#5 - Memori Terburuk

21 7 2
                                    

Riuh rendah keadaan di ruang tamu kediaman aunty Afsa sebaik majlis bacaan doa selesai. Tetamu yang hadir mula menjamu hidangan yang tersedia, sambil berbual sesama sendiri. Mama, Cinta dan Edna sedang rancak bercerita bersama Keena, adik perempuan Kaheer. Along dan Kaheer duduk bersama uncle Northos, ayah Kaheer.


Hanya bayang aunty Afsa yang belum muncul selepas tamat bacaan doa makan tadi. Sibuk kot melayan tetamu wanita yang sedang duduk di dapur.


Menjadi pemerhati adalah kemahiran terbaik ku ketika acara-acara keramaian seperti ini sedang berjalan. Aku bukanlah introvert, tapi aku lebih selesa jadi pemerhati. Sama seperti waktu pertama kali aku dan Kaheer bertemu, sekitar 13 tahun dulu; semasa majlis sambut menantu Along dan Edna.


"Awak buat apa seorang-seorang kat sini?"


"Tak ada buat apa. Observing people and stuff."


"Judging them too, huh? Haha. Dari tadi saya perhatikan awak tak berganjak dari celah dinding ni, and you made me so curious. Apa yang best sangat duduk kat celah ni?"


"Curiosity kills the cat. You better off now, karang tak pasal-pasal awak mati macam kucing yang curious tu."


"Whoa. Garangnya. Saya Kaheer. Ahmad Kaheer."


"Awak ni mesti anak pakcik mat salleh tu kan? Nampak sangat awak hasil celup."


"Haha! You bet. Good observation. Now tell me your name, lady."


"Sigh. Perlu ke nak tahu?"


"Yep. Tapi boleh je kalau awak tak nak bagitahu. Saya boleh tanya direct kat papa awak. Uncle Kamal."


"Wait... How do you know-"


"Your name, please."


"Tsk. Fine. Citra. Leia."


"Citra? Hmm. Sedap nama tu. Tak sangka Cinta ada kembar seiras."


"Oh. Awak kenal Cinta? Good. Now if you'll excuse me, saya ada hal penting nak buat. Since awak kenal Cinta, apa kata awak pergi cari dia? Saya yakin dia akan layan awak dengan baik. Okey?"


"Saya dah habiskan masa selama satu jam bersama Cinta dan mama awak. Malangnya, saya tak berminat dengan hala tuju topik yang mereka bualkan."


"Topik apa yang bosan sangat tu?"


"Well... mereka bercadang nak jodohkan saya dan Cinta."


"Holy moly. Serius? Haha! Kalau macam tu, awak kena panggil saya kakak. Sebab saya tua 10 minit berbanding Cinta."

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now