LFFA | 6

93 13 0
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

   Setiap pagi, sebelum Fariz bergerak ke sekolah, dia bersarapan terlebih dahulu bersama Puan Farinie dan Tuan Fakrul. Tapi kadangkalanya, Fariz akan bersarapan dengan Puan Farinie sahaja kerana Tuan Fakrul sibuk dengan kerjanya. CEO kan, itu yang busy memanjang tu.

   "Good morning mummy, daddy." Sapa Fariz lembut sambil tersenyum manis sampai menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya.

   "Good morning sayang." Balas Puan Farinie lalu mejemput Fariz untuk duduk di kerusi yang berada di hadapannya.

   "Good morning too, Fariz." Tuan Fakrul pula bersuara. Fariz mengambil roti yang sudah di sapukan jem di dalamnya daripada tangan Puan Farinie lalu mengucapkan terima kasih. Puan Farinie menganggukkan kepalanya.

   "Harini last day Fariz exam kan?" Tanya Tuan Fakrul sambil memandang tepat ke arah Fariz. Fariz yang sedang menikmati makanannya itu meletakkan semula rotinya di atas pinggan dan beralih pandangan ke arah Tuan Fakrul yang fokus melihat wajahnnya. Puan Farinie hanya menjadi pendengar tidak mahu menyampuk.

   "Haah daddy harini last day. Kenapa daddy?" Balas Fariz.

   "Nothing just tanya. Daddykan sejak kebelakangan ni busy dengan kerja itu yang tak ada masa nak tanya Fariz tu." Kata Tuan Fakrul dengan rasa bersalah. Puan Farinie hanya tersenyum melihat kemesraan antara Fariz dan Tuan Fakrul, sampaikan timbul rasa bersalah terhadap Fariz tentang satu rahsia yang mereka sembunyikan daripadanya. Mummy mintak maaf Fariz.

   "It's okey daddy, I'm understand about your work." Sambung Fariz pula. Tuan Fakrul tersenyum manis sampai menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

   "Makan cepat Fariz, nanti lewat pulak sampai sekolah." Kata Puan Farinie yang sudah lama mendiamkan diri.

   "Okey mummyku. Alah mummy relax je.. sekolah dekat ja dengan rumah kita." Kata Fariz selamba. Puan Farinie dan Tuan Fakhrul hanya ketawa kecil lalu menggelengkan kepala.

   Setelah habis makan, Fariz pun menyalam tangan tua Puan Farinie dan Tuan Fakrul. Tuan Fakrul menasihati Fariz untuk melakukan yang terbaik, dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Walaupun Fariz seorang pelajar yang bijak tapi dia juga manusia biasa yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan.

   Puan Farinie juga mengingatkan Fariz untuk sentiasa merendahkan diri, walaupun orang lain mengagungkan kebijaksanaanya tapi tetaplah merendahkan diri sesungguhnya kebijaksanaan itu datangnya daripada Allah SWT.

   Setelah selesai menyalam tangan mummy dan daddynya, Fariz pun bergerak pergi ke rumah Hafiya untuk pergi ke sekolah bersama-sama. Walaupun diorang ni suka gaduh-gaduh tapi tetap pergi sekolah bersama-sama.

   Fariz pun tiba di rumah Hafiya. Hafiya yang perasan akan kehadiran Fariz itu terus meminta izin kepada ibu ayahnya untuk bergerak ke sekolah.

   "Fiya pergi dulu ye ibu ayah." Pamit Hafiya lalu melambaikan tangan ke arah ibu dan ayahnya.

   "Yelah, baik-baik ye jalan tu." Nasihat Puan Hannisa sambil menyandarkan kepalanya di bahu Tuan Nazrien. Tuan Nazrien juga membalas lambaian Hafiya lalu mengusap kepala isteri kesayangannya. Hari ini Tuan Nazrien cuti, itu yang diorang nak bermanja-manja tu. Tak padan dengan tua haih.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now