Last Midnight: 20

179 16 2
                                    

"ENCIK,tolonglah jangan buat kecoh macam ni..kalau pesakit lain dengar macam mana?"

Tangan yang cuba memujuknya supaya pulang semula ditepis kuat..Jika tidak diselesaikan harini,maka kes ini akan berlarutan!

"Ahh! Aku tak kira,aku nak jumpa dia sekarang juga!!" Jerit lelaki berumur 30an itu

"Dia tak ada kat sini,berapa kali saya nak beritahu? Boleh tak tuan balik rumah dulu,kita bincang esok elok-elok ok?" Pujuk jururawat itu

"Kalau encik tak pergi,nanti pengawal akan paksa encik keluar dari sini..nanti encik sendiri yang susah macam mana?" Katanya lagi

Setelah berfikir lama..

"Baik! Aku balik,tapi pastikan esok aku nak nampak muka dia kat sini,faham!"

"Ye encik..."

Beredar sahaja lelaki itu terus cik Melati melepaskan nafas lega..Diurut dahinya sedikit,selepas kedatangan manusia itu semakin menjadi-jadi masalah di hospital ini..

"Kenapa tu Melati?" Tegur doktor Maisarah

"Entahlah...saya ada benda nak cerita ni" kata Melati,kerusi disebelahnya ditepuk menyuruh doktor wanita itu duduk disebelahnya

"Ada apa-apa masalah ke?"

"Anak pakcik tu tadi,Irfan namanya..pesakit wad 230..minggu lepas dilapor meninggal dunia sebab bunuh diri dalam wad dia sendiri" jelas Melati

"Bunuh diri? Kenapa sampai macam tu,sebelum ni tak pernah jadi kan?"

"Itulah,dia kelar berkali-kali tangan dia..tak tahu sebab apa"

"Tapi kenapa ayah dia datang mengamuk kat sini pula?" Soal Maisarah keliru

"Sebab...ayah dia tak percaya Irfan sanggup buat macam tu,katanya dia kenal dengan anak dia..Irfan tu jenis solat lima waktu dan kuat iman..tambah lagi,lepas dia dapat tahu yang orang terakhir jumpa anak dia tu..."

"Siapa?"

Jeda..Melati tidak pasti mahu meneruskan ataupun tidak,air liunya ditelan kesat

"Encik Isaac.." sambungnya






















ILLIAS memandang tepat ke arah mataku,rahangnya diketap kuat seperti menahan marah..Aku silap cakap ke?

"Siapa dia?" Soalku

"Tak penting,sekarang ni awak akan jadi bakal isteri saya dalam masa terdekat" Illias berkata dengan selamba

"Saya tak nak..keputusan muktamad"

"Siapa kata?" Lelaki itu memberi senyuman sinis padaku

"Siapa kata apa?" Tanya aku buntu

"Siapa kata saya bagi awak pilihan? Ini keputusan saya,awak tetap akan jadi isteri saya walaupun awak suka ataupun tidak" Wah,semudah itu je! Dia ingat aku ni anak patung untuk dijual beli ke?

"Dan awak siapa? Takde hak langsung untuk paksa saya berkahwin dengan awak..Kalau awak teruskan perangai macam ni,saya takkan teragak-agak untuk buat laporan polis..Tak kira lah kalau awak nak pecat saya sekalipun" jawab Yara dengan lantang

Sekali lagi Illias ketawa kecil,betul-betul naif rupanya gadis di depan dia ni..

"Ini bukan soal polis atau tidak,mereka takkan mampu buat apa-apa...soalnya,awak rasa mampu ke untuk keluar dari sini? Sekali dah masuk takkan ada jalan patah balik semula" Senyuman nakal muncul di bibir

Gulp..Aku menelan air liur,apa maksudnya begitu? Aku mahu keluar! Ini bukan rumahku..Betul ke apa yang dikatakan Illias,polis tak mampu buat apa-apa? Atau dia sengaja reka cerita

"Kau tipu! Kerja polis memang untuk tangkap orang macam kau" jeritku kuat

"Macam saya?" Illias berpura pura tanya

"Ye! orang manipulatif,penipu dan licik macam kau ni.." renungan tajam diberi pada anak mata hijau itu

"Itu bagi awak..Dari sudut pandangan mereka saya ni suci,baik,bekerja keras dan paling penting..." sengaja dilambatkan perkataan terakhir

"Asli"  sambungnnya lagi

"Hah?" Sejak bila aku tanya tentang orang asli? Tibe je mamat ni!

