• 24 •

336 11 0
                                    

"Saya rasa dah kot

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Saya rasa dah kot. " Aryana melepaskan usapannya.

"Alaa.." Harries mencebik.

"Amboi... sejak bila somi saya ni manja semacam ye?" Tanya Aryana.

Lebar Harries menguntum senyuman.

" 'suami saya' ? Wah.. i think you already accepted me." Balas Harries sambil tersenyum.

"Memang betul kan awak suami saya? Ish!" Aryana menjeling lalu dia terus ke dapur.

Harries terketawa kecil. Kemudian di bangun dari sofa untuk membantu Aryana memasak.

"Sayang nak masak apa ni?" Tanya Harries.

"Nak masak.. ayam masak paprik!" Beritahu nya.

"Its your fav right?" Teka Harries.

"Haah.. wah! Awak ni, semua awak tahu pasal saya ye? Gempak lah awak ni!" Teruja Aryana mendengarnya.

"Of course, you're my wife. " Balas nya sambil tersenyum.

Pipi Aryana terus bertukar merah.

"Ee blushing!" Tangan Harries naik mencuit hidung Aryana.

"Diam lah! Sekarang, tolong saya masak." Aryana menepis tangan Harries.

Harries terketawa.

"Okay okay.. sekarang abang nak kena buat apa?" Soal Harries. Mata nya melihat dapur.

"Ambik kan saya ayam dalam peti ais, lepastu sayur and... tu je." Beritahu Aryana.

"Ai ai captain!" Jawab Harries.

"Ee gedik!" Aryana terketawa.

Selepas hampir satu jam mereka memasak bersama, akhirnya selesai juga.

"Tadaa! Dah siap!" Kata Harries sambil menuang ayam masak paprik itu ke dalam mangkuk.

"Sedapnya bau..!" Harries tersenyum melihat lauk itu.

"Jom, makan!" Pelawa Harries.

Aryana pun menangguk sambil tersenyum.

"Kejap saya cedok kan nasi." Beritahu Aryana.

"Eh! Nasi abang belum masak.." Harries tersenyum tanda rasa bersalah.

"Hah!?" Aryana terkejut. Dia terus pergi membuka periuk nasi.

Kosong!?

"Kan saya dah cakap masak nasi tadi! Awak buat apa tadi masa saya suruh hah?" Aryana mencengkak pinggang.

Harries mengemam bibirnya.

"Ha sekarang kita nak makan apa? Nak ratah lauk je?" Aryana menjeling.

Kemudian Harries pergi ke meja makan dan membuka tudung salji.

OUR ENCOUNTER • 𝐂 • Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu