Last Midnight: 24

168 15 0
                                    

TEMPAT pemotong itu dilap sehingga kering sebelum lelaki itu menempatkan isi daging pada permukaan bersih itu..Ditekannya beberapa kali menggunakan telapak tangannya pada bahan mentah yang masih berdarah dan berair itu..Ini bagi memastikan daging lebih empuk dan mudah untuk diproses menjadi makanan..

Pengisar makanan itu bergerak laju serentak dengan serpihan daging dihancurkan sehingga berkecai..Lelaki itu menunggu pengisar itu selesai sambil mengetuk ngetuk jarinya pada meja seakan lagu..Peti sejuk besar itu pula dibuka lalu dia mengeluarkan sesuatu yang dibalut rapi oleh plastik tanpa angin sedikit pun mampu masuk...

Sementara menunggu,dia memotong daging kedua yang kali ini lebih berlemak..Tanpa sedar sebuah cecair merah terpancut ke arah mukanya semasa dia cuba untuk memasukkan pisau ke bahagian daging dengan lebih dalam..Namun,pemuda itu hanya ketawa melihat betapa comotnya dia sekarang..Penuh dengan darah merata..Habis kotor apron berwarna putihnya itu

Kesan darah dihujung bibirnya yang terkena, dikesat oleh hujung ibu jari lalu dia menjilat sedikit..

"Hurm,boleh tahan segar lagi..Padahal aku dah biarkan berhari-hari.." Omelnya seorang diri

Ting!

Bunyi daripada ovennya pula menandakan makanan sudah siap dibakar..Dengan perlahan dia memakai sarung tangan tebal dan mengeluarkan dulang besar itu dengan berhati hati..Hidungnya didekatkan pada hidangan itu untuk menyedut aroma bau lazat..

"Umphh..Tasty"

"Awak buat apa tu?" Sapa Yara yang tiba-tiba muncul dari tangga..

"Ouh my dear,jom duduk..saya dah siapkan makanan untuk awak" Kerusi ditarik untuk isterinya itu..

Yara memberi senyuman biasa..

"Awak masak apa?"

Illias meletakkan hidangan yang sudah disiapkannya itu di atas meja..Jus buah dituang perlahan ke dalam gelas tinggi

"Roasted meat avocado salad with almond sauce" Beritahu Illias

"Panjangnya nama.."

"I-ini da-daging ke?" Tanya Yara,dia tiba-tiba teringatkan mimpinya haritu..Kalau benar-benar jadi macam mana?

"Yes dear,why?" Ilias pula menyoal ketika melihat isterinya itu seperti tidak lalu untuk makan masakannya..

"Boleh saya tanya,daging apa?" Lehernya terasa panas dan berpeluh menanti jawapan daripada lelaki itu

Illias pula tersenyum senget,lalu mendekatkan dirinya pada Yara..Pipi mulus gadis itu disentuh sedikit demi sedikit sehingga ke bahagian leher..

"Um,you're sweaty dear.."

"Peluh sikit je,memang saya se-selalu macam ni" Balas Yara gagap

"Tu daging.."

Gulp.. Yara meneguk air liur di tekak

"Daging calves sayang.." Senyum Illias lalu memicit perlahan pipi milik isterinya itu..

"Oh ye ke,saya tak pernah rasa daging anak lembu sebelum ini.."

Well,lepasni lagi kerap lah awak dapat rasa daging ni.."

Satu hirisan daging itu dimasukkan ke dalam mulutnya..Sesekali Illias memejamkan matanya kerana terlalu menikmati rasa daging yang empuk dan cair di mulut itu..

"Awak nak tahu tak kenapa saya paling suka daging anak lembu?" Tanya Illias tiba-tiba

"Uh,kenapa?"

"Sebab daging dorang antara paling lembut dan mudah untuk dikunyah..Berbanding dengan haiwan lain.." Illias mengangkat gelas  tinggi kacanya ke atas seperti gaya cheers bersama Yara..

Tingg! Bunyi gelas mereka berlaga sesama sendiri

Yara tersenyum palsu,dia masih tidak selesa untuk tinggal serumah dengan lelaki itu..Mahu saja dia lari dari rumah agam itu tetapi ada sesuatu yang menghalangnya..Yang pasti bukan kerana takut,akan tetapi ada sesuatu tarikan yang memanggilnya di rumah ini,seolah-olah seribu rahsia tersembunyi..