"Tak sekarang ni aku taknak dengar apa-apa ayat mengarut dari kau! Lepaskan aku! Kalau tak aku jerit sekuatnya!!!" Bentak Yara

"scream as loud as you want, no one can hear you darling.."

"ILLIAS !! HOII!!" Jeritan Yara itu diendahkan apabila Illias melangkah keluar dari bilik...

"Illias!!! Woii!!"

Sebelum pintu bilik ditutup sempat Illias memberi kata terakir pada gadis itu

"Jeritlah sekuat mana sementara awak seorang je duduk dalam bilik ni..sebab esok bilik ini akan jadi kita berdua punya" Mata sebelahnya dikerdipkan lalu memuncungkan bibir seolah olah memberi Yara flying kiss..
















MAYA mengerling ke arah jam tangannya dan waktu menunjukkan sudah pukul 10 malam tetapi kakaknya masih belum pulang dari kerja..Kebiasaannya jam 8.30 malam,Yara sudah tiba di rumah..

Dengan sekilas dia memandang ke arah ayahnya yang sedang menonton televisyen itu,seperti tiada apa yang berlaku sedangkan anak perempuannya itu masih belum balik..Jika Yara pulang ke rumah sewanya sekalipun pasti sudah dimesej padanya tetapi kali ini tidak..

"Ayah" panggil Maya

"Apa?"

"Akak mana? Ayah tahu ke"

"Mana aku tahu,kau yang kata dia pergi kerja siang tadi kan?" Jawab lelaki itu dengan ringkas sambil memasukkan snek kacang ke dalam mulutnya

"Itu siang yah..ini dah malam,tak balik lagi akak tu" balas Maya

"Ish tak payahlah kau risau,dia tu dah besar kan..pandai-pandailah cari jalan sendiri..takde sapenya nak culik dia,baik kau bawakkan teh dengan biskut untuk aku lagi bagus"

Maya menjulingkan matanya ke atas,biar betul ayahnya ni? Selamba macam tu je minta macam-macam padanya..Padanlah kencing manis,lewat malam begini pun masih nak air teh..Gadis itu terus berjalan menuju ke bilik membiarkan ayahnya keseorangan di ruang tamu..

"Eh budak ni,aku suruh buat teh dia pergi masuk bilik pulak" rungutnya seorang diri

Tingg..

Bunyi notifikasi telefonnya berbunyi..Lantas dia meletakkan sneknya ketepi dan membuka skrin hitam itu..

Pastikan kau datang esok..tak kira apa,Yara perlukan wali untuk dia walaupun kau ni tak layak pun jadi bapaknya..Datang tepat pada waktunya,aku tak suka orang yang lembap..
-Illias

Ye,aku tahu..Ini perkahwinan paksa je kan? Tak perlu sampai sentuh dia kan?
-you

Itu urusan aku..kalau aku nak pun,apa masalahnya?
-Illias

Suka hati kau lah
-you

Esok menjadi hari terpenting buat anak sulung perempuannya itu..Sejujurnya dia tidak menyukai Illias kerana sifat ganas dan suka memukul orang tetapi lelaki itu terpaksa melepaskan anak gadisnya demi nyawa dia sendiri..Ya atau tidak,itu semua di tangan Illias..

"Lantak kau lah Yara..dah nasib" Encik Zulhaimy sudah yakin pasti gadis itu akan menjadi mangsa sifat baran Illias..Lelaki itu bukannya mampu menahan amarah,jika tidak dikawal dia mampu mengangkat tangan..Sedangkan dia sendiri menjadi mangsa bantai oleh Illias dan konco-konconya

Bersambung..

Sorry kalau plot twist dia agak sikit sebab saya saja tak nak dedahkan terlalu banyak..Nanti lepas dorang kahwin baru Yara dapat bongkar satu demi satu rahsia tentang suami dia..

Dan mungkin rahsia tentang dia sendiri juga?

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now