LFFA | 10

54 5 0
                                    

   "Kau orang dah sedia?" Tanya Ryan sambil memandang wajah Fariz, Hafiya, Ariq dan Sofea. Mereka berempat mula menganggukkan kepala.

   "Aku kira sampai tiga, kita sebut serentak." Kata Ryan lagi. Debaran di dada mula terasa. Mereka berempat menjatuhkan kepala mereka sekali lagi.

   "Satu.."

   "Dua.."

   "Tiga!"

   "Universiti Malaya!" Kata mereka berlima serentak. Terus melompat kegembiraan Ryan dan Ariq.

   "Yay! Sama uni!" Kata Ariq gembira sambil memegang tangan Ryan untuk melompat sekali. Ryan pun mula melompat bersama Ariq. Fariz hanya menggelengkan kepala.

   "Fiya! Kita sama uni! Yes!" Terus Sofea memeluk erat tubuh gadis itu. Tersenyum manis Hafiya. Yay boleh gosip dengan Sofea lagi!

   Fariz hanya beriak kosong. Dia hanya memandang wajah gembira sahabat-sahabatnya itu.

   "Oi bapak singa! Kau ni..tak happy ke?" Tanya Ariq sambil memandang tepat ke arah muka kosong Fariz.

   "Tak." Jawabnya dingin.

   "Hek eleh bapak singa ni." Ariq menjeling Fariz sekilas. Malas nak layan bapak singa ni.

   "Kau ada dapat pergi oversea ke Fariz?" Tanya Ryan pula. Fariz mengangguk.

   "Hmm." Terbuka luas mata Hafiya dan Sofea. Ush oversea beb!

   "Dah tu..kau pergi ark?" Tanya Ariq pula. Hold sekejap merajuknya dengan Fariz. Ryan, Hafiya dan Sofea juga turut menunggu jawapan daripada Fariz.

   "Hmm." Balas Fariz lagi. Ryan dan Ariq mula beriak sedih. Hafiya memandang tepat ke arah wajah tampan milik Fariz.

   Fariz mula mengangkat tinggi sebelah keningnya selepas menangkap tenungan Hafiya. Apa pasal tenung aku?

   "Awak dapat uni apa? Dekat mana?" Hafiya mula bersuara. Ariq dan Ryan memandang antara satu sama sebelum masing-masing tersenyum mengusik.

   "University Of Cambridge. UK." Terus Ariq memusingkan kepalanya menghadap Fariz yang berada di sebelahnya, lalu memegang kedua belah pipi Fariz. Tersentak Fariz dibuatnya.

   "Dekat UK!? Serius lah!? Jauh-jauh nak kemana!" Kata Ariq dengan nada yang sedikit kuat. Tangannya masih berada di kedua belah pipi Fariz. Dengan pantas, terus saja tangan Ariq di tepis kasar.

   "Jangan pegang pipi." Keras Fariz bersuara. Ryan yang berada di sebelah Fariz sudah mula ketawa kecil. Ariq mula memuncungkan bibirnya ke hadapan. Merajuk.

   "Saya dengan Sofea balik dulu ye. Ada hal pulak." Terus Hafiya bangun dari duduknya dan menarik tangan Sofea untuk pergi bersamanya.

   Tiga jejaka itu hanya memandang Hafiya dan Sofea yang sudah jauh itu dengan ekori mata mereka.

   "Kau betul-betul nak pergi ke Riz?" Serius sahaja suara Ryan. Tiada lagi mood mengusik. Fariz senyap terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan Ryan.

   "Takkan nak tolak? Rezeki tu." Kata Fariz sambil mengacau air lattenya. Ariq mahu mulakan drama sedihnya.

   "Tapi kau kata nak sehidup semati dengan kita orang. Sampai hati kau nak tinggalkan aku dengan Ryan." Ariq mula berpura-pura mengesat air matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now