• 12 •

225 7 0
                                    

Selepas 3 jam perjalanan, akhirnya tiba juga mereka di kampung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas 3 jam perjalanan, akhirnya tiba juga mereka di kampung.

"Assalamualaikum!" Aryana memberi salam.

"Waalaikumusalam! Eh Yanaa!!" Teruja Kak Ngah melihat Aryana.

"Kak Ngah! Rinduuu." Aryana terus memeluk Kak Ngah.

"Kak Ngah pun rindu jugak! Ni datang dengan siapa ni?" Tanya Kak Ngah.

"Dengan Harries lah.." Harries muncul.

Aryana hanya tersenyum kelat.

"Eh dah jom jom masuk." Ajak Kak Ngah.

"Harries... lama tak jumpa.." sapa Pakcik Rahman.

"Abah.. sihat?" Tanya Harries.

"Alhamdullilahh.. macam ni jelah Harries.." Balas Pakcik Rahman.

"Anak abah ni? Okay tak duduk dengan suami?" Tanya Pakcik Rahman.

Aryana tersentak sedikit.

"Er.. okay je." Jawab Aryana.

"Betul ke Harries?" Tanya Pakcik Rahman untuk kepastian.

Harries hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Lama ke balik?" Tanya Kak Ngah.

"Seminggu jugak lah." Jawab Aryana sambil mengunyah kerepek.

"Harries tinggal sekali ke?" Tanya Pakcik Rahman.

"Eh tak. Harries balik la malam sikit nanti." Jawab Harries.

"Haih.. kenapa pula? Dah malam tu takkan nak drive kot." Balas Pakcik Rahman.

"Tak apalah Abah.. esok pagi ada mesyuarat kena pergi awal. " Jawabnya.

"Kenapa tinggal Yana?" Tanya Kak Ngah. Dia rasa ada sesuatu antara mereka berdua ni.

"Sebabnya Yana merengek-rengek nak balik. Sekarang pulak Harries sibuk sikit. Jadi terpaksalah tinggal dia seminggu." Bohong Harries.

"Oh yekee. Amboiii. Ni mesti manja dengan tok laki kan? Hahaha!" Kak Ngah terketawa mendengarnya.

Aryana tersenyum kelat.

"Takpelahh Yana nak masuk bilik dulu nak susun barang nihaa.." Kata Aryana.

"Ajakla Harries masuk sekali." Beritahu Pakcik Rahman.

"Eh tak apelah Abah. Harries nak berborak dulu dengan Abah." Jawab Harries dengan tersenyum.

Pakcik Rahman hanya mengangguk.

Sekarang, tibalah masa Pakcik Rahman mengorek rahsia.

"Betul ke Yana okay dengan kamu Harries? Dia tak ada buat perangai ke?" Tanya Pakcik Rahman.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Where stories live. Discover now