Last Midnight: 6

238 15 0
                                    

"LARI!! lari selaju mana yang kau mampu Yara! Jangan biarkan ia tangkap kau" Jeritan itu kuat didengari telinga ku

Tatkala aku berlari selaju mungkin,kaki yang melecet akibat terpijak dahan dan ranting pokok hanya dibiarkan..Itu tidak penting,sekarang ni aku perlu selamat nyawa dulu..

"Run as far as you can..get your face out of my sight..because if I see you back, I really won't let you go again" Bisikan itu...

Namun mengapa makin jauh ku lari semakin hampir aku merasakan suara itu mendekati aku..Aku berlari jauh daripadanya atau....aku yang berjalan menuju dia?

Pondok rumah usang itu menjadi tempat aku meneduh diri..Letih apabila puas berlari lama di hutan tadi..Semuanya kelihatan sangat lama dan berhabuk..Penuh dengan sawang labah-labah,kayu juga makin mereput..Haus...aku sangat dahaga sekarang..

Botol air yang diletakkan pada meja sisi itu terus diambil oleh aku..Gulp gulp aku meneguk dengan laju sehinggalah...

Klukk..

Aku merasa tertelan sesuatu asing..Terasa besar di tekak,aku cuba mengeluarkannya dari mulut..Belakang badan ditepuk tepuk kuat untuk memuntahkan semula apa yang tersekat di tekak..Aku menadahkan tangan supaya ia terjatuh di situ

Buekkk!!!

Fuh,berjaya juga aku muntah..kalau tak pasti tercekik mati tadi..Eh!

Ini.....

Apa...

Aku cuba menggosok mata berkali untuk memastikan ia jelas,apa yang aku sedang lihat ini

Bukankah ini...

Bebola mata manusia!!

Ta-takk mungkin Yara..kau takkan lah tertelan benda ni tadi.

Bangun!! Jangan biar diri kau hanyut dalam dunia ni!

ZZAPPP...

Dadaku mengombak,nafas tercungap cungap..mengapa aku termimpi kejadiaan itu lagi? Apa maksud yang cuba disampaikan..Dah berkali aku cuba mengabaikan saja mimpi buruk itu namun lama kelamaan ia berlarutan..Takkan nak biarkan saja..

Jam menunjukkan pukul 10 pagi..Disebabkan hari minggu,aku tak bekerja..Oh dan mungkin juga kerana aku tengah period sekarang makin mudah lah mimpi buruk tu datang lagi..

Telefon ku berbunyi notifikasi..Tertera di telefon

Akak jom melawat abang Zafir harini?

-Maya

Aduhai adik aku ni,rajin sungguh nak melawat abang kesayangannya itu..Aku sebenarnya letih,tambah lagi rasa sengal di kaki..Nama pun perempuan,bila tengah pendarahan keluar makin banyak lah zat besi yang hilang...

Tingg...berbunyi lagi

Kak? Tau lah cuti,tapi janganlah lama sangat membongkang tidur tu!

-Maya

Ish mana ada,akak dah lama bangun eh! Ye,bagi akak masa nak siap dulu..nanti akak ambik kau kat rumah

-You

Sempat lagi menipu,aku memang sejenis macam ni..Kalau tempoh period tu malas sungguh nak bangun pagi,rasa nak tidur je sampai lewat petang..Leceh betul,nanti kena tukar pad lah bagai..

Sejurus selesai mandi,aku menyarungkan blouse floral berwarna pastel pink di tuck in kedalam seluar jeans putih..Rambut aku mengikat stail biasa iaitu ponytail cuma menambah ribbon sahaja..Oh tidak lupa,minyak wangi berjenama Chanel disembur...Ikut kerajinan diri juga aku nak berdandan macam ni...

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now