BAB 34 ✓

3.8K 81 0
                                    

Keesokkan harinya..

Pada pagi itu, selepas sarapan, Tengku memanggil semua untuk berkumpul di ruang tamu. Katanya ada sesuatu yang mahu dibincang dan dikatakan.

"Kenapa kamu panggil semua orang ni Uzair? Ada apa?" tanya mama hairan.

"Uzair dah fikir betul-betul dan rancang semuanya. Minggu depan Uzair dan Lia akan pergi berhoneymoon di Istanbul, Turki." 

"Apaa!" Semua orang terkejut dan pada masa yang sama gembira. Siapa lagi kalau Dalia betul tak semua? hihihihi

"Alhamdulillah.. bagus bagus. Lagi cepat kamu dua pergi honeymoon lagi cepat la mama dapat cucu!" kata mama teruja. Umairah pon mengangguk setuju. Dalia pula hanya diam saja. Bukan dia tidak gembira tetapi tidak terlalu cepat kah? Kenapa Tengku tidak berbincang dengannya?

Tengku hanya lihat saja Dalia yang diam itu. Dia tahu mesti banyak soalan yang bermain di fikiran Dalia. Tidak mengapa, dia akan selesaikannya.

"Disebabkan minggu depan kami akan pergi honeymoon, Uzair nak balik dulu ke rumah abah untuk bagitau tentang perkara ni. Boleh mama?" Tengku meminta izin kepada mamanya.

"Eh mestilah boleh! Lagipon kamu tidak pernah balik ke rumah ayah mertua kamu tu lagi lepas kahwin, jadi apa salahnya kan...bila kamu nak bertolak?" 

"Esok mama. Uzair ingat nak duduk 2 ke 3 hari di situ sebelum kami berangkat ke Istanbul." terang Tengku.

"Baiklah. Lia, malam ni kamu tak perlu masak ye nak. Biar mama je yang masak. Mama nak masak special sikit malam ni.Kamu tolong suami kamu kemas barang ye" 

Dalia yang diam itu tersentak sedikit apabila mama memanggil namanya. 

"Baik mama. Lia masuk bilik dulu ye nak kemas baju" balas Dalia lembut. Mama mengangguk sedikit dan Dalia pon berlalu pergi. 

"Uzair pon masuk bilik dulu ye. Nak tolong wife Uzair" pinta Tengku. 

"Baiklah. Mairah, tolong mama ye harini" 

"Baik mama"

. . .

Sekarang Dalia sedang mengemas bajunya dan kemudian baju Tengku. Dia tidak membawa baju yang banyak kerana bajunya sudah ada di rumah orang tuanya. Dia hanya perlu membawa baju sedikit sahaja. Sedang asyik mengemas baju, ada sepasang tangan yang memeluknya dari belakang.

"Arhh" Dalia terjerit kecil. Dia terkejut dengan tindakan Tengku itu. 'Bila masa pulak hubby masuk ni? Tak dengar pon bunyi pintu buka tutup' desis hati Dalia.

"Dear..are you okay?" tanya Tengku dengan suara prihatin.

"Y-ye sayang okay je. Kenapa hubby? Hubby nak apa-apa ke?" balas Dalia.

"No.. I know you're not okay dear. Tell me" tegas Tengku.  Dalia terdiam. Apabila suara tegas Tengku dikeluarkan, Dalia tahu yang Tengku mahu tahu sebabnya. Dalia mengeluh perlahan. Dia memusing badannya menghadap Tengku.

"Sayang fikir pasal honeymoon kita." kata Dalia.

"Kenapa? Kau tak suka kita pergi honeymoon dekat Istanbul? Kau nak pergi tempat lain?" tanya Tengku.

"Tak.. bukan itu yang sayang maksudkan. Cuma.. kenapa hubby tak bincang dengan sayang dulu? Sayang cuma nak tau je sebab kan kita berdua yang nak pergi honeymoon. Lagipon, sayang tak bersedia untuk tinggalkan umi dan abah dekat sini. Nanti sayang rindu umi dan abah" luah Dalia. Dalia hampir menangis apabila berkata begitu. 

"Shhh dear marshmallow..don't cry." kata Tengku perlahan memujuk isterinya. Nampak comel sungguh Dalia sekarang ini.

"Aku nak buat surprise dekat kau sebenarnya sebabtu aku tak bincang dengan kau. Pasal umi dan abah, kan kita nak balik jumpa mereka sebelum kita pergi honeymoon. Aku tau yang kau akan rindu mereka sebabtu la aku buat macam ni. Kalau kau rindu nanti, kau boleh call atau video call dengan mereka dear" 

"Haah la hubby. Sayang lupa pulak hehe" Dalia tersengih. Tengku ketawa kecil dengan tingkah laku isterinya. Tengku mengusap kepala Dalia. Comel betul Dalia ni. Terserlah sikap kemanjaan Dalia pada waktu ini. Tengku pon apa lagi, layan je la..

"Berapa lama kita honeymoon hubby?" tanya Dalia.

"Kau nak berapa lama?" tanya Tengku kembali.

"Sayang tak kisah berapa lama. Sayang ikut je hubby" Tengku mengangguk.

"Sayang nak kemas baju ni. Hubby duduk tepi dulu eh" 

"Biar aku tolong"

Mereka pon mengemas baju untuk dibawa bersama sama. 








#thankyou for reading this story.. Jumpa di next chapter okayy.  :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now