#10 - Wanita Misteri

20 7 1
                                    

Bilik interogasi terasa sejuk, dindingnya dipenuhi dengan berkas-berkas dan sorotan lampu yang terang, cukup menyilaukan mata. Di seberang meja, Inspektor Rafiq duduk dengan wajah yang serius, sementara seorang pegawai polis berpangkat detektif duduk di sebelahnya, mencatat setiap maklumat penting yang aku perkatakan.


"Kali terakhir cik Citra bertemu Dr. Shereen adalah pada hari Rabu, seminggu yang lepas. Betul?" Tanya Inspektor Rafiq dengan nada suara rendah tetapi tegas. Aku hanya mengangