Last Midnight: 19

152 14 3
                                    

"INI kali terakhir aku akan telefon kau,kalau tak jawab juga.." omel Aileen seorang diri sambil jari sibuk mendail nombor telefon rakannya itu..Sudah berjam-jam gadis itu tidak mengangkat panggilan

Alexandra yang melihat pekerjanya itu tidak tumpu pada kerja sebaliknya menggunakan gajet di dalam pejabat merasa tidak berpuas hati..

"Uhm..kamu buat apa tu?" Sengaja dia berpura batuk untuk mengambil alih perhatian Aileen

"Eh! Maaf Puan Xandra,saya bukan buat kerja lain..cuma risaukan tentang Yara je" jawab Aileen

Tenungan aneh diberi padanya oleh Xandra..wanita itu menilik tubuhnya dari atas sehingga ke bawah..

"Kenapa? Dia okay je,dia ada urusan dengan Tuan Illias" kata Xandra

"Takde apa untuk dirisaukan...dia selamat" katanya lagi

Aileen mengangguk faham,tak mahu memperbesarkan hal ini..Tetapi mengapa cara Xandra beritahu seperti tiada sebarang ekspresi?
















"LITTLE bit of poison in me"

"I can taste your skin in my teeth"

"I love it when i hear you breathing"

"I hope to God you're never leaving"

Tag, you're it, tag, tag, you're it

Lagu kegemaran ibunya yang sering dinyanyikan dahulu apabila mereka bermain permainan sembunyi dan kira..Illias menjuih bibir bernyayi lagu yang sama,terasa rindu di dada..

Tetapi adik kembarnya iaitu Isaac sering melenting marah jika ada yang berjaya menjumpainya ketika menyorok..Baginya,hanya dia boleh jadi pemenang dan menangkap orang lain bersembunyi..

Sebut sahaja perkataan agresif,itulah perkataan paling sesuai untuk mengungkapkan sifat sebenar adik kembarnya itu..Dan dia? Gelaran yang sering dipanggil dua kembar itu dahulu di sekolah ialah...

"Si tipu dan si asli"

Pada awalnya,Illias cuba menganggap ia sebagai satu gurauan tetapi makin lama kelamaan dia tidak mampu bersabar lagi dan merasakan rakan-rakan sekolahnya itu tidak menghormati mereka berdua sebagai kembar seiras..

Siapa si tipu dan siapa si asli? Hanya Illias dan Isaac mampu menentukan..Wajah yang sama dimilikinya itu,boleh ditukar bila-bila masa bukan? Tiada siapa pun akan perasan tentang perbezaan kecilnya.. Begitu juga Author sendiri........cey!

"Arghhh" Yara menyentuh kepalanya yang terasa sangat sakit seperti baru jatuh dari tempat yang tinggi

Apabila dibuka mata,dia merasa terkejut melihat sekeliling yang kini dia berada di dalam bilik seseorang? Yang pasti ini milik Tuan Illias!! Sudah dia menyangka,lelaki itu agenda lain..Dasar jantan tak guna!

"S-ss saya kat mana nii!!" Jerit Yara,hanya dia seorang di dalam bilik besar itu..

"T-uan Illias? Tolong,jangan buat macam ni" Teriaknya lagi tetapi tiada seorang pun menyahut

Skrtttt... pintu bilik air dibuka..Kelihatan Illias bertuala tanpa memakai sebarang pakaian yang sedang mengelap rambut basahnya..Sempat juga Yara mengilas ketulan roti 6 bun pada perut milik lelaki itu..Um!

Namun selajunya selimut di dada ditarik sehingga menutup seluruh badan..Tidak mahu dia memandang Tuan Illias begitu..Tanpa berbaju??

"Apa awakk buat nii?? Pakai baju lahh gila!" Jeritnya lagi tetapi kali ini lebih kuat dan lantang

Illias yang memerhati Yara yang kelihatan takut didalam selimut itu tersenyum sinis..Lalu dia mendekatinya di atas katil..Kedua lengan sasanya diletakkan pada penghadang katil bagi mengunci pergerakan Yara tetapi dia masih tidak menyentuh gadis itu..

Kedudukan mereka yang terlalu dekat membolehkan Yara terhidu bau kesan wangian minty dan peppermint daripada sabun yang digunakan oleh lelaki itu ketika mandi..Air yang mengalir di tubuh tegapnya itu menitik di selimut..

