LFFA | 9

84 9 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Hari dimana semua pelajar SMK Taman Ria akan mendapat keputusan SPM mereka. Semua pelajar tingkatan 5 sudah berada di dalam dewan bersama-sama dengan ibu dan bapa mereka.

Majlis penyampaian sijil SPM bagi SMk Taman Ria pun bermula. Majlis dimulakan dengan membaca doa oleh pelajar yang bertugas. Kemudian diikuti pula nyanyian lagu sekolah. Setelah selesai menyanyi, pengetua pula dialu-alukan untuk memberi sepatah dua kata buat semua pelajar tingkatan 5 SMK Taman Ria.

Sekarang, tibalah penyampaian sijil SPM. Semua pelajar menunggu angka giliran mereka dengan penuh debaran di dada. Meskipun mereka sudah mengetahui result mereka, namun mereka tetap rasa debaran di dada mereka.

"Weh! Aku berdebar do." Kata Ariq kepada Ryan yang berada di hadapannya. Ryan mula memusingkan badannya untuk berhadapan dengan Ariq.

"Alah, relaxlah. Kau kan dah tahu result kau." Balas Ryan lalu matanya menangkap satu susuk tubuh. Sofea. Tersenyum manis Ryan. Sofea perasan dengan tenungan Ryan itu mula membalas senyumannya.

Buk!

Ariq mula menepuk bahu sahabatnya dengan kuat. Orang tengah bercakap dengan dia, dia pergi tengok orang lain pulak.

"Eh nate! Tu geraklah ke depan!" Ariq mula menolak Ryan ke hadapan dengan kasar. Terdorong ke hadapan Ryan dibuatnya.

"Ish! Tolak elok-elok tak boleh ka?" Tanya Ryan bersama jelingan tajamnya. Bagitahu mommy!

Ariq hanya menghadiahkan jelingan kepada Ryan. Sekarang tibalah waktu Ryan pula untuk mengambil sijilnya. Tersenyum manis dia di hadapan camera.

'Sabar Ariq sabar. Ambil sijil je.' Pujuk Ariq kepada dirinya sambil mengusap perlahan dadanya yang seperti mahu tercabut itu.

Tibalah pulak giliran Ariq. Bergetar tangannya semasa mengambil sijil SPMnya dari tangan pengetua. Tersenyum pengetua melihat getaran kecil di tangan Ariq.

"Congratulation Ariq. Your mother will be proud of you." Kata pengetua kepada Ariq. Ariq hanya menghadiahkan senyuman manis kepada pengetuanya lalu menghadap camera yang sudah bersedia untuk mengambil gambarnya.

Selesai memberi sijil kepada semua pelajar tingkatan 5. Seorang guru mula menghampiri microfon untuk membuat pengumuman.

"Assalamualaikum warga-warga sekolah SMK Taman Ria. Yang di hormati, pengetua SMK Taman Ria, serta guru-guru SMK Taman Ria. Yang dikasihi ibu bapa pelajar serta tidak lupa kepada semua pelajar tingkatan 5 SMK Taman Ria." Kata guru itu.

"Tahniah diucapkan atas pencapaian yang begitu cemerlang. Tahniah jugak dibuatkan untuk Fariz, Hafiya, Ryan, Sofea dan Ariq atas pencapaian straight A dalam peperiksaan SPM bagi tahun ini. Tahniah diucapkan!" Semua yang berada di dalam dewan itu mula memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka berlima.

Tersipu malu mereka yang berada di atas pentas itu. Tapi bukan bagi Ariq. Dia hanya menayangkan senyuman kelat kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang menontonnya.

Setelah majlis itu tamat, semua pelajar mula menghampiri ibu bapa masing-masing. Ada yang menangis dalam pelukan ibu bapanya, ada yang menangkap gambar bersama dan banyak lagi.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now