BAB 41 ✓

3.2K 69 0
                                    

DZZ DZZ DZZ

Bunyi telefon itu mengejutkan Tengku dari tidurnya. Dia melihat jam dan baru pukul 3 pagi di Istanbul. Dia bangun dan pergi ke balkoni yang berada di luar kerana tidak mahu Dalia mendengarnya. Dia menekan button hijau untuk menjawab panggilan tersebut. 

"Hello" 

"Hello Tengku, maaf sebab saya mengganggu Tengku." 

"Hm kau nak apa Danial?" 

"Black Code Tengku. Markas kita diserang. Hampir kesemua anak buah cedera. Tiada kematian dilaporkan" 

"Apa?! Kau dah cari siapa yang serang kita?" 

"Belum Tengku. Yang peliknya, dia hanya datang seorang diri dengan senjata sahaja dan yang pastinya musuh kalini adalah musuh yang tidak ketahui" 

"Shitt! Dia datang sorang je kau tak boleh nak bunuh dia balik?! Sampai semua cedera apahal?! Mana dia sekarang?" 

" Di-dia terlepas Tengku" 

"Bodohh! Kau call Zack sekarang. Suruh dia cari maklumat bangsat tu" arah Tengku. 

"Baik Tengku" 

"Sediakan jet aku pagi ni dan kau ketatkan pengawasan di rumah mama aku"

"Baik Tengku." 

Tengku terus menamatkan panggilan itu. Dia meraup mukanya. Dia Kembali ke dalam bilik untuk tidur semula. Dia membetulkan sedikit selimut Dalia yang senget itu. 

"Sleep tight dear" Tengku mencium pipi Dalia.

 . . .

Pagi itu selepas sahaja Tengku bangun, dia bersiap untuk pulang ke Malaysia. Dia mengejut Dalia untuk bangun dan bersiap sama. Dengan keadaan mamai, Dalia turut bangun dan bersiap. Dalam perjalanan ke jet, mereka hanya diam sahaja. Dalia perasan yang keadaan Tengku sekarang ini macam tengah marah. Sebab itula dia tidak bercakap.

Sampai di lapangan jet peribadi Tengku, mereka naik dan duduk di tempat duduk yang disediakan. Dalia melihat sekeliling dan terdapat Danish dan Zack yang sudah ada di dalam jet tersebut. Zack melambai ke arah Dalia. Dalia senyum sebagai balasan. 

"Dear, aku nak ke bilik sekejap. Kau nak ikut?" tanya Tengku lembut. 

"Erm takpela. Saya nak duduk sini sekejap. Nanti saya masuk" balas Dalia. 

"Er..saya nak sembang dengan Zack dan Danish dekat belakang tu boleh tak?" tanya Dalia perlahan. Tengku ketawa kecil. 

"Kau ni comel laa. Boleh dear.. Tapi jangan lama sangat. " 

"Okayy. Thank you hubby" Tengku mengangguk. Tengku pon masuk ke dalam bilik di dalam jet itu dan Dalia pula duduk di seat hadapan Zack dan Danish. 

"Macam mana honeymoon? Best tak?" tanya Zack sebagai permulaan. 

"Best. Seronok sangat" kata Dalia teruja. 

"Zack, Danish.. Saya nak tanya sikit boleh?" Zack dan Danish berpandangan. 

"Mestilah boleh. Nak tanya apa?" balas Danish. 

"Mana awak berdua pergi haritu? Lepas je sampai dekat Istanbul haritu, terus awak berdua hilang" 

"Ooo..kami ada kerja sikit dekat sini. Sebab tu kami hilang, heheh" balas Zack. 

"Lagipon, awak dan Tengku kan nak honeymoon, jadi takkan la kami nak kacau pulak" kata Danish pula.

Dalia mengangguk tanda faham.

"Oooo macam tu. Awak berdua ni kerja apa?" tanya Dalia lagi. 

"Kami kerja dengan Tengku la" kata Zack. 

"Ye saya tahu la awak kerja dengan suami saya, tapi apa pekerjaan yang awak berdua buat?" Zack dan Danish berpandangan lagi. Dalia yang melihat itu berasa hairan.

"Er..ermm" 

"Diaorang kerja sebagai bodyguard aku" kata Tengku yang tiba-tiba muncul di situ. Dalia, Zack dan Danish terkejut seketika. 

"Ha..haah. Kami kerja sebagai bodyguard Tengku." sokong Danish. Dalia hanya diam kerana dia macam tak percaya mereka berdua ni kerja sebagai bodyguard sahaja. 

"Tapi-"  Belum sempat Dalia bertanya lagi, Tengku sudah memintas percakapannya. 

"Dear, enough. Bagi mereka berehat. Jom, ikut aku" kata Tengku dan terus menarik Dalia untuk mengikutnya. Zack dan Danish hanya melihat saja mereka pergi. 

"Fuhhh..selamat. Nasib tak kantoi" kata Zack. Danish turut mengangguk tanda setuju.

Sampai di bilik, Tengku menyuruh Dalia duduk di atas katil dan dia mengunci pintu. Setelah mengunci pintu, Tengku turut duduk di sebelah Dalia. 

"Hubby, betul ke diaorang tu bodyguard hubby?" tanya Dalia. 

"Yes dear. Tapi lebih kepada bodyguard kau" 

"Kenapa macam tu?" 

"Kau kan isteri aku, mestilah diaorang kena jaga kau jugak" 

"Tapi saya dah besar la. Saya boleh jaga diri sendiri" 

"No excuse dear" kata Tengku dan perlahan baring di atas katil sambil menongkat tangan di bawah kepala. 

"Jadi, masa saya keluar sorang-sorang tu, diaorang ada la?" 

"Yup. Tapi diaorang jaga kau dari jauh je" 

"Patutlah hubby bagi saya keluar sorang haritu" 

"Tapi kenapa perlu sampai ada bodyguard?" 

"Sebab sekarang ni ramai orang jahat. Bila-bila masa je kau akan kena culik" kata Tengku dengan tenang. 

"Cu-culik?! Kenapa ada orang nak culik saya?" tanya Dalia dengan cemas. 

"Sebab kau WIFE kepada Tengku Nik Uzair" 

"Ap-apa ma-maksud hubby?" Tengku melihat ke arah Dalia. Dia boleh nampak yang Dalia berasa sangat takut. 

"Nothing dear. Dah, jom baring dengan aku" kata Tengku sambil mendepakan tangannya menyuruh Dalia masuk ke dalam pelukannya. 

Dengan perlahan, Dalia akur. Dalia memeluk Tengku. Tengku membalas pelukan Dalia. Tengku mengucup kepala Dalia sekilas sebelum dia merehatkan dirinya.













#hai readers..thank you for reading this story..maaf sebab lambat updatee :( 

Jangan lupa vote dan komen ye..Jumpa di next chapterr, byee :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Onde as histórias ganham vida. Descobre agora