LFFA | 4

99 10 3
                                    

"Assalamualaikum guyss!! I'm back!" Sapa Ryan dengan nada yang kuat. Semua orang yang berada dalam library, memandang Ryan dengan tajam termaksuklah cikgu-cikgu yang turut berada dalam library. Bukan mereka berlima sahaja yang berada dalam library, malah pelajar form 5 yang lain juga turut ada untuk mengulang kaji.

"Yang ni lagi sorang, terjerit -jerit. Kita dalam library tahu.." balas Fariz, mata hitam pekatnya tepat memandang mata coklat pekat milik Ryan.

Ariq menahan ketawanya daripada terlepas. 'Tulah kata dekat aku lagi, kan Allah dah bagi cash hahahah.' Ketawa Ariq dalam hatinya.

"Alamakk. Lupa ada bapak singa, sorryla. By the way, tadi aku pergi photostat soalan math untuk kita ulangkaji. Nah, sorang satu." Sambung Ryan sambil membahagikan kertas soalan yang dia baru sahaja photostat.

"Susahnyaa soalan." Rungut Hafiya.

"Engkau ni Ryan, dalam banyak banyak subjek, subjek math jugak kau pilih." Marah Ariq. Kitonya tak berapa pandai sangat math.

"Jangan risau, kitakan ada bapak singa." Kata Ryan pula sambil memandang Fariz.

"Susahnyaa soalan nombor 5 ni. Sofea, Ariq, Ryan korang boleh buat tak soalan ni?" Tanya Hafiya sambil memikirkan jawapannya.

"Tak boleh." Jawab Mereka bertiga serentak.

"Aku boleh." Jawab Fariz selamba. Maklumlah bapak singa ni bijak dengan semua subjek. Bagilah soalan susah mana pun, dia still boleh jawab punya.

"Err takpelah kita tinggal jelah soalan nombor 5 ni." Hafiya menghiraukan apa yang dikatakan oleh Fariz.

"Eh mana bolehh! Kita kena siapakan SEMUA soalan ni." Ryan menekan perkataan semua itu. Ariq dan Sofea menganggukkan kepala untuk menunjukkan mereka setuju dengan Ryan.

"Kan bapak singa ni cakap, dia boleh jawab soalan 5.. so tak ada masalah untuk kita buat." Kata Ariq pula. Fariz dalam diam menyimpan senyumannya.

"Errr okeylah kalau macam tu." Kata Hafiya dengan perlahan. Tersenyum suka Ariq dibuatnya.

"So, Fariz...macam mana nak buat soalan nombor 5 ni?" Tanya Sofea yang lama mendiamkan diri itu.

"Kalau nak aku ajarkan, ada syaratnya." Kata Fariz sambil melihat kearah Hafiya dan tersenyum sinis.

"Nak ajarkan pun ada syarat, baik tak payah ajar kalau tak ikhlas." Kata Hafiya dengan dinginnya. Ryan, Ariq dan Sofea melihat Hafiya dan Fariz bersilih ganti. Ushh peperangan sudah bermula.

"Ish kau ni Fiya, biar jelah dekat si Fariz ni. Ha apa syaratnya?" Tanya Ariq. Sempat Hafiya menjeling Ariq.

"Syaratnya ada dua. Yang pertama, Fiya kena tukar balik tempat dengan Erynna. Yang kedua, Fiya dilarang pindah tempat dengan siapa siapa pun. Duduk je tepi aku tu. Deal?" Balas Fariz sambil tersenyum sinis.

"Hahh?! No! Apa hak awak nak tentukan tempat duduk saya?" Balas Hafiya dengan tidak berpuas hati dan memandang tepat kearah Fariz.

Ryan , Ariq dan Sofea memandang antara satu sama lain dan menahan ketawa mereka daripada terlepas. Karang ada orang tu mengamuk habis.

"Ehemm. Okeyy deal." Kata Ariq selamba. Hafiya yang mendengar itu memandang Ariq dengan tajam. Sesuka hati mak bapak dia ja setuju.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now