LFFA | 7

67 12 0
                                    

   IPhone Hafiya berdering kuat menandakan ada panggilan masuk. Hafiya yang ralik melukis itu terus berpaling ke arah iPhonenya yang memanggil kuat untuk diangkat.

   Abang Rien 😻💗

   Hafiya yang membaca nama yang tertera di screen telefonnya itu, dengan gembira, laju sahaja tangannya menekan button hijau.

   "Assalamualaikum Abang Rien kesayangan!" Dengan pantas Hafiya memberi salam terlebih dahulu. Hazrien yang mendengar salam daripada adiknya yang agak kuat itu terus menjauhkan telefonnya daripada telinga. Karang boleh pecah gegendang telinga aku.

   "Waalaikumussalam adikku! Ya Allah boleh pekak telinga abang tahu. Tahulah rindu abang tapi janganlah sampai menjerit nampak sangat excitednya tu." Balas Hazrien sambil tersenyum lebar. Menyempat dia menyakat adiknya ya.

   "Eii perasannya! Tak ada masa Fiya nak rindu Abang Rien tahu. Fiya happy tahu Abang Rien tak ada dekat rumah ni aman je hidup." Bohong Fiya.

   "Ouh tak rindu ye..takpelah abang nak endlah baik call ibu lagi best." Ujar Hazrien dengan nada dibuat merajuk. Eleh tak rindu kita konon ibu cerita yang dialah setiap hari tanya bila kita nak call dia, kalau rindu cakap aje ler nak tipu-tipu pulak.

   "Ish orang gurau jelah haih kuat merajuk betullah Abang Rien ni. Kesian bakal kakak ipar Fiya nanti nak kena pujuk Abang Rien kalau abang merajuk. Fiya rindu lah dengan abang Fiya yang kuat merajuk sorang ni hehehe." Pujuk Fiya dengan ketawa kecil.

   "Ish dahlah tiba-tiba masuk part kakak ipar pulak. Ni Fiya dah habis examkan, so Fiya nak buat apa sebelum result keluar?" Tanya Hazrien dengan prihatin. Hafiya berfikir sejenak sebelum menjawab pertanyaan abangnya.

   "Tak tahulah abang, dulu masa abang habis SPM kan abang buat apa?" Soal Hafiya pula.

   "Dulu abang cari kerja part time." Jawab Hazrien. Hafiya hanya mengangguk kepala.

   "So Fiya nak kena cari kerja part time jugak ke abang?" Tanya Hafiya lagi. Banyak pulak soalan budak ni tanya.

   "Hmm maybe tak payah kut. Abang rasa baik Fiya duduk rumah ja teman ibu...lagipun abang rasa ibu pun takkan izinkan Fiya cari kerja partime. Yelah Fiyakan perempuan bahaya tahu lagipun Fiya pun baru 17 tahun you still young but in my eyes you still look like a baby." Ketawa Hazrien di hujung talian. Suka betul dia.

   "Hye apa ni, I'm not a baby okey!" Marah Hafiya. Hazrien masih ketawa tapi kali ni lebih kuat. Makin marahlah Hafiya dibuatnya.

   "Okey princess abang, I'm sorry okey. Ouh lupa nak tanya...Fiya sihat?" Tanya Hazrien.

   "Dah berapa minit call baru nak tanya khabar. Alhamdulillah sihat." Dengan malas Hafiya menjawab lalu menjulingkan mata ke atas.

   "Hahaha, sorrylah lupa. Ni semua salah Eriqlah ni selalu bagi abang makan ikan bilis dahlah ada kepala ikan bilis pulak tu. Kan orang kata, kalau makan kepala ikan nanti jadi pelupa ha betullah tu kan abang dah lupa nak tanya khabar Fiya." Kata Hazrien dengan yakin. Eriq yang berada di samping Hazrien itu terus bersuara.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now