"Umm..Illias,boleh saya tanya sesuatu?" Soal Yara

"Boleh,tanya je"

"Sebelum saya kahwin dengan awak..awak memang duduk sorang-sorang je ke dalam rumah ni? Ummm...."

"Takde orang lain?" Sambung Yara

"Saya memang tinggal sorang je,my dear...kenapa awak tanya?" Dia menilik seluruh wajah gadis itu,dari pandangan mata akhirnya terus turun ke bawah pada bibir mungil Yara..Namun,dia perlu menahan dirinya sendiri..

"Awak tak sunyi ke? Mana family awak? Mereka tak duduk sini?" Bertubi tubi soalan ditanyakan

"One by one,dear"

"Pertama tak,saya tak pernah rasa sunyi..Kedua keluarga saya tak tinggal kat Malaysia,mereka semua dekat Greece..Anything else?" Illias menjawab semua pertanyaan itu dengan lancar

"Ohh macam tu..."

Jeda.

"Awak takde adik?"

Uhuk! Uhuk!

Illias berdehem sedikit,tetapi terus berlagak biasa untuk tidak dicurigai oleh Yara..

"T-takde..saya anak tunggal" beritahu Illias

Yara mengangguk biasa..Makanan di pinggan itu pula dijamah sehingga habis..Illias perhatikan saja setiap tindakan gadis itu,dia tidak mahu Yara syak apa-apa..Bukan sekarang,mungkin satu hari nanti dia akan membuka cerita juga atau isterinya yang bakal merungkai dengan sendiri...

















"SAYA pergi kerja dulu ye..Ingat tau apa yang saya pesan,jangan keluar mana-mana selagi tak bagitahu saya dulu" Dahi Yara itu dikucup perlahan sebelum dia bergerak pergi..

"Okay..tapi Illias,saya pun nak pergi kerja juga-"

"Kan saya dah kata,not now Yara..nanti,okay?"

"Fine,whatever"

Kbukkk..

Pintu besar rumah agam itu ditutup rapat,kini hanya dia keseorangan di dalam bangunan besar ini..Pekerja-pekerja Illias semuanya bertugas di luar rumah dan tiada siapa pun dibenarkan masuk ke dalam kecuali pekerja tertentu..

"Haih..aku nak buat apa ni? Dah ler mamat tu tak bagi nak pergi kerja,takkan nak goyang kaki je kat sini" Rungut Yara sendiri

"Tapi membazir kalau rumah sebesar ni,aku tak teroka kan? Hihi" Pemandangan yang luas itu diperiksa oleh Yara

Dengan ruang makan yang besar serta chandelier di atasnya,barulah aku sedar besarnya rumah suami aku itu..Pasti banyak bilik di dalam ni bukan? Dengan perlahan aku menaiki tangga ke tingkat yang pertama..Keseluruhan rumah ini mempunyai empat tingkat sahaja tetapi ruangnya sangat luas sehingga memuatkan 7 bilik pada setiap tingkat...

Bingkai gambar yang menunjukkan wajah Illias semasa dia kecil itu diambil...Aku merenung gambar itu lama,mereka sekeluarga nampak sangat gembira tetapi

"Kenapa gambar ini macam dah ditampal.." Terdapat kesan guntingan pada sebelah gambar Illias dan dia yakin ada seseorang berdiri di sebelah suaminya itu..Malangnya,ia sudah dipotong dan ditampal semula..

"Ini..." Aku perhatikan saja gambar wajah ibu Illias..Seakan akan aku pernah lihat muka wanita ini,tetapi di mana ye? Tiba-tiba sahaja aku teringatkan sesuatu dan firasat aku mengatakan ia ada kaitan dengan...

"Esok,tak kira apa..aku mesti ambil semula benda tu..." omelnya seorang diri

"Diari tu..."

Bersambung..

Boleh tak korang tulis sikit dekat comments tentang teori korang pasal Illias ni...agak-agak apa yang dia rahsiakan? Ada kaitan dengan masa silam Yara ke

LAST MIDNIGHT: ILLIASDonde viven las historias. Descúbrelo ahora