BAB 50 ✓

5.7K 117 6
                                    

Malam itu, suasana di rumah mama Tengku sangat meriah. Semua ahli keluarga Dalia dan Tengku berkumpul bersama. Kawan-kawan Tengku juga turut bersama. Walaupon tidak ramai, tetapi tetap juga meriah. Dalia melihat disekelilingnya.

Umi dan mama rancak berborak sehingga gelak ketawa mereka begitu kuat. Tak tahu la apa yang dibincangkan mereka. Abah dan Tengku jugak berborak tetapi macam serius je tengok. Biasa la..lelaki kan. Nak serius je memanjang. Umairah pula berada dekat dengan Zack. Boleh nampak di situ yang Umairah tu malu-malu dengan Zack. Tambah pula dengan perangai Zack yang kuat menyakat Umairah. Memang malu terukss Umairah.

Dalia ketawa kecil melihat Umairah dan Zack. Danish pula setia bersama dengan makanannya. Sambil-sambil itu ada juga Danish tengokkan daging kambing yang dibakar. Nampak sedap la pulakk! Dengan sosej cheese pulak. Perghhh sedappp!!

Dalia perhati saja daging kambing dan sosej itu. Memang membuatkan Dalia terliur sampai meleleh air liur. Hahahah. Tengku hanya perhatikan saja Dalia yang memerhatikan daging dan sosej itu. Tengku meminta diri pada abah untuk duduk bersama Dalia. Kemudian, dia berjalan ke arah isterinya.

"Dear.." tegur Tengku sambil memeluk bahu Dalia. Dalia tersentak sedikit dan memalingkan wajahnya dengan senyuman ke arah Tengku.

"Ye hubby" balas Dalia.

"Dear nak makan daging tu ke?" tanya Tengku sambil menunjuk ke arah makanan tersebut. Dalia mengangguk kecil.

"Nak...Lia nak" Tengku ketawa kecil. Macam budak kecik aje perangai Dalia sekarang ni.

"Hubby amik okay"

"Okayy..tapi Lia nak sekali dengan sosej tu tau" pinta Dalia.

"Okayyy" kata Tengku dan terus mengambil makanan yang Dalia inginkan. Setelah mengambil makanan tersebut, Tengku duduk bersebelahan dengan Dalia. Tengku memberi makanan tersebut kepada Dalia. Tetapi Dalia tidak makan. Dia tengok saja makanan tersebut.

"Kenapa dear tak makan?" soal Tengku dengan kening yang terangkat sedikit. Pelik melihat isterinya yang meminta makanan tersebut tapi bila dah ada di depan mata, taknak makan pulak.

"Lia nak hubby suap boleh?" sambil menunjukkan mata yang comel itu kepada hubbynya. Ohh! Ini rupanya sebab Dalia tak makan. Ada-ada saja Dalia ni. Sejak mengandung ni, Dalia makin manja dengan hubbynya.

"Boleh dear.. Meh sini hubby suap" dan berlaku lah adegan suap menyuap. Nampak comel aje pasangan tesebut. Yang lain pon turut gembira melihat pasangan tersebut. Cute and sweet.

. . .

Setelah selesai makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu atas permintaan Tengku yang ingin mengatakan sesuatu kepada mereka semua. Jadi sekarang semua dah ada.

"Ha..ada apa yang kamu nak cakap ni Uzair?" kata mama memulakan percakapan. Tengku melihat Dalia dan Dalia membalas dengan senyuman menandakan Dalia sudah bersedia dengan Tengku untuk memberitahu tentang perkara tersebut. Yang lain hanya melihat saja pasangan tersebut berbalas pandangan dan senyuman. Tengku berdiri diikuti dengan Dalia.

"Uzair nak cakap yang...tak lama lagi Uzair akan jadi papa!" kata Tengku dengan gembira. Krik krik krik.. Suasana diam seketika. Kemudian mama menjerit.

"Ya Allah! Betul ke ni Uzair??" tanya mama dengan teruja. Tengku mengangguk. Mama melihat ke arah Dalia. Dalia juga tersenyum kepada mama.

"Dah berapa bulan tu Lia?" tanya umi dan mama serentak.

"Dah 2 bulan umi,mama.." kata Dalia dengan senyuman yang tak lekang dari tadi. Umi dan mama berpelukan.

"Tak sangka kita dah jadi nenek dahh" kata mama gembira.

"Betul tu..betul" sahut umi. Abah pula hanya tersenyum gembira dari awal Tengku mengatakan berita tersebut.

"Yeayy dapat anak buahh" jerit Umairah gembira.

"Anak fruitt ..anak fruitt!" giliran Zack dan Danish pulak bersorak gembira. Mereka ketawa sahaja.

"Ada lagi satu yang Uzair nak bagitahu semua." Semua memandang Tengku kembali. Dalia turut memandang hubbyynya.

"Hujung minggu ni Uzair nak bawa pergi Paris untuk honeymoon" Dalia terdiam. Dia melihat hubbynya untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut. Tengku tahu isterinya mesti memandangnya. Jadi dia meneruskan percakapannya lagi.

"Disebabkan honeymoon yang pertama, Uzair kena balik awal untuk siapkan kerja jadi, Uzair nak bawa lagi sekali isteri kesayangan Uzair untuk honeymoon sekali lagi. Dan pastinya kami bukan berdua malah bertiga!" kata Tengku dengan gembira sambil mengelus perut Dalia. Dalia rasa terharu dengan hubbynya. Tengku membongkokkan sedikit badannya di hadapan Dalia dan membisik sesuatu di telinga Dalia.

"Surprise for you, Marshmallow" Kemudian, Tengku menayangkan senyuman yang sangat indah untuk isterinya. Dalia terus memeluk kuat hubbynya. Tengku membalas pelukan Dalia. Mama, umi, abah,Umairah, Zack dan Danish gembira melihat mereka berdua yang nampak sungguh gembira.

. . .

Kota Paris.

Sekarang Tengku dan Dalia berada di Paris. Tengku membawa Dalia ke sini untuk honeymoon dan pada masa yang sama ingin meluangkan masa bersama isteri tercinta. Mereka berada di dalam hotel kerana waktu sudah malam di Paris. Dalia berada di balkoni luar sambil menikmati keindahan malam di Paris. Tambahan pula hotel yang mereka duduki itu bertentangan dengan Menara Eiffel Tower. Terasa cantik kerana Menara Eiffel Tower itu dipenuhi dengan lampu yang berwarna-warni. Tengku yang baru sahaja mandi terus mendapatkan isterinya.

"Tak sejuk ke dear malam-malam ni duduk kat luar?" tanya Tengku perlahan sambil memeluk erat Dalia.

"Sejuk. Tapi lepas hubby peluk terus tak sejuk dah" kata Dalia sambil tersenyum memandang wajah Tengku. Tengku senyum kembali dan mencium dahi Dalia. Lama mereka dalam keadaan begitu. Senyap menikmati pemandangan malam.

"Hubby.." panggil Dalia. Tengku melihat wajah Dalia.

"Terima kasih sebab bahagiakan Lia. Terima kasih sebab pilih Lia sebagai isteri hubby. Terima kasih jugak sebab cinta dan sayangkan Lia." kata Dalia lembut.

"My pleasure..Hubby pon nak berterima kasih pada Lia sebab terima hubby sebagai suami walaupon hubby banyak kekurangan. Lia adalah satu-satunya cinta hubby. I LOVE YOU, MARSHMALLOW"

"I LOVE YOU TOO, HUBBY"


~ TAMAT ~


Berakhir la sudah cerita HIS LITTLE MARSHMALLOW ini.. Terima kasih semua yang setia menunggu chapter baru dan setia membaca HIS LITTLE MARSHMALLOW sehingga habis. Sebenarnya, saya masih baru dengan dunia wattpad ini, jadi saya minta maaf jika membuatkan cerita yang kurang best. Saya tak pandai nak buat ayat sweet.. heheh

Apa-apa pon terima kasih semua. Dengan ini, HIS LITTLE MARSHMALLOW melabuhkan tirai..

:)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now