BAB 23 ✓

3.8K 91 2
                                    

Harini adalah hari terakhir untuk Dalia memberitahu jawapannya. Jadi Dalia bercadang untuk berjumpa dengan aunty. Dalia terus mencari nombor aunty dan membuat panggilan.

"Assalamualaikum aunty. Aunty free tak sekarang? Dalia nak jumpa dengan aunty boleh?"

"Waalaikumsalam Dalia. Ye aunty free sekarang. Boleh, aunty kat rumah sekarang jadi jumpa kat rumah aunty je okay"

"Okay aunty. Terima kasih." Aku terus menamatkan panggilan dan terus bersiap.

'Aku harap keputusan aku ni betul dan boleh menyenangkan semua orang'.

Sekarang aku berada di rumah aunty. Aunty berada di dapur sedang membuat air jadi aku hanya menunggu di ruang tamu.

"Ha Dalia minum la dulu. Aunty ada masak sikit, Dalia nak makan?" tanya aunty dengan ramah.

"Takpe aunty. Dalia dah makan tadi. Terima kasih." Tolak aku dengan sopan.

"Jadi, Dalia nak cakap apa dekat aunty?"

"Dalia nak bagi jawapan Dalia dekat aunty.... Dalia setuju." Aunty nampak gembira dengan jawapan yang aku berikan.

"Alhamdulillah..terima kasih Dalia sebab terima anak aunty. Aunty syukurr sangat sangat."

"Sama sama aunty" balas aku.

"Ehh apa panggil aunty ni lagi kan? Panggil mama je okay. Dalia pon nak jadi menantu mama dah" Aunty sangat teruja.

Aku mengangguk perlahan.

"Baik aun- mama" kata aku dengan kekok. Mama terus membelai kepala aku lembut. Aku rasa terharu dengan layanan mama. Mama sangat baik terhadap aku dan melayan aku macam anak perempuannya sendiri. Aku harap umi dan abah dapat menerima keputusan aku.

"Dalia, nanti mama akan hantar rombongan meminang minggu depan dan terus bertunang di hari yang sama . Jadi Dalia harap umi dan abah Dalia bersedia ye" kata mama lembut.

"Err mama, tak cepat sangat ke?"

"Kena la cepat. Benda ni kan benda baik. Jadi kita kena la percepatkan. Takut mama terlepas pulak nak jadikan Dalia menantu mama"

"Ermm baik mama"

Malam itu..

Aku sedang berehat rehat di atas katil ku sambil bermain telefon. Tiba tiba aku mendapat call dari nombor tidak dikenali. Aku teragak agak untuk angkat sebenarnya. Tetapi disebabkan nombor itu asyik call aku jadi aku pon angkat.

"Hello? Siapa ni?"

"Helo marshmallow" kata suara garau itu. Aku terkejut. Ini suara Tengku. Macam mana aku kenal?

Hanya Tengku sahaja panggil aku dengan panggilan begitu. Jadi aku boleh menangkap dengan cepat siapa pemanggil di hujung sana.

"Ye Tengku? Ada apa call malam malam ni?"

"Nothing. Just want to hear your voice. By the way, you did a great job. Jawapan kau memuaskan hati aku sayang."

Aku terkesima. What?? Dia panggil aku sayang?? Cairr weyhh..

"Y-ye.." balas aku singkat.

"I know that you don't love me now. But I will make sure that you will fall in love with me until your last breath. Forever.." Tengku berkata dengan yakinnya. Aku meneguk air liur.

"Aaa Te-tengku saya rasa ngantuk la. Saya tidur dulu ye" balas aku cepat cepat.

"Okay dear..goodnight. Sweet dream. Jangan lupa mimpikan aku future fiancé"

Aku terus menamatkan panggilan. Hati aku berdebar. Aku menekup muka ku dengan selimut dan menjerit sekuat hati. Malunyaaa...




#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Dalia terimaa laaa u alls..

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now