.

"Nanti jelah Yana cerita.." Aryana laju menyeka air mata nya.

"Kau menangis?" Tanya Kak Ngah.

"Mana ada lah. Habuk masuk mata je." Bohongnya.

"Kau bergaduh ke dengan Harries?" Teka nya.

"Lebih kurang macam tu lah kak.." jawabnya.

"Hm.. kau yang buat perangai ke, dia yang buat perangai?" Tanya Kak Ngah.

"Macam dua dua hahaha." Aryana ketawa plastik.

"Fake giler gelak kau. " Kak Ngah menjeling.

Aryana hanya senyum segaris.

Kemudian mereka pun sampai di rumah.

"Assalamualaikum!" Aryana memberi salam.

"Waalaikumsalam Yana.." Pakcik Rahman muncul.

"A..abah.." Aryana ingin menangis.

"Kenapa ni? Ya Allah.." Risau Pakcik Rahman.

"Abah... Harries.. tak sebaik yang Abah sangka Bah..." Luahnya didalam tangisan.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Where stories live. Discover now