Last Midnight: 30

178 14 3
                                    

BUKK!!

"Hish, tepilah sikit! Aku nak lalu" Tubuhku ditolak kuat sehingga menyebabkan aku terjatuh

Arghh!

Kesan luka melecet di lutut membuatkan aku sedikit tersentak..

"Maafkan saya" ucapku

"Ahh berambus lah! Kitaorang takde masa untuk orang macam kau!" Jawabnya lantang

Orang seperti aku? Apa maksudnya, aku tak layak ke untuk berpijak di atas bumi ni? Mengapa manusia sekeliling perlu melayan aku begini, tiada sifat simpati sedikit pun..

Tetapi..

Di saat aku dibuang oleh masyarakat dan mereka membenci aku sekeji-kejinya..Ada seseorang yang setia berdiri di hadapanku

"Kau ok?" Tangan dihulur, lelaki berbaju sweater hijau dan berambut perang memandang aku dengan kesian..

"Terima kasih" aku menyambut tangannya

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya si dia

"Sa..saya tak tahu..Mungkin sesat" jawabku

Kedua tangan milikku di ambil lalu dia meletakkan pada permukaan dadanya..Aku dapat merasakan jantungnya berdegup kencang

"Tak nak balik?" Lelaki itu menyoal

Mata hijau tua miliknya menyapa pandangan aku

"Huh?"

"Sampai bila kau nak duduk sini? Ini bukan tempat kau,Yara" Bayangannya semakin mengaburi mata ku

"Sekejap! Apa maksud awak?" Kini dia menyentuh pipiku dengan erat..

"Cari kebenaran...dalam diri kau"

SZZAPPPP!!!

"Arghhh!"

"Eh kenapa ni! Puan ok ke?" Tanya wanita berumur 30an yang berpakaian uniform biru gelap..

Aku tercungap cungap mengambil nafas seolag olah baru lepas berlari beberapa km..Cecair di dahi tidak berhenti keluar manakala kolar bajuku sudah lencun basah kerana berpeluh..

"Sa..saya kat mana ni?" Soalku bingung sambil memandang kawasan sekeliling

"Puan dekat balai polis sekarang.." jawabnya

"Siapa bawa saya ke sini?"

Jelas wanita itu memandang wajah ku dengan tatapan yang aneh sekali..Sesekali dia menjeling tubuhku dari atas sehingga ke bawah

"Puan tak ingat? Puan sendiri yang datang sini tadi untuk tunggu suami puan kan?" balasnya

"Ohh...takpelah kalau macam tu" kata ku bersahaja

Berapa lama aku dekat sini tadi? Macam mana aku boleh tertidur?

Air tapis di penapis itu diambil, aku meneguknya dengan rakus sekali..Rambut yang kelihatan kusut masai itu dibaiki sedikit..Sungguh kepala ku terasa berat sangat setelah macam-macam yang terjadi harini

Baru sahaja aku mahu menoleh ke belakang tiba-tiba tubuhku dilanggar oleh seseorang

Kbukk!!

"Eh! Im sorry, saya tak sengaja..sa..saya betul-betul tak sengaja" bilangku dengan keadaan panik

"Hey its fine,small matter je..Are you okay?"  Lelaki bertubuh tinggi lampai dan berkaca mata berdiri di hadapanku..

"Yes.." jawabku perlahan

Jelas sekali wajahku kelihatan tidak terurus seperti orang dalam masalah..

"Cik Yara Aylana kan?" Dia menegur

LAST MIDNIGHT: ILLIASUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum