BAB 47 ✓

2.8K 62 1
                                    

Tanpa semua orang sedari, mama yang mendengar apa yang dikatakan doktor itu berasa sebak ketika dia mahu melihat keadaan anaknya. Umi yang berada di sisi mama mengusap lengan mama supaya untuk terus bersabar dan bertahan.

Mama perlu kuat untuk anaknya dan juga menantunya. Umairah yang nampak kelibat mama itu terus berlari dan memeluk mama.

"Sabar mama... Insyaallah abang akan sedar nanti. Kita doa sama-sama ye" kata Umairah. Memberikan kata-kata semangat untuk mamanya. Dia juga sedih. Dia sedih melihat abangnya dan kakak iparnya yang di masukkan ke hospital. Dia juga tidak kuat. Tetapi untuk situasi sekarang, dia perlu kuatkan semangat supaya dia dapat membantu mamanya untuk menjaga abangnya hingga sedar.

Sebagai adik juga, dia perlu menjaga mamanya juga kerana jika dia dan mamanya bersedih, siapa yang akan jaga keluarga mereka betul tak? Jadi dia perlu kuatkan semangat dalam diri untuk hadapi semua ini.

Dalia yang pengsan akibat ubat penenang tadi terjaga. Dia membuka matanya perlahan dan melihat sekeliling. Tiada siapa-siapa di dalam biliknya. Dalia teringat akan hubbynya. Dia mahu berjumpa dengan hubbynya.

Dia bangun dengan perlahan untuk melihat hubbynya. Belum sempat dia bangun sepenuhnya, pintu bilik terbuka. Abah masuk ke dalam dengan sedikit makanan di tangannya.

"Lia.." panggil abah.

"Abahh" sahut Dalia.

"Kamu okay nak? Nak makan tak?" tanya abah. Dalia menggelang perlahan.

"Abah..macam mana keadaan suami Lia..? Lia nak tengok suami Lia.." kata Lia dengan perlahan menahan sebak.

"Lia..buat masa sekarang ni Lia kena rehat dulu. Lia tak boleh lemah. Untuk Uzair pula.. Pembedahan Uzair berjalan dengan lancar. Tapi...sekarang ni Uzair koma. Doktor tak tahu bila Uzair akan sedar. Kita doakan Uzair sama-sama ye nak" kata abah dengan penuh berhati-hati sambil mengusap perlahan kepala Dalia. Abah tidak mahu Dalia tertekan dengan apa yang dia katakan.

Dari tadi menahan sebak, akhirnya Dalia menitiskan air matanya. Dia tidak dapat menahan air mata tersebut. Dalia berasa sangat sedih mendengar tentang keadaan suaminya. Dia berfikir jika dia yang patut terkena tembakan itu, semua ini takkan terjadi. Dia juga berasa kesal dengan dirinya.

Dalia memusingkan kepalanya dan menangis lebih banyak lagi. Melihat keadaan itu, abah berlalu keluar meninggal Dalia sendirian. Abah tahu yang anaknya itu memerlukan masa dan ruang untuk memahami keadaan suaminya.

"Macam mana abang? Lia cakap apa?" tanya umi yang menunggu suaminya di luar. Umi tidak masuk kerana dia tidak sanggup melihat keadaan Dalia apabila mendengar keadaan suaminya yang koma itu. Sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup melihat anaknya sendiri menangis dan sakit. Jadi dia hanya menyuruh suaminya untuk memberitahu kepada Dalia.

"Lia tak cakap apa-apa. Lia senyap je dan menangis. Abang keluar ni pon sebab abang nak bagi ruang dan masa untuk Dalia." kata abah dengan nada yang sedikit sedih. Umi berasa sebak mendengar itu. Abah memeluk umi dan menenangkan diri umi.

"Kita doakan agar semuanya baik-baik ye" ucap abah. Umi mengangguk di dalam dakapan abah.

. . .

Sebulan kemudian..

Sudah sebulan Tengku tidak sedarkan diri dan sudah sebulan juga Dalia tidak mengurus dirinya dengan baik. Oh ya! Dalia sudah boleh keluar dari hospital setelah beberapa hari berehat. Sekarang dia berada dalam bilik Tengku di hospital.

"Hubby..bila hubby nak bangun..bangun la hubby.. Lia rindu dekat hubby" ucap Dalia perlahan seperti bisik di telinga Tengku. Dalia memegang tangan Tengku yang penuh dengan wayar itu.

"Kenapa hubby tak nak bangun..Li-Lia nak hubby..Lia nak peluk hubby..sam-sampai bila hubby nak macam ni" kata Dalia sambil menahan tangisan yang ingin keluar. Tetapi dia tidak mampu menahan tangisan itu. Tangisan itu keluar dengan sendirinya.

"Lia dah maafkan hubby..Lia tak kisah kalau hubby mafia sekalipon. Janji hubby sentiasa ada di samping Dalia. Jadi hubby bangun la ye. Jangan tinggalkan Lia sorang-sorang'' Selepas berkata begitu, makin kuat Dalia menangis. Dalia meletakkan kepalanya di tangan Tengku. Tanpa sedar, dia terlena begitu saja.

Mama berasa sayu melihat menantunya itu dari pintu bilik Tengku. Mama baru sahaja selepas solat dan ingin kembali ke bilik anaknya tetapi dia berhenti dan mendengar segala apa yang dikatakan oleh menantunya.

"Bangunn la nak..mama kesian tengok isteri kamu ni.." rintih mama dalam hati.





#hai reader..thanks for reading this story..don't forget to vote and comment okayy

see you in the next chapter.. byee :)






HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now