BAB 36 ✓

3.4K 80 0
                                    

Setelah bermalam di rumah abah dan umi Dalia, tibanya masa untuk Tengku dan Dalia pergi ke Istanbul untuk honeymoon mereka. Mereka sudah memberi tahu umi dan abah tentang hal ini dan umi dan abah pon setuju.

Umi dan abah lagi teruja mendengarnya kerana mereka akan dapat kabar berita tentang cucu tidak lama lagiii. Yeay!! Hip Hip Hooray!! HAHAHAHAH

"Lia, dah sampai sana jangan lupa call umi tau. Ataupon kita buat apa tu video call, okayy!" kata umi sambil memegang tangan Dalia. Umi risau dan  sedih sedikit kerana anaknya akan pergi ke luar negara buat kali pertama. Jadi, umi mahu semuanya baik-baik saja.

"Baikk umii. Insyaallah nanti Lia call umi ye. Jangan risau, nanti Lia bawa ole-ole untuk umi, okayy" kata Dalia sambil menepuk tangan uminya. Mereka berdua pon berpelukan.

Tengku pula menyalam tangan abahnya. Selepas itu, salam tangan uminya.

"Uzair, ingat pesan abah ye nak. Abah harap Uzair jaga Lia ni dekat Istanbul nanti. Pegang kata-kata kamu ye nakk" bisik abah sedikit pada Tengku.

"Baik abah" balas Tengku.

"Abah harap lepas kamu balik dari honeymoon ni ada la berita baik ye. Hahahah" Abah ketawa. Umi dan Tengku pon turut ketawa. Dalia pula menunduk malu. Habis merah padam pipinya. Nampak comel aja. HAHAHAHAHA

"Ishh abang ni.. jangan la nak menyakat anak kita. Insyaallah ada rezeki, ada la berita baiknyaa" kata umi pula. Abah mengangguk setuju.

Tengku memasukkan beg dan bagasi mereka berdua ke dalam kereta. Dalia pon masuk ke dalam kereta selepas menyalam tangan abahnya.

"Kami pergi dulu umi, abah. Assalamualaikum" kata Dalia sambil melambai ke arah umi dan abah.
PON PON PONN! Tengku pula menekan hon kereta sebagai tanda goodbye..

Umi dan abah melambai ke arah mereka dan kereta itupon bergerak keluar dan menuju ke destinasi yang seterusnya.

. . .

Dalam perjalanan ke airport, Tengku singgah sebentar di stesen minyak yang terdekat.

"Kunci pintu ni. Aku nak pergi tandas sekejap. Kau nak apa-apa tak?" tanya Tengku.

"Tak..takde apa" balas Dalia. Tengku pon keluar pergi ke tandas.

Setibanya mereka di airport, terdapat anak buah Tengku di sana. Mereka datang ke arah Tengku dan mengangkat beg dan bagasi Tengku. Dalia berasa pelik. Kenapa ada orang tolong suaminya bawa beg mereka? Kemudian kenapa mereka pergi ke arah lain? Disebabkan Dalia tertanya-tanya, dia terus bertanya kepada Tengku.

"Tengku, kenapa orang tu ambil beg kita? Kenapa orang tu pergi sana? Kan arah sini untuk masuk airport"

"Diaorang anak buah aku Marshmallow. Diaorang pergi sana sebab kita akan naik jet peribadi aku" balas Tengku tenang.

"Apa?!! Sejak bila awak ada jet peribadi ni?" tanya Dalia hairan. Ya, dia pelik. Kenapa dia taktau yang suaminya ada jet peribadi sendiri? Takkan jadi CEO boleh ada jet peribadi sendiri? Betul tak readers..??

"Dah lama aku ada jet ni dear..kau je yang tak tahu. Btw, you need punishment sayang" kata Tengku sambil tersenyum sinis.

"Pu-punishment?? Ke-kenapa pulak?? Saya tak buat apa-apa pon" balas Dalia tergagap kerana takut. Ye la, takut sebab tiba-tiba kena hukum. Padahal dia tak buat apa pon..

Tengku mendekat ke arah Dalia. Dalia pula kebelakang. Sebab apa? Dalia tahu yang dia dalam bahaya sekarang.
Tengku terus menarik pinggang Dalia dan badan mereka bertemu. Dalia meronta sedikit dalam pelukan itu.

"Sebab kau panggil aku TENGKU marshmallow.." bisik Tengku. Bulu Dalia meremang. Dia hanya kaku di situ. Tengku melepaskan pelukan itu dan terus menarik tangan Dalia untuk masuk ke dalam jet peribadinya. Dalia menurut saja.

Setelah itu,mereka duduk di kerusi yang ada di dalam jet tersebut. Bukan mereka sahaja yang ada, Zack dan Danish pon turut ada di dalam jet itu. Dalia pula berasa hairan dan melihat ke arah Tengku untuk mendapatkan penjelasan.

"Diaorang yang nak ikut. Lagipon diaorang boleh jaga kita nanti dekat sana" kata Tengku dengan tenang. Dalia hanya mengganguk perlahan.

"Jom ikut aku" kata Tengku.

"Nak pergi mana?"

"Masuk bilik"

"Untuk apa?" balas Dalia. Tengku mengeluh perlahan. Kenapa isterinya polos sangat ni... Tengku bangun dan terus mendukung Dalia. Dalia terjerit kecil dan tangannya memeluk leher Tengku dengan cepat supaya tidak terjatuh.

Tengku mendekatkan bibirnya di telinga Dalia.

"For punishment dear..are you ready dear...?" bisik Tengku dengan perlahan. Dalia meneguk air liur. Sekarang ini dia SANGAT malu. First, sebab Tengku dukung dia depan Zack dan Danish. Second, boleh pulak Tengku cakap macam tu depan mereka berdua?! Arghhhhhhhh

Nasib baik bisik je tau. Kalau Tengku cakap kuat tadi, memang Dalia pengsan rasanya hanya disebabkan malu.

Tengku terus ke bahagian belakang jet dan terdapat satu pintu di situ. Tengku membukanya dan terdapat katil yang sangat besar. Rupanya itu bilik tidur Tengku di dalam jet tersebut. Dalia terpegun dengan kecantikan bilik itu. Walaupon tidak besar sangat, tapi decoration nya sangat cantik. Tema bilik itu, simple but nice.

Tengku meletakkan Dalia perlahan-lahan di atas katil itu. Dalia tersentak. 'Kenapa pulak dia letak aku atas katil ni? Aku tak ngantuk lagi' desis hati Dalia.

Tengku baring di sebelah Dalia dan memeluk Dalia dari tepi.

"Teman aku tidur, dear. Aku penat" kata Tengku dengan suara perlahan menahan ngantuknya.

"Kalau saya tak nak?"

Tengku bangun dan perangkap Dalia di bawahnya. Dalia terkejut. Dia tidak bersedia dengan tindakan Tengku itu.

"Then you will get punishment, dear" Tengku mengelus perlahan pipi Dalia dan mengucup dahi Dalia.

"Tapi saya nak jalan-jalan dalam jet ni. Saya tak ngantuk lagiii" rengek Dalia.

"No. Ikut arahan aku, Dalia. Kau boleh jalan-jalan dalam jet ni lepas aku bangun nanti" Dalia mengangguk setuju. Dia terpaksa setuju kerana apabila Tengku sudah menyebut namnya, maknanya Tengku berada dalam keadaan marah.

Tengku terus baring di sebelah Dalia kembali dan memeluk Dalia. Mereka berdua pon memejam mata untuk tidur.

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now