LFFA | 3

99 9 2
                                    

Sedar tak sedar ujian untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun hampir tiba. Kini Hafiya sudah mula rapat dengan Fariz, Ryan, Ariq dan Sofea.

Mereka berlima sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Hafiya pula semakin selesa berkawan dengan Fariz sampai menimbulkan satu perasaan yang dia pun tidak pasti dengannya.

Dalam diam, Ryan menyimpan perasaan terhadap Sofea. Tetapi tidak diketahui oleh orang lain selain daripada Ariq Hazran.

Apa sahaja yang dirahsiakan oleh Ryan mahupun Fariz, pasti Ariqlah orang pertama yang tahu.

Kring!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan habisnya waktu rehat. Hafiya dan Sofea pun bergegas pulang ke kelas semula.

Ketika Hafiya dan Sofea berjalan menuju ke kelas, mereka ternampak Fariz dengan seorang gadis berjalan berdua-duaan. Gadis itu ialah Erynna. Erynna ialah salah seorang gadis yang menyukai Fariz dalam diam.

Tidak terkelip Hafiya dibuatnya.

"Wehh Fiya, kau tengok tu..Fariz berjalan dengan Erynna siak!" Kata Sofea dengan nada terkejutnya.

Hafiya tidak memberikan apa-apa respon kepada Sofea kerana matanya masih tertumpu kepada Fariz dan Erynna.

"Hafiya? Hafiya!! Kau dengar tak ni aku cakap ni? Ish orang tengah bercakap dengan dia, dia buat tak tahu pulak." Marah Sofea. Cubit pipi tu karang!

"Ish aku dengarlah. Tak payah lah nak jerit-jerit aku tak pekak lagi. Malulah orang tengok. Dahlah jomlah masuk kelas nanti lambat pulak karang tak pasal-pasal kena denda dengan cikgu." Balas Hafiya. Sofea hanya menganggukkan kepalanya.

Dalam fikiran Hafiya hanya berfikir tentang Fariz dan Erynna. Mereka ada apa-apa ka? Hanya soalan itu yang ligat bermain dalam fikirannya.

"Fiya..boleh tak kalau kita tukar tempat sekejap, saya nak mintak tolong Fariz ajarkan saya math ni. Susahlah." Ajak Erynna dengan suara yang dikepik.

"Hah? Tukar tempat? Sekarang? Awak duduk sini?" Fariz yang berada di sebelah Hafiya itu mengangkat tinggi sebelah kening apabila melihat Hafiya yang bertanya banyak soalan kepada Erynna.

"Haah sekaranglah saya tak faham ni lagipun kan exam dah nak dekat?" Erynna melihat Fariz dan membuat muka simpatinya agar Fariz bersetuju untuk menyuruh Hafiya berpindah tempat dengannya.

Ariq yang mendengar suara kepit Erynna itu mula berbisik kepada Ryan..

"Hek eleh, dahlah cakap pun kepit. Menyampah aku." Ryan menjatuhkan kepalanya tanda bersetuju. Mereka berdua masih lagi memandang ke arah lakonan Erynna tu.

Belum sempat Hafiya mahu bersuara, Fariz terlebih dahulu bersuara. "Bagi jela Fiya. Apa guna kalau ada ilmu tapi tak berkongsi kan?" Kata Fariz dengan nada dinginya. Tersenyum senget Erynna.

Hafiya terdiam seribu bahasa. Tanpa menunggu lama, Hafiya pun membenarkan Erynna duduk di tempatnya.

Hafiya mula bangun dari tempat duduknya dan menuju ke meja Erynna iaitu bersebelahan Sofea kerana Erynna duduk semeja dengan Sofea.

Hafiya hanya melemparkan pandangan kosong kepada Fariz dan Erynna yang sedang belajar bersama-sama itu. Naik meluat Hafiya apabila melihat agenda Erynna yang mencuri-curi melihat Fariz yang tegun mengajar itu. Ini nak belajar ke nak menggatal?

Sofea yang sedar Hafiya sedang temenung itu mula bertanya,

"Weh Fiya...kau termenung apa tu? Kau ada masalah ke?" Tanya Sofea dengan prihatinnya sambil menepuk bahu Hafiya.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now