Last Midnight: 1

444 24 0
                                    

Aku duduk di ruang kerusi sementara menunggu namaku dipanggil untuk temuduga kerja..Sudah lama aku bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan,akhirnya impian ku tercapai setelah dipanggil ke Constantine antara syarikat yang terbesar di negara ini..

Kelebihan aku dalam membuat pengiraan dengan pantas menambah lagi sebab untuk dipilih bekerja..Sejak kecil lagi,subjek kegemaran aku ialah matematik..

Jam tangan berdetik begitu juga dengan jantungku yang sedang berdegup laju..Gementar rasanya apabila kali pertama ditemuduga..Aku berharap semuanya berjalan lancar..

"Cik Yara,silakan masuk.." panggil petugas di hadapan pintu

Bilik pejabat itu sememangnya besar dan mewah ditambah lagi dengan pemandangan yang luas dihadapan cermin kaca itu..Aku juga perasan setiap tingkat dalam bangunan ini mempunyai simbol mata..mata yang sangat cantik..Chandelier digantung menambahkan suasana mahal...


Aku terleka sehingga tidak sedar 3 orang penemu duga itu sedang sabar menunggu di depan meja..

"Eh maaf,sa-saya terpegun tengok pejabat ni" ujarku dengan ketawa kecil..tetapi mereka tidak memberi sebarang reaksi..sekali imbas macam robot bernyawa..

"Takpe,silakan duduk" kerusi ditarik lalu salah seorang wanita 50an itu membelek belek resume kepunyaanku..Makin risau dibuatnya

"Yara Aylana? Uniknya nama..cantik" Ya,pujian itu sudah berkali ku dengar dari orang sekeliling..Mereka semua sukakan nama belakangku iaitu Aylana..Membawa maksud sebagai cantik dan kuat..

"Haha,terima kasih puan.." jawabku sambil tersenyum

Setelah beberapa minit menyemak latar belakangku,akhirnya dia membuat keputusan

"Tahniah! Kamu dipilih untuk bekerja di sini" bilang wanita itu lalu tangan diberi untuk berjabat..

Aku sendiri terkejut,takkanlah semudah itu aku dapat masuk dalam syarikat besar ni? Tetapi aku hanya berdiamkan diri dan rasa bersyukur yang amat..Pasti ayah dan adik gembira mendengar khabar baik ni..

Tatkala aku sedang bangun dan beredar dari bilik itu tiba-tiba wanita itu memanggil ku sekali lagi..

"Ye puan kenapa?" Aku bertanya

"Sebelum nak bekerja di sini...ada peraturannya" dia menjelas

Aku hanya mengangguk faham apabila diberi kertas yang disenaraikan semua peraturan dan arahan..

....

Enjin dimatikan lalu dia melangkah kaki keluar dari perut kereta..Belum sempat menjejaki dalam rumah,anak matanya tertumpu pada sebuah kereta yang diparkir dihadapan rumahnya..Mungkin ada tetamu yang harini..

"Asalamualaikum,abah..adik?" Salam diberi sebelum membuka tombol pintu..Namun tiada siapa menyahut

"Abah? Adik?" Panggil Yara sekali lagi,kali ini dia meninggikan suaranya..

Diharapkan adik atau ayahnya yang menjawab tetapi sangkaannya salah..Suara lain yang menyahut panggilanya tadi..

"Ye awak?" Lelaki cina bertubuh sedikit gempal itu merenung Yara dari atas sehingga ke bawah..

LAST MIDNIGHT: ILLIASOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz