#9 - Luka Terguris

15 6 0
                                    

Rancak perbualan di antara mama dan dua orang lelaki di hadapan ku ini, langsung tak menghalang aku dari meneruskan santapan ala kadar yang terhidang di atas meja. Sesekali mama cuba menarik aku masuk ke dalam perbicaraan mereka. Dan setiap kali itu jugalah aku hanya akan senyum dan mengangguk setuju tanpa memahami hala tuju sebenar perbincangan mereka.


"Kalau mama tak salah, dulu Kaheer dan Citra satu fakulti kan? Betul tak Kaheer?" Soalan mama mematikan nafsu makan ku. Ketulan ayam ku simpan semula ke atas piring.


"Hmm. We were in the same faculty." Ujar Kaheer, ringkas.


"Ye ke? How about your wife? Is she... in medical field too?" Berkerut dahi Dr. Farhan menyoal Kaheer.


"Tak lah. Isteri Kaheer tak minat benda-benda macam ni. Dulu Cinta study kat Sarawak. She was pursuing her dream in psychology. And that's what she been doing now. Bagi kaunseling kat pusat-pusat pemulihan swasta." Mama memberi penerangan sambil menyuap fries ke mulut.


"Haha. Okey. So, maksudnya dulu kau LDR dengan Cinta lah ni bro? Habis tu tiap kali nampak Citra kat fakulti, kau tak tersilap ajak dia pergi dating ke apa? Haha!" Lawak apa yang cuba Dr. Farhan sampaikan ni? Saja nak buat aku hilang nafsu makan lah tu.


"Boleh pula Dr. Farhan tanya macam tu eh. Haha. Citra ni umpama kakak kepada Kaheer juga tau. Walaupun sebaya, tapi Citra jauh lebih matang berbanding Kaheer dan Cinta. Betul tak Kaheer?" Omel mama sebaik mendengar kata-kata Dr. Farhan.


"Ha'ah. She was the one who keep reminding me about Cinta back then. Kan, Citra?" Walaupun bibir Kaheer mencarik senyuman, ucapan-nya tetap penuh dengan sindiran.


"Yep. Kena lah ingatkan Kaheer selalu, since there was a fine long queue wishing to date him back then." 


"Wow. You were that hot? Hmm. Siapa je tak cair kat mat saleh celup macam kau, kan? Haha." Dr. Farhan menyahut sambil tertawa besar.


"I know right. Tapi tu lah, akhirnya tetap jadi menantu mama. Hehe. Dr. Farhan kalau masih tak berpunya, boleh lah berkenalan dengan anak aunty yang masih single ni." Ujar mama sambil menepuk lembut lengan ku. Mula lah Kaheer tunjuk senyum senget penuh sinis. Jealous much huh? Duh.


"Citra tak kisah ke berkenalan dengan doktor biasa macam saya ni, aunty? Maklumlah, tuan badan tu tak lama lagi dah nak dapat doctorate PhD. Saya ada bachelor degree je." Balas Dr. Farhan mula tersipu-sipu. Hish. Takkan lah mamat ni ambil serius pula? Aku tak boleh lah.


"Jangan risau. Citra dah mandatkan supaya aunty cari calon suami untuk dia. Rasanya Dr. Farhan pun cukup menepati kriteria yang Citra cari. Hehe. Ala... kenal-kenal as a friend first. Kalau dua-dua rasa selesa, hah masa tu baru kita cerita pasal next step. Okey?" Serius lah, mama? Hish. Kenapa lidah aku pun rasa kelu untuk mengutarakan pendapat sendiri di saat-saat penitng macam ni?


"Awak... awak okey? Awak... tak ada boyfriend? Like for real?" Tanya Dr. Farhan, menantang terus ke dalam mataku. Kaheer yang duduk berdepan mama juga sudah mengalih perhatian kepada ku. They're actually waiting for my answer. Damn it.

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now