LFFA | 2

102 11 0
                                    

Hafiya dan Fariz pulang ke rumah bersama-sama atas permintaan Hafiya sendiri kerana dia tidak berani untuk pulang ke rumah seorang diri.

"Haih kenapa masih sakit eh kepala aku ni..nak jalan pun susah, dah macam orang gila jalan dah aku ni dahlah beg ni berat haih." Keluhan berat mula dilepaskan.

'Kuat sangat ka si Ryan tu sepak bola tu. Dah macam besi jatuh atas kepala aku dah sakitnya tu.' Bisik Hafiya di dalam hati. Fariz yang masih di sisi Hafiya itu mula perasan keluhan Hafiya yang menahan sakit di kepalanya tambah pula beg diorang harini agak berat.

Secara tiba-tiba, beg yang digalas Hafiya ditarik kasar oleh Fariz, Hafiya yang sedar begnya ditarik oleh Fariz, terpaksa melepaskan beg itu dari pundak bahunya kerana Fariz membuat isyarat kepadanya agar menyuruh dia melepaskan beg tersebut.

Fariz pun terus berjalan tanpa menghiraukan Hafiya yang masih terpinga-pinga di belakang.

"Eleh bapak singa ni, garang-garang pun caring." Katanya perlahan. Tersenyum Hafiya melihat Fariz yang menggalas dua beg di hadapannya itu.

Tanpa mereka sedar, Ryan dan Ariq sudah lama mengekori mereka berdua sejak keluar dari pintu pagar sekolah lagi.

"Wehh Ryan tengok tu, pertama kali dalam sejarah seorang Fariz Affan yang dingin tu tolong angkat beg perempuan! Ushh viral viral !" Kata Ariq dengan riak wajah yang gembira.

Ryan tidak memberikan apa-apa respon kepada Ariq kerana Ryan masih lagi angau dengan kecantikan milik Sofea yang buatkannya terbayang-bayang wajah itu dihadapannya. Ryan mula tersenyum lebar dengan sendirinya.

Ariq yang melihat sahabatnya tersenyum sendiri itu mula bingung. "Oiiii Ryan! Aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?!" Jerit Ariq kepada Ryan. Ryan yang seakan-akan baru tersedar dari mimpi, mula tayang muka blurnya.

"Hah? Apa dia?" Tanya Ryan dengan riak wajah yang blur.

"Ish kau ni penat tahu tak aku cakap tadi. Rupanya bercakap dengan tiang. Dahlah merajuk argh gini." Kata Ariq dengan nada merajuknya.

"Alololololo Ariqku cayang, maaflah tadi kite mengelamun pulak sampai tak perasan Baby Ariq ni tengah bercakap. Janganlah majok..nanti aku berlanja kau aiskrim." Pujuk Ryan.

Ariq yang mendengar perkataan aiskrim itu mula bersinar-sinar matanya. "Nak nak! Yeay yeay dapat aiskrim. Nak magnum tau." Balas Ariq dengan gembiranya. Amboi, orang bagi betis dia nak peha.

"Amboi siap request eh? Kemain engkau ye nasib sayang, tidak lama dah aku campak kau dekat laut sana." Ketawa Ariq mendengarnya.

"Dah tak merajuk en? Ha cakaplah apa yang kau cakap tadi?" Tanya Ryan.

"Tadi aku nampak si Fariz tu angkat beg perempuan pertama kali dalam sejarah! Fariz angkat beg Fiya weh!" Balas Ariq dengan nada tak percayanya. Ryan hanya membalas "ouh".

"Eh jap cakap pasal Fariz dengan Fiya en, mana diorang?" Tanya Ryan sambil melihat kiri kanan.

"Ni semua salah kau! Kan dah hilang diorang tu! Tu lah berangan lagi tadi tak pasal- pasal kita hilang jejak Fariz dengan Fiya!" balas Ariq dengan nada tak puas hatinya.

"Aik. Aku pulak yang salah." Ariq hanya menjeling sahabatnya itu lalu meninggalkan Ryan seorang diri di belakang.

"Woii! Tunggulahh ishh." Jerit Ryan lalu mengejar langkah Ariq. Ariq hanya menghiraukan jejaka itu.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now