#2 - Pernah

24 3 0
                                    

Knock! Knock!


Entah sudah berapa puluh kali pintu bilik ku diketuk. Kedengaran suara Cinta memanggil nama ku dari balik pintu. Bibirku tersungging kecil. Mungkin dia sampai masa aku tertidur petang semalam kot.


Kelopak mata sengaja aku tutup dan buka buat beberapa kali sebelum merengangkan tubuh di atas katil. Panggilan Cinta sengaja ku biarkan tak berjawab. Biar dia rasa macam mana bosan menunggu. Well, she was obviously late yesterday.


Langkah ku tuju pada bagasi pakaian yang masih terbuka luas di atas lantai. Sehelai tudung ku capai, terus bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan wajah. Usai berkemas, aku mengatur langkah ke arah pintu yang masih setia diketuk. Sikit masa, boleh robek pintu bilik aku ni dia kerjakan.


"Tak boleh sabar ke?" Ujar ku sebaik daun pintu terkuak.


"Ah! It's really you!" Pekikan Cinta memenuhi ruang kamar tidur ku. Sempat dia meloncat kegembiraan seperti anak kecil yang diberi hadiah.


"Wey. Be careful, please. Perut dah memboyot macam tu pun nak lompat-lompat lagi eh. Karang tak pasal-pasal ter-beranak kat sini." Omel ku, seraya mencubit lengan Cinta.


"Ala... Okay what? Orang kata lagi mudah nak beranak kalau kita aktif. So... tak ada bawa balik... amorino da Italiano? Takkan bertahun kat Itali tak ada seorang pun yang sangkut?" Berseri-seri wajah Cinta saat menanyakan soalan gosip seperti ini.


"Amorino? Ada lah. Tapi tak nak bagitahu. Nanti ada orang jealous. Haha!" Seloroh ku sambil memimpin tangan Cinta keluar dari bilik. Aku tahu dia akan mula membebel kalau dia nampak keadaan bilik yang terumbang ambing bak tongkang pecah.


Sejak kecil lagi, semua orang sedar aku dan Cinta mempunyai personaliti yang berbeza. Walaupun wajah dan fizikal kami saling tak tumpah. Cinta lebih dikenali sebagai puteri cantik yang lemah lembut. Pokoknya dia adaah gadis idaman setiap ibu. Beradab, suara susah nak dengar, rajin mengemas rumah, ramah tamah, pandai bermain piano dan violin pula tu.


Aku? Hmm. Gelaran budak comot memang tak pernah lekang dari diri ku sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aku lebih senang menemani papa dan Along bermain golf di bawah panas terik. Itulah aktiviti mingguan ku bersama papa dan Along, sampailah aku mula menjejak kaki di sekolah menengah.


Mula umur 13 tahun, papa nak sangat aku ceburkan diri dalam kelab main pedang. Dan mungkin sebab tu lah, aku tak pernah berkesempatan untuk menceburkan diri dalam bidang 'kewanitaan' seperti Cinta dan Kak Ngah.


"Wah! Wanginya... Lama Citra tak bau masakan sedap macma ni." Sengaja aku menguatkan nada suara, berpura-pura ceria setelah pandangan ku terpalit pada sosok Kaheer yang duduk di sebelah Along.


"Dah puas tidur? Bukan main penat eh, tidur pun berjam-jam lama. Dari jam 4 petang semalam sampai jam 6 pagi hari ni." Along kalau tak sinis memang tak sah.


Aku hanya mampu menggulingkan mata. "Morning, mama. Wah, awalnya Hana dan Dana bangun."

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now