"Apa benda awak buat ni? Gila ke! Nak saya telefon polis?" Jerit Yara,suaranya serak seperti mahu menangis

"Shushh..no need to scream my dear,I'm near you now, aren't I?" Bisik Illias perlahan

"Awak memang ada niat buruk dekat saya kan? Sebab tu awak panggil saya ke sini,untuk racunkan makanan saya? Awak ni memang manusia jahat dan tak boleh dipercaya!!" Mata yang awalnya berkaca akhirnya menitiskan air mata

Melihat Yara yang sudah mengalirkan air mata membuatnya undur ke belakang kembali..Rasanya,tindakan itu agak melampau bukan? Dia melabuhkan diri di atas kerusi empuk itu selepas menyarungkan pakaian ke tubuh..

"Janganlah nangis,saya memang nak tunaikan perjanjian saya tu..Awak akan dinaikkan pangkat" jelas Illias

Yara ketawa sinis

"Huh? Naik pangkat apanya sampai bawa masuk ke bilik! Mesti awak yang dukung saya sampai ke sini kan?"

"Of course no..Yara,I know my limit ok? Plus,Im actually a muslim too" jawab Illias

"Ohh islam? Ingatkan kafir sebab sesuka hati bawa anak dara orang masuk dalam bilik pahal!" Sindir Yara

"Saya tak sentuh pun awak ok? Janganlah pandang saya ni teruk sangat.." kata Illias

"Tapi kau tetap gatal! Tiba-tiba angkut aku masuk sini dah kenapa?" Tiada lagi gelaran hormat untuk lelaki itu,kemarahannya tidak dapat ditahan lagi

"Sebab awak kan bakal isteri saya,jadi saya nak tunjukkan dahulu rumah kita berdua nanti"

Dasar mamat gila! Bila masa aku setuju nak berkahwin dengan dia?

"Woi tiang lampu! Bila masa aku ni bakal isteri kau? Tunang pun tidak.." bidas Yara,geram sahaja melihat lelaki gatal ini

"Huh,tak setuju..awak yang nak dinaikkan pangkat haritu kan? Awak yang tanda tangan perjanjian dalam kertas menandakan setuju..Jadi,awak akan dinaikkan pangkat menjadi isteri saya...bertuah tak?" Beritahu Illias,senyuman lebar diberi sehingga terlihat gigi lurusnya

Yara tergamam seketika seperti baru mengingati sesuatu..Lidahnya kaku tidak mampu berkata apa-apa..Rupanya ini satu muslihat saja? Perjanjian yang dikatakan menaikkan pangkat itu ialah sebagai isteri pokok kelapa ni?

"Remember something?"

"T-tak mungkin..aku tanda tangan atas urusan kerja bukan untuk jadi bini kau!"

"Well its too late,ayah awak pun dah setuju dengan pernikahan kita.." Ternyata Illias sudah terlebih dahulu berjumpa dengan Encik Zulhaimy..Yara lah perkara yang dikatakan hutang untuk dituntut itu..Dan akhirnya lelaki tua itu melunaskan juga hutangnya

"Dont worry Yara,saya akan layan awak lebih daripada segalanya..Apa yang awak nak,saya akan bagi..Kalau awak nak saya belikan rumah baru untuk keluarga awak pun saya sanggup buat..Asalkan kita hidup berdua bersama,boleh?" Illias memandang tepat ke arah mata Yara..Dia betul-betul tenggelam hanyut di dalam keindahan mata gadis itu..Membuatnya bertambah lagi gila pada Yara

"T-tak boleh..saya tak cintakan awak Illias,awak kena terima benda tu" jawab Yara

Tangannya yang diletakkan pada selimut itu digenggam erat bagi melepaskan amarah..Dia paling pantang jika ada yang mengingkari arahannya..Jika orang lain pasti sudah dihukum tetapi ini Yara, mana mungkin dia menyakiti gadis yang dicintainya itu..Bahkan nyawa sendiri tidak berharga seperti cintanya pada Yara..Dia bukan obsesi tetapi kegilaan?

"Kenapa Yara,apa kurangnya saya? Saya berharta dan saya mampu bagi awak kasih sayang lebih daripada ayah awak sendiri..Tak cukup lagi ke usaha saya untuk sampai ke tahap ni tapi masih tak dipandang oleh awak? Dah bertahun-tahun saya tunggu,tapi sia-sia je selama ni? Kenapa orang selalu membezakan kami!! kenapa mesti dia-" ayatnya terhenti,tidak mahu Yara mengetahui perkara sebenar..

"Dia?" Yara menyoal

Bersambung..

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now