#1 - Kepulangan

60 8 0
                                    

Sesalan paling besar? Pulang ke tanah air pada sehari selepas pengebumian papa, tanpa berpeluang untuk menatap jenazahnya; jauh sekali kesempatan mahu memohon keampunan dari papa.


Tapi... siapa pun tak pernah terbayang hari ini akan tiba dengan begitu pantas. Papa. Dia lelaki hebat yang pernah aku kenal. Sihat tubuh serta hati nurani. Seingat aku, sakit tiga serangkai pun papa tak pernah hidap. Alih-alih aku dapat berita pemergian-nya pada pukul 3 pagi semalam. 3 pagi waktu Itali.


Mama sempat titipkan pesan sebelum aku berkejar ke lapangan terbang pagi semalam, "Ini qada' dan qadar dari Allah. Bersedih lah, but do accept it with an open heart. Biar roh papa tenang." Walaupun nasihat mama kedengaran begitu meyakinkan, namun rentan di balik suaranya tetap melata di kuping telinga ku. She's indeed a strong woman.


Pusara papa yang masih basah dan merah aku tatap buat kali terakhir, sambil menyeka titisan manik jernih terakhir di tubir mata. Lembut jemari Kak Ngah mula terasa menepuk lenut di bahu. Sudah masa untuk aku bertemu mama dan yang lain di Bukit Tunku, setelah bertahun aku tinggalkan bumi Malaysia ini.


Enam tahun. Enam tahun aku hidup sendirian di perantauan. Mengabdikan diri di Universiti Vita-Salute San Raffaele, Milan, Itali; konon-nya mahu fokus mengejar sijil sarjana dan kedoktoran. Namun hakikat sebenar aku bepergian, hanya aku, Kak Ngah dan Abang Iz yang tahu. Sigh.


"Citra... Kita dah sampai ni. Jom."


Seruan Kak Ngah sayup-sayup menyisip ke dalam ruang fikiran ku. Lekas mata ku melirik ke luar tingkap kereta. Home sweet home. Akhirnya kita bertemu lagi. Tersungging senyuman hambar di bibirku saat pandangan ku menyapa susuk tubuh Awang Nila, abang sulung yang terlihat persis papa. Cuma ketinggian tubuh yang lampai membuat dia lebih tampan dan atletik berbanding papa.


Aku berlari anak mendapatkan Along yang sedang tercegat di pintu masuk. Wajahnya sedikit tegang. Tak kisah lah kalau pun dia sedang menanti untuk memarahi ku. Yang pasti aku mahu memeluk tubuh itu sepuasnya, kerana dia mengingatkan aku pada papa.


"Ingatkan dah tak nak balik dah. Hmm. Syukurlah dah pandai tutup aurat sekarang." Ucap Along dengan nada mendatar, sempat 'memuji'. Aku tahu pujian nya berbaur sindiran.


"I'm sorry. Citra tahu semua orang marah kat Citra. I'm sorry." Entah sudah berapa kali air mata ku berderai sejak tiba di lapangan terbang tadi. Kalau lah mudah untuk aku fahamkan pada semua orang tentang keputusan ku berjauh diri selama ini.


"Hmm. For whatever reason, Citra tetap kena minta ampun dan maaf kat mama. Raya pun tak balik, Cinta kahwin pun tak muncul. Harapkan video call je memanjang. Orang nak belikan tiket tak nak. Best sangat ke duduk kat negara orang tu?" Mulalah Along membebel. Bebel-bebel pun, tubuh ku masih setia dia dakap.


"Citra tak nak susahkan sesiapa. Lagi-lagi mama dan papa. It was my decision to be away, so I have to accept every consequence by myself. Tapi... apa yang buat Citra terkilan sangat adalah... papa pergi tanpa sempat Citra minta ampun dan maaf..." Timbul tenggelam suara ku berhujah, disertai ketar-ketir dan sedu-sedan yang amat payah ditahan.


"None of us have that chance, Citra. Papa pergi dalam tidur. Tak ada siapa yang sangka dinner malam tu lah malam terakhir papa. He was... he was all fine. He laughed, he talked about world issues, he even wished that you were here. Macam selalu. Sampai hari ni, masih terngiang kat telinga Along derai tawa papa bila Rayqal berceloteh di meja makan malam tu." Ada getaran pada suara Along tiap kali dia menyebut perkataan papa. Tapi aku tahu dia mahu kekal tabah di hadapan adik beradik yang lain.

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now