Last Midnight: 12

185 15 0
                                    

PEMUDA berpakaian suit berwarna merah darah serta lambang rose di bajunya dan tag nama "Mr Theodore"...Diperhati lama oleh aku,entah apa yang ada pada dia membuatkan ku susah untuk mengalihkan pandangan..

Tiba-tiba mata kami bertentangan,kantoi aku tenung dia dari tadi..Tapi,anak mata tu macam aku pernah lihat sebelum ni..

"Is there anything i can help you miss?" Soalnya,suara garau milik dia itu membuatku terpukau seketika

"Hello?"

"Xandra,ni pekerja baru u ke? Apa kena dia ni" tanya Illias sambil tergaru garu melihat Yara tidak berhenti menatap wajahnya..

Papp..

"Aduhh!!" Teriak ku kecil

"Saya tahu awak terpanah dengan kekacakkan dia..but not now Yara" bisik Alexandra pada telingaku

"Eh bila masa!? Saya nak tanya sesuatu je" bilangku untuk cuba menutup perbuatan aku..jatuh maruah aku sebagai perempuan nanti

"Tapi Yara,boss ken-" percakapan Xandra dipotong apabila Illias mengangkat tangan menyuruhnya pergi

Wanita itu menunduk lalu meletakkan tangan pada dada dan beredar pergi

"Yes? Awak nak tanya apa tadi"

"Uh- uhm..Tu-tuan"

Aih masa ni juga aku gugup..Menyesal pula cakap macam tu tadi,patut aku ikut Xandra pergi

"Ye..kenapa?"

Aku masih diam..

"Yaraa..?" Panggilannya meleret

"Eh! Macam mana tuan tahu nama saya?"

"Name tag awak"

Oh! Aku baru nak perasan dia stalk senyap-senyap ke apa..Kalau ada pengintai rahsia hensem macam dia ni,aku pun tak kisah! Hehe

"Tuan Illias...kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"

"Jumpa awak? Sorry,saya dah banyak jumpa ramai perempuan..yang mana satu ye?"

Wahh,playboy rupanya dia ni..Acah artis pula bisik ku dalam hati

Mahu saja aku tanya dia ke orang yang sama aku terserempak masa di Tingkat 27 haritu..Tapi tak pasal-pasal aku yang kena pecat nanti..Jadi aku simpankan je lah hajat dalam hati

"Takde apa lah..maaf Tuan,saya tersilap orang kot" bilangku

"Tak perlu.."

"Hah? Tak perlu apa tuan?"

"Panggil je Illias,tak perlu panggil Tuan.."

Aik!

Biar betik lelaki ni,sesuka hati dia je suruh aku buang gelaran tu..Eceh,ke aku ni istimewa di mata dia kut..

"Kau sengih apa tu Yara? Boss tu dah pergi pun" lamunanku terhenti apabila disapa oleh Aileen

"Ish kacau ah..aku baru nak berangan"

"Ohhh!! Kau berangan nak jadi bini Tuan Illias ehh" usik Aileen lalu menunjal nunjal jarinya pada bahu aku

"Eh minah ni,mana ada!"

"Dah lah,kau berhenti lah berangan macam tu.."

"Kenapa pulak? Dia hensem lah"

"Hensem tu memang lah..tapi dia tu lain sikit orangnya" Bab cerita gossip ni memang Aileen juaranya..Semua kisah hangat yang berlaku di syarikat ni di dalam genggamannya

"Hah? Lain macam mana,dia banyak perempuan simpanan ke?" Soal ku keliru

"Ish bukanlah! Air yang tenang jangan disangka tiada buaya,dia tu sebenarnya.."

Kringg kringg..

"Eh sekejap ye,sambung nanti" Aku perlu menjawab panggilan dahulu,takut-takut penting

-Unknown number

Tak pernah aku lihat nombor ni sebelum ini..Patut ke aku angkat ye? Entah-entah scammer je

Hurmm...

Tutt..

"Hello?"

"Eh! Cik Melati,kenapa telefon saya ni?"
















"SILAKAN duduk puan Yara" jemput Melati lalu dihulurkan secawan kopi..Ini kali pertama mereka berdua berjumpa di kawasan lain selain hospital..

"Uhm,tak perlu lah panggil puan..saya tak kahwin lagi"

"Aik,cantik macam ni takkan masih tak berpunya kot?" Gurau jururawat itu

"Haha! Entahlah Melati..saya pun tumpu pada kerja je sekarang" Yara memberi ketawa janggal

"Pertama sekali,saya nak minta maaf atas sikap hospital kami yang melayan abang awak kurang baik"

"Ha? Mana ada tak baik,cuma tulah saya tak suka tengok bila tangan Zafir digari macam tu"

"Saya faham Yara..lepasni saya akan cuba buat rayuan pada pihak atasan untuk lepaskan gari besi tu ye?"

Yara tersenyum sambil mengangguk,rupanya masih ada jururawat hospital kerajaan yang memahami seperti ini..Cuma,takkan lah Melati ajak berjumpa hanya kerana mahu meminta maaf? Atau ada sebab lain

"Cik Melati ada urusan lain ke nak jumpa saya ni?"

"Saya....nak bincang tentang Zafir" ujar Melati,suaranya semakin perlahan seperti tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka

"Ouh,boleh..kenapa tu Melati? Dia ada buat masalah ke?"

"Eh bukan! Saya nak tanya...abang awak tu...."

"Abang saya kenapa?"

"Ummm...dia....tu..." pertanyaan Melati tergugup,dia tidak pasti mahu bertanya atau tidak

"Tanya apa tu Melati?"

Jeda.

"Dia tu.......um...gay ke?"

"Hah!!?"

Kopi panas yang dihirup sedikit tadi dikeluarkan sedikit dari mulut..Terkejut mendengar soalan Melati..Takkanlah lelaki segagah Zafir tu boleh jadi lembut?

"Me-melati kenapa tanya macam tu?"

"D-dia aa-da buat sesuatu tak sen-senonoh ke?" Ujarnya lagi

"Saya bukan nak menfitnah..tapi haritu saya nampak ada pelawat lain masuk dalam wad dia,kadang-kadang tu sampai saya lihat mereka berdua bercakap dan bergelak tawa sesama mereka..Yang saya lagi rasa syak nya,Zafir tu siap bersuap dengan lelaki tu..bukan saja tu,kadang-kadang tu siap tidur atas satu kali yang sama..Selalu saya lah tolong kejut lelaki tu suruh balik" jelas Melati panjang lebar

"A-apaa?" Ternganga mulut Yara sebesar-besarnya..tidak menyangka Zafir berkelakuan begitu

"Mungkin itu kawan dia kut,Melati?" Katanya untuk menyedapkan hati

"Saya pun tak pasti,kalau kawan saja..kenapa terlalu intim macam tu?"

Yara hanya berdiam,sesekali dia mengusap wajahnya yang seperti tidak percaya itu..susah,susah sangat untuk dihadam..

"Melati kenal ke lelaki tu siapa?" Dia mahu betul-betul pastikan identiti lelaki misteri itu,apa motifnya untuk mendekati Zafir..Kawan atau selebihnya?

"Saya tahu nama dia je.."

"Siapa?"

Bersambung..

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now