• 22 •

264 11 0
                                    

"Awak ni memang suka tenung saya je ke?" Tanya Aryana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak ni memang suka tenung saya je ke?" Tanya Aryana.

"Haah. Bila abang tenung muka sayang, rasa tenang je." Jawab Harries sambil tersenyum.

"Ee tak habis-habis dok sengih sengih." Aryana menjeling.

Aryana blushing tu Harries senyum-senyum.

"Sengih la seronok tenung muka awak." Jawab Harries.

"Yee yee tahu awak suka tenung muka saya!" Aryana menjeling lagi.

"Ha sayang pun, tak habis habis nak jeling saya. Tak takut ke kalau mata tu juling sebab asyik jeling aje?" Beritahu Harries.

Terkebil-kebil Aryana.

"Mana ada pandai pandai je awak!" Jawab Aryana.

"Suami selalu betul tau." Balas Harries sambil menyilangkan tangannya. Badannya disandarkan di kerusi.

Aryana mengeluh.

"Mengeluh pun comel!" Harries terketawa comel.

"Ee merepek lah awak ni! Dahlah saya nak masuk bilik." Aryana bangun dari tempat duduknya.

"Aip! Nak maghrib dah kan? Cepat ambik wudhuk, kita solat sama-sama nak?" Ajak Harries.

Terdiam Aryana. Tak pernah-pernah Harries mengajak nya untuk solat bersama.

"O..okay." Jawab Aryana dan dia pergi untuk mengambil wudhuk.

"Abang tunggu dekat bilik solat." Beritahu Harries.

Aryana hanya mengangguk.

Aryana yang berada didalam bilik air itu termenung seketika.

"Harries.. ajak aku solat sama-sama..?" Aryana menahan sebak. Namun dia tidak dapat tahan tangisan nya. Air matanya menitik.

"Banyak nya dosa aku dengan dia.." Kata Aryana. Dia menutup mulut untuk menahan raungannya keluar.

Kemudian dia mengambil wudhuk.

Harries yang sedang bersila di sejadah itu termenung melihat sejadah.

Beberapa hari lalu, dia mendekatkan diri nya dengan Allah. Kerana dia terasa sungguh jauh dari-Nya. Dia mula mengamalkan solat tahajjud untuk memohon petunjuk dan ketenangan. Dia juga selalu berdoa agar Aryana berlembut hati untuk menerimanya sebagai suaminya.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Where stories live. Discover now