Opening

509 27 2
                                    

CAHAYA putih menerangi di seluruh bilik yang kelam itu..Ada bunyi tangisan, ada yang menjerit dan ketawa..Itulah suasana di dalam hospital psikiatri yang menempatkan kebanyakan pembunuh yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi tetapi ditempatkan pada bangunan itu untuk dirawat..

Lorong sempit yang menempatkan bilik-bilik tahanan itu aku melalui dengan perlahan..Mata meneliti setiap pelusuk ruang untuk memastikan semua pesakit berada di tempat masing-masing..

Tetapi..

Ada seseorang menangkap pandangan ku

Entah mengapa dari awal pesakit ini dimasukkan dalam hospital dan kali pertama aku melihat wajahnya, seolah-olah diriku sendiri melekat padanya..

Ada sesuatu tarikan di antara kami...

Kelihatan dia yang tidak berbaju dan berpeluh sedang membuat senaman tekan tubi sambil mulut terkumat kamit membicarakan sesuatu..

"Tiga puluh dua..."

"Tiga puluh tiga.." Lelaki itu mengira dengan nafas yang mengeras

Bentuk fizikalnya yang agak tegap dan sangat sempurna membuatkan aku lebih sukar mengalihkan pandangan..

Tiba-tiba sahaja dia berhenti dari perbuatannya tadi dan memandang tepat ke arah dua mata ku..

Gulp!

Sungguh aku gugup..Ini kali pertama orang merenungku tajam sebegitu tetapi aku masih berdiri tegak seperti tiang lampu di hadapan bilik tahanannya..

Kaki aku benar-benar kaku, tangan mula menggeletar

Tidak silap aku, lelaki ini antara pesakit yang berbahaya di hospital ini kerana rekod jenayah yang sangat kritikal..

30 orang...

Jumlah sebanyak itu dibunuh olehnya secara sadis dalam tempoh setahun..Tiada seorang pun yang tahu identitinya sebelum ini dan digelarkan sebagai pembunuh bersiri sehinggalah ada yang membongkar pekerjaannya..

Sengaja diletakkan lengannya pada pintu cermin untuk menatap wajahku dengan lebih dekat..Aku pula disitu sudah menelan air liur

Pasti terkantoi yang..

"How long have you been staring at me, lady?" Katanya dengan nada sinis, timbul senyuman senget di bibirnya

Dia meraup rambutnya yang basah di dahi ke belakang akibat berpeluh kerana bersenam..

"Sa-saya kena buat medical check up dekat encik harini" bilangku untuk memberi alasan

"Check up? Why don't you check my body more than that?" Dia mengerdipkan mata sebelahnya

Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali aku diganggu oleh pesakit-pesakit di sini malah ada yang berani menyentuhku secara senyap..Mereka berkelakuan liar

"Takpelah,petang sikit baru saya periksa..Encik dah mandi ke belum ni?" Tanyaku

"Baru lepas bersenam,nanti saya mandi" dia menjawab, tidak berhenti tersenyum

Aku cuba memandang ke arah lain, manakan tidak dia yang tanpa sebarang baju dan terpampang bidang dadanya yang besar serta ketulan otot di perut itu..Sungguh janggal

"Okay, jangan lupa mandi ye" pesan ku kali terakhir sebelum beredar

"It would be easier for me to do that if you let me out of here" Jawabnya

"I'm sorry but I don't have any authority to allow that" Aku pula membalas

Sekali lagi dia tersenyum kecil..Dia membisik perlahan

"but you really hope I can be free right?"

CELESTIALPASSION MEMPERSEMBAHKAN

|LAST MIDNIGHT: ILLIAS|
You can run but you can't hide from me

MEMBUKA TIRAI ♡♡

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now