#8 - 2 Deaths in a Week

11 6 0
                                    

Mama masih termangu sejak aku tiba tadi. Tidak banyak kata yang terucap di bibirnya. Sesekali mama curi-curi mengesat tubir mata yang asyik bergenang. Atas nasihat dari pegawai polis yang bertugas, kami diminta untuk duduk menunggu sebentar, sementara keputusan bedah siasat dikeluarkan. Mama sendiri yang berkeras mahu mendapatkan kepastian tentang punca kematian, memandang kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.


Menurut pegawai polis wanita tadi, jasad aunty Shereen ditemui awal pagi tadi dalam pejabatnya di PSUM. Tiada sebarang tanda pecah masuk, mahu pun pergelutan. Menurut pegawai itu juga, berkemungkinan aunty Shereen meninggal beberapa jam lebih awal sebelum jasadnya ditemui. Masa kematian dijangkakan pada waktu subuh.


Adakah aku orang terakhir yang berhubung dengan aunty Shereen subuh tadi? Tapi aku sendiri tak pasti sama ada nombor yang tak dikenali itu milik aunty Shereen atau mungkin orang lain. Patut ke kalau aku bagitahu tentang mesej tu pada mama? Atau pada pihak polis? Tak, tak, tak. Aku tak nak rumitkan keadaan mama.


"Mama nak minum tak? Citra belikan air kat vending machine ye. Mama nak minum apa?" Soal ku, memecahkan kesunyian ruang menunggu yang dingin. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.15 malam.


"Bo-boleh juga. Beli je lah apa-apa. Mama okey je." Jawab mama, menyunggingkan bibirnya sekejap sebelum merenung semula dinding di hadapan-nya. Belum sempat aku membuka langkah, mama terlebih dahulu menyeru nama ku. "Citra... kalau Along atau sesiapa call, tak perlu bagitahu kita ada kat sini. Just tell them that we're having dinner outing tonight. Mama... mama tak sedia nak bagitahu tentang aunty Shereen kat mereka semua. Mama harap... Citra faham."


Aku memusingkan semula tubuhku, melutut ke lantai seraya mengepal tangan mama di dalam tangan ku. "Don't worry. Citra takkan bagitahu sesiapa selagi mama tak izinkan. Mama jangan sedih-sedih tau. Kalau sedih-sedih nanti semua orang akan perasan."


Mama tersenyum nipis. "Baiklah, Citra Leia. Hmm. Rasa-rasa kalau Citra tak pergi dulu, will you be this calm and kind towards aunty Shereen? Bila mama teringat dengan sikap Along, Kak Ngah dan Cinta terhadap aunty Shereen masa pengebumian papa hari tu, mama jadi malu dan sedih dalam masa yang sama. Aunty Shereen tak pernah buat salah pun kat mama, apa lagi buat salah kat anak-anak mama. Tapi kenapa... kenapa anak-anak mama sampai hati hina aunty Shereen? Kalaulah mereka tahu hari ni aunty Shereen dah pergi buat selamanya."


"Mama... Don't think too much, okay? Kita fokus fikir pasal urusan pengebumian aunty Shereen dulu. Bila semua dah selesai, only then we'll have a talk with Along, Kak Ngah and Cinta. Okay?"


"Thank you, Citra. Thanks sebab ada bersama mama dalam waktu-waktu macam ni."


"Don't mention it. Cara ni je dapat tebus masa lalu yang kita tak sempat habiskan bersama. Dah, dah. Citra pergi beli minuman dulu, okey?" Aku berdiri semula, sempat mencuit pipi mama sebelum berlalu pergi.


Wajah ketiga orang adik-beradik ku mula mengisi ruang fikiran. Betul ke kematian papa dirancang, sama seperti yang didakwa orang misteri subuh tadi? Macam mana pula dengan kematian mengejut aunty Shereen pagi ni? Ada kaitan ke antara dua kematian ni? Kalau ikutkan, memang kuat firasat ku menyatakan kematian aunty Shereen mempunyai hubung kait dengan keluarga ini.

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now