Last Midnight: 26

157 14 0
                                    

DINGIN sungguh cuaca malam ini,ditambah lagi dengan hujan renyai di luar..Aku cuba menahan kesejukan itu dengan membalut selimut pada tubuh badan..Entah kenapa harini susah benar untuk aku lelapkan mata,mungkin tak selesa dengan bilik baru ni..Ya,aku rindukan rumah sewa lama dulu..

Tangan dicapai ke arah meja kecil bersebelahan katil untuk mencari telefon bimbit..Seronok juga kalau tengok tiktok waktu pukul 3 pagi ini..

Skrtt skrtt..

"Ish mana pulak telefon ni" Tangan lincah mengetepikan kesemua barang lain tetapi masih tidak jumpa..

"Alamak!" Barulah aku teringat,telefon tu ada di ruang tamu bawah..Aduh,macam mana boleh tertinggal dekat situ..

"Takkan nak kejut Illias suruh teman pulak...ish kau ni Yara! Pelupa tahap nyanyuk" Rungutku seorang diri..Kami tidak tidur dalam satu bilik yang sama kerana aku yang menolak tetapi bilik tidur Illias hampir saja dengan bilik tidur aku..Tapi aku malu untuk kejut dia!

"Ish,lantaklah bukan ada apa-apa pun" Bilangku sendiri

Aku membuka pintu itu dengan perlahan,tidak mahu mengejutkan Illias yang sedang tidur di bilik sebelah..Aku tahu,dia pasti tidak suka kalau aku keluar sendirian pada tengah malam tanpa ajaknya teman walaupun dalam rumah sendiri..Tumit kaki dijongketkan ke atas lalu aku turun tangga dengan berhati hati..

Kelihatan telefon itu di ruang panjang sofa tetapi sebelum mengambil ia aku cuba mencaru suis lampu dahulu..Maklumlah,aku tak biasa dengan rumah semewah ini..sedangkan suis pun aku tak tahu terletak di mana..

"Mana pulak ni.." Tangan meraba raba dinding tapi masih tidak jumpa..Gelap sungguh keadaan ketika ini..

Kbukk!

"Siapa tu?" Panggilku apabila terdengar ada seseorang sedang turun dari tangga juga..

Disebabkan perasaan takut yang membuak di dada,aku berjalan laju ke arah tangga semula..Kalau ada apa-apa jadi nanti,aku juga yang susah..

"Eh!"

"Sejak bila-"

Sejak bila rumah Illias ini ada bilik kecil di bawah tangga...Takkan lah selama ni aku boleh tak perasan ada ruang bilik di sini? Atau aku silap pandang sekarang?

Ktakkk!

Sekali lagi bunyi dentuman kuat dari arah bilik itu,bertambah lagi sifat ingin tahu aku..Apa sebenarnya tersembunyi di sebalik pintu ini?

Krekk...

Terasa berat sekali di bahagian kepala dan mual di tekak sejurus selepas aku membuka pintu itu, ia dipenuhi dengan bau yang sangat busuk..bau yang tidak dapat aku ungkapkan dengan mudah,seolah olah bau....

Mayat.

"Uhukk! Uhuk!!" Aku terbatuk-batuk kuat,aku cuba mencari punca dari mana datangnya bau tersebut tapi disebabkan terlalu gelap aku batalkan semula niatku tadi...

!!

Walaupun gelap gelita aku mampu melihat lantunan bayang bersusuk tinggi dari cermin di bilik itu seperti ada seseorang di belakang aku..Aku sepantasnya menolehkan kepala ke belakang untuk melihat siapakah orangnya

"Arghhh!!!" Malangnya,lelaki berhoodie itu lebih pantas menekup mulut Yara dari belakang..

"Lepaslahh!!! Hmm!!" Gadis itu sempat mencakar kuat beberapa kali pada permukaan tangan lelaki misteri itu..

Kbukk!

Tubuhnya ditolak kuat dan kepalanya mencium tanah..Yara dapat merasakan tekanan yang kuat dari belakang tubuhnya seperti dihimpap oleh seseorang..Dia cuba melawan tetapi terhalang apabila objek tajam berbentuk pisau itu diletakkan pada lehernya..

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now