• 11 •

252 7 0
                                    

Aryana yang sedang merenung luar tingkap itu sesekali melihat ke arah Harries yang fokus memandu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryana yang sedang merenung luar tingkap itu sesekali melihat ke arah Harries yang fokus memandu itu.

"Sayang kalau ada benda nak cakap, cakap lah." Harries bersuara. Dia melihat Aryana dari tadi memandang nya macam ada benda nak di katakan.

"Tak ada lah." Jawab Aryana.

"Sayang nak bincang pasal tadi ke?" Tanya Harries.

"Malas lah nak bincang pasal tu." Balas Aryana sambil merenung luar tingkap.

"Sayang tak boleh malas dalam hal ni. Ini melibatkan perasaan sayang dekat abang." Tegas Harries berkata.

"Ya. Saya memang nak bincang pasal benda ni. Tapi nanti nanti jelah." Aryana menjawab.

"Nanti tu bila?!" Harries tertinggi suara kepada Aryana.

Aryana terkebil kebil.

Harries terus memberhentikan kereta nya di tepi jalan.

"Allah.. im sorry Sayang. Abang tak sengaja tinggi kan suara. Abang sumpah tak sengaja. Sayang pleaseee?" Beritahu Harries sambil memegang erat kedua belah tangan Aryana.

Aryana merentap tangan nya dari dipegang Harries.

"Saya tak nak bincang pasal benda tu bukan sebab saya tak nak terima awak sebagai suami saya. Cuma saya perlu kan masa. Saya perlu kan masa Harries! Saya nak tengok betul ke awak sayang kan saya! Cinta kan saya! Saya hilang kepercayaan pada awak sejak dari hari tu Harries!" Jawabnya dengan air mata bercucuran.

Harries terkedu.

"Awak tahu tak, beberapa hari selepas kita kahwin. Saya solat istikharah tau. Sebab saya nak tahu betul ke awak ni di takdirkan untuk saya? Memang betul pun. Sebab Allah dah tunjuk kan awak memang di takdirkan untuk saya. Sekarang saya tengah slow slow terima awak, sebagai suami saya!" Jelas Aryana sambil teresak esak.

Harries terus menarik Aryana ke dalam pelukan.

Aryana menangis di dalam pelukan Harries.

"Abang mintak maaf okay?" Ucap Harries.

Makin kuat raungan Aryana.

Harries merenggangkan pelukan.

"Shh.. lets build a new life together okay..?" Katanya sambil menyeka air mata Aryana.

"Saya cuba okay..? Saya akan cuba terima awak sebagai suami saya yang sah.." Kata Aryana sambil tersedu sedu.

Harries tersenyum melihat nya.

Kemudian Harries sambung memandu keretanya.

"Balik nanti kita main susun susun barang okay?" Beritahu Harries.

Aryana hanya mengangguk.

Setelah itu, tibalah mereka di rumah.

"Barang barang biar abang yang angkat." Beritahu Harries.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Where stories live. Discover now