BAB 46 ✓

3.1K 59 1
                                    

BANG BANG BANG 

Dalia memejam mata dengan kuat apabila bunyi tembakan kedengaran. Tetapi dia tidak rasa apa-apa dekat dirinya. Dalia membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat Xavier yang dihadapnnya berdarah. 

Ini bermakna Xavier yang kena tembakan dan bukan dirinya. Dia menoleh kebelakang dan melihat Danish yang menembak Xavier. Danish sebenarnya merupakan sniper yang terhebat dalam kalangan kumpulan mafia. Dia yang paling handal .

Ramai yang tahu Danish merupakan orang kanan Tengku tetapi tiada siapa tahu tentang identiti sebenar Danish kecuali Tengku dan Zack.Hal ini kerana dia menggunakan nama samarannya iaitu Nish untuk sniper dan Danish sebagai orang kanan Tengku.

Zack terus berlari ke arah Tengku dan Dalia. 

"Zack, tolong!" jerit Dalia. Zack melihat keadaan Tengku serta Dalia. Keadaan Tengku sekarang ini sangat parah. 

"Bawa ketua ke hospital sekarang!" arah Zack pada anak buahnya. Mereka mengangguk dan memapah ketua mereka menuju ke kereta dan di bawa ke hospital. 

"Awak okay,Dalia?" tanya Zack pada Dalia. Dalia mengangguk lemah. Pada mulanya, Dalia ingin berjalan sendiri tetapi baru beberapa langkah saja Dalia terus pengsan. 

"Daliaa!" jerit Zack dan terus berlari ke arah Dalia. 

"I'm sorry Dalia" Lepas saja berkata begitu, Zack terus mendukung Dalia seperti bridal style gitu. Dia tidak punya pilihan. Dia harus membawa Dalia ke hospital juga.

. . .

Selepas 2 hari.. Dalia terjaga dari pengsannya. Dia melihat sekeliling. Bilik itu terasa asing baginya dan bau juga kurang menyenangkan. Barulah dia sedar yang dia berada di hospitalnya. Pintu bilik dibuka dari luar. Terlihat umi dan mama masuk . Umi dan abah serta keluarga Tengku terus bergegas ke situ apabila mendapat panggilan dari Zack yang mengatakan bahawa Dalia dan Tengku berada di hospital.

"Lia sayang..kamu dah sedar nak" kata umi dengan perlahan sambil mengusap lembut kepala Dalia . Dalia mengangguk kecil. 

"Lia nak air?" tanya mama pula. Dalia mengangguk lagi. Dengan perlahan, Dalia bangun dibantu oleh uminya dan mama untuk minum air. Setelah selesai minum, Dalia baring semula. 

"Dah berapa hari Lia tak sedar, umi?" tanya Dalia cukup perlahan.

"Dah 2 hari nak..dah 2 hari kamu tak sedar. Umi dan mama kamu cukup risau, nak.." 

"Tapi syukur alhamdulillah kamu dah bangun" kata mama pula. Umi dan mama tersenyum kepada Dalia. 

"Mana abah dan mairah? Tak jenguk Lia ke?" tanya Dalia. 

"Abah dan Mairah tengah tunggu Uzair yang ada dalam bilik pembedahan sekarang" kata umi. Mendengarkan itu, Dalia terus bertanya. 

"Macam mana dengan suami Lia umi, mama?" tanya Dalia memandang mama dan umi silih berganti. 

"Keadaan Uzair teruk sangat. Luka tembakan sangat dalam dan ada peluru yang hampir terkena di bahagian jantung. Doktor membuat keputusan untuk membuat operation dan membuang peluru tersebut. Sekarang kita perlu tunggu" jelas mama dengan perlahan. Kerana mama juga terasa sebak apabila bercerita tentang keadaan anaknya sekarang.

Air mata Dalia terus jatuh yang dari tadi bertakung. Keadaan suaminya sangat teruk berbanding dirinya. Umi terus memeluk erat diri Dalia. Sebagai ibu, dia tahu yang Dalia memang perlukan sokongan darinya. Umi juga bersedih apabila mendengar tentang keadaan menantunya itu.

"Lia nak tengok suami lia" Dalia ingin bangun tetapi di halang oleh mama dan umi. 

"Tak boleh sayang..kamu masih tak sihat. Badan kamu masih belum sembuh lagi" halang umi.

"Nooo..umi bagi Lia tengok suami lia..Lia nak jumpa dengan suami liaa" Dalia menangis teresak-esak. Dia mahu jumpa suaminya sekarang. Dia perlukan suaminya sekarang. 

"Jangan macam ni Lia.." kata mama risau. Mama risau melihat keadaan Dalia begini. Mama terus memanggil jururawat untuk datang. Sementara umi berusaha menghalang Dalia dari terus bangun.

 Apabila jururawat datang, terus mereka memberikan Dalia ubat penenang dalam kuantiti yang sedikit dan Dalia pon kembali pengsan.

Abah Dalia dan Umairah pula sedang menunggu di hadapan bilik operation Tengku. Tidak lupa juga Zack dan Danish yang berada disitu setelah mereka menukar pakaian masing-masing. 

TING

 Bunyi pintu operation terbuka dan doktor keluar dari ruangan itu. Abah dan yang lain-lain terus menerpa doktor itu. 

"Macam mana dengan menantu saya doktor?" tanya abah risau. 

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar. Semua peluru di badan Tengku kami sudah keluarkan" kata doktor. Semua mengucapkan alhamdulillah kerana pembedahan berjalan dengan lancar. 

"Tetapi ...Tengku di sahkan koma selepas pembedahan itu. Harap semuanya bertabah dan banyakkan bersabar" kata doktor itu lagi. Mendengar saja tentang itu, semua muka berubah riak menjadi risau dan gelisah. 

"Berapa lama abang saya akan koma doktor?" tanya Umairah. 

"Saya tak pasti. Mungkin seminggu, sebulan atau bertahun. Semuanya bergantung kepada kekuatan pesakit untuk sedar" jelas doktor itu.







#hai semua..HLM sudah kembali!! hehe.. terima kasih kerana membaca story ni                          

Jangan malu untuk vote dan komen ye..jumpa di next chapter..                                                              

 BYEE :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now