BAB 24 ✓

3.7K 86 0
                                    

Dalia sekarang berada di rumah umi dan abahnya. Dia perlu pulang awal untuk memberitahu semuanya kepada umi dan abah. Dia juga berharap sangat yang umi dan abah terima dengan keputusannya.

Tidak..bukan cuba. Umi dan abah mesti terima dengan hati yang terbuka. Dia buat begini untuk mengelak dari masalah.

Jangan risau, dia dah mintak cuti dekat Danial selama seminggu dengan alasan ada hal di kampungnya. Hahaha.

"Umi..abah.. Dalia nak bagitau yang Dalia terima lamaran aunty itu. Itu keputusan Dalia. Dalia harap umi dan abah terima dan faham Dalia. Boleh umi, abah?" Aku memandang umi dan abah silih berganti dengan muka yang berharap sangat sangat.

Pada mulanya, umi dan abah sangat terkejut dengan kata kata ku. Umi dan abah berpandangan sebentar.

"Haihh baiklah..kalau itulah keputusan Dalia, umi dan abah takkan halang. Umi dan abah izinkan dan memberi restu kepada Dalia. Semoga Dalia bahagia dengan pilihan ye nak.." kata abah lembut sambil membelai kepala aku. Aku gembira sangat sangat bila abah berkata begitu. Fuhhh

"Nanti umi akan bagitau dekat makcik Asnah yang kamu tolak lamaran dia ye nak" kata umi pula dengan lembut. Aku mengangguk setuju.

"Ada satu lagi perkara yang Dalia nak bagitau"

"Apa dia Dalia?" tanya abah.

"Erm aunty tu kata yang hujung minggu ni dia hantar rombongan meminang dan terus bertunang di hari yang sama" kata aku dengan kekok. Umi dan abah terkejut.

"Laaa awat kamu tak bagitau awal Lia oiii..haihh bertuah punya anak. Kita tak sediakan apa lagi nii. Rumahh pon tak kemas lagii" balas umi dengan kalut. Heheh.. aku hanya tersengih.

"Kalau macamtu esok kita bangun awal dan berkemas kemas. Umi nanti minta tolong orang kampung untuk buat pelamin kecil. Nak bertunang kan, mestila ada tempat yang cantik untuk bergambar. Nanti abah akan panggil orang sikit sikit untuk tolong" kata abah dengan teruja. Aku dan umi mengangguk setuju.

Dalam hati aku mengucapkan Alhamdulillah kerana umi dan abah dapat terima. Aku juga telah memberitahu Sofea tentang perkara ini.

Dia juga terkejut pada mulanya dan akhirnya terima dengan keputusan aku dan menyokong aku. Jadi dia akan cuba siapkan awal kerjanya untuk membantu dan menemani aku semasa bertunang nanti.

Aku juga berharap yang makcik Asnah terima dengan keputusan aku untuk tidak berkahwin dengan anaknya. Takut kalau makcik Asnah tu buat hal nanti, naya je aku. Aku tidak maukan masalah dan tidak suka dengan masalah. Harap harap majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar.




#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Dalia dah nak bertunangg gaissss..uuuuu

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now