LFFA | 8

55 11 0
                                    

   "SOFEA!" Laung Hafiya kuat. Sofea yang berada di sebelahnya mula hairan. Dah kenapa minah ni panggil kuat-kuat.

   "Mende kau ni. Aku dekat sebelah kau je pun, yang panggil kuat-kuat macam aku dekat London tu dah kenapa?" Bengang Sofea.

   "Ish apa-apa jelah. Tengok nih!" Hafiya menghulurkan telefonnya kepada Sofea.

   Meskipun dalam keadaan marah, dia tetap menyambut telefon sahabatnya tu. Terus terangkat sebelah keningnya.

   "Dah kenapa dengan gambar ni?" Gambar yang dimaksudkan oleh Sofea itu ialah gambar perkahwinan Prince Mateen dengan Princess Anisha.

   "Huwa Sofea! Favourite prince aku dah kawin!" Kata Hafiya dengan nada yang sedih. Lah..tu je ke?

   "Ya Allah, aku ingatkan kenapalah tadi. Kutlah kau dapat tawaran universiti overseas ke en ini tidak, gambar Prince Mateen kawin je pun." Lalu Sofea memulangkan balik telefon kepada tuannya.

   "Sampai hati kau Sofea..aku tengah broken nih." Kata gadis itu dengan nada yang sedih.

   "Dah tu? Kau nak aku buat apa? Pergi Brunei tu lepastu kata yang kau patah hati? Dia dah selamat jadi suami orang dah pun." Hafiya mula memuncungkan bibirnya kedepan. Tak sporting langsung!

   Sofea yang perasan Hafiya mula merajuk itu, terus melepaskan keluhnya.

   "Alah..relaxlah. Banyak lagi manusia atas muka bumi nih. Kau kena tahu Fiya..kita dengan Prince Mateen tu seperti langit dengan bumi." Pujuknya lalu mencubit pipi tembam milik Hafiya. Geram!

   "Lagipun...Farizkan ada." Terus Sofea tersenyum jahat. Hafiya yang dengar nama Fariz, laju saja tangannya mencubit lengan Sofea.

   "Aduh! Sakitlah Fiya!" Adunya. Padan muka!

   "Ha sebut lagi nama mamat kerek tu." Hafiya menghadiahkan jelingan tajam kepada sahabatnya.

   "Eleh..padahal suka." Kata Sofea sambil mengusap lengannya. Pedih!

   "Orang tua-tua kata, jangan benci nanti sayang." Sambung gadis itu lagi. Terlepas tawanya.

   "Kau cakap apa?" Hafiya sudah bersedia untuk cubit lengan sahabatnya sekali lagi.

   "Tak, tak. Gurau."

   "Tahu takut."

   "Dahlah malas layan kau." Terus dia sambung bermain telefon. Nak merajuk!

   "Elelelele merajuk ler tu." Hafiya hanya menghiraukan Sofea. Ketawa kecil Sofea dibuatnya. Disebabkan satu gambar saja boleh merajuk budak Hafiya ni.

 Disebabkan satu gambar saja boleh merajuk budak Hafiya ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now