LFFA | Prolog

194 15 0
                                    

Seorang pelajar perempuan telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria. Pelajar tersebut mula melangkah masuk ke dalam kelas baharunya dan mula memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, saya Nur Hafiya Namira. Boleh panggil Fiya ja." Kata Hafiya dengan ramahnya.

Kawan-kawan yang lain menjawab salam Hafiya dengan anggukkan kepala, ada jugak beberapa lelaki yang bersiul nakal dek kerana kecantikkan milik Hafiya. Kecik-kecik dah gatal!

Setelah itu, cikgu pun meminta Hafiya untuk duduk di kerusi yang kosong. Hafiya duduk tepat bersebelahan dengan seorang jejaka kacak dan pandai.

Hafiya pun dengan beraninya, mula menegur jejaka itu. "Hai! Boleh saya tahu nama awak?" Tanya Hafiya lembut.

"Sibuk ja nak tahu nama orang." Dingin sahaja jejaka itu berkata. Kerek betul mamat ni.

"Kalau tak boleh cakap tak boleh heh." Hafiya menjeling. Jejaka itu hanya menghiraukan Hafiya yang sudah menghadiahkan jelingan maut kepadanya.

'Baru je masuk sekolah baru dah kacau mood orang mamat kerek ni.' Gumam Hafiya dalam hati. Marah!

"Fariz." Jejaka itu mula memberi tahu namanya tanpa dipinta. Hafiya hanya menghiraukan Fariz yang mula memberitahu namanya.

'Tadi nak tahu sangat, ni dah bagitahu senyap pulak haih ni lah perempuan.' Kata Fariz di dalam hati.

Semasa pembelajaran sedang berlangsung, Hafiya langsung tidak fahami apa yang disampaikan oleh gurunya. Hafiya hanya mampu ternganga.

"Haihh, satu apa pun aku tak faham.." keluh berat mula dilepaskan. Fariz yang mendengar keluhan Hafiya itu pun mula mengajarnya tanpa di pinta oleh gadis itu.

Walaupun pada mulanya dia agak blur, tapi lama-lama dia mula faham apa yang diajari oleh Fariz.

'Baik jugak mamat kerek nihh.'

Akhirnya hari pertama persekolahan di sekolah barunya pun tamat. Hafiya pun bergegas pulang ke rumah barunya.

Setiba di rumah, Hafiya pun memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk, "Assalamualaikum ibu! Hafiya dah balik." Ujar Hafiya dengan penuh gembira.

"Waalaikumussalam anak ibu. Mari masuk." Setelah masuk, Hafiya mencapai tangan tua ibunya dan mula membawanya ke panggal hidung miliknya.

"Fiya naik dulu eh bu..nak mandi." Puan Hannisa hanya mengangguk perlahan.

"Lepas mandi..solat ye Fiya. Lepastu turun kita makan sama-sama." Hafiya mula tabik kepada ibunya dan mula membuka langkah menuju ke biliknya.

Beberapa minit kemudian....

Hafiya mula turun semula ke bawah untuk makan tengah hari bersama ibunya. Terus dia berlalu duduk di meja makan yang sudah tersedia pelbagai makanan. Perut sudah memanggil!

Setelah selesai membaca doa makan, terus dia mula makan. Puan Hannisa hanya mampu menggelengkan kepala melihat anak daranya sorang ni.

"Nanti dah selesai makan, tolong ibu hantarkan makanan ni dekat jiran belakang rumah kita ni ya?" Puan Hannisa mula bersuara.

Hafiya mengangkat mukanya untuk memandang ibunya dan tersenyum manis sebelum menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

Puan Hannisa sangat peramah orangnya. Meskipun baru sahaja berpindah, tetapi dia sudah mula rapat dengan jiran-jirannya.

 Meskipun baru sahaja berpindah, tetapi dia sudah mula rapat dengan jiran-jirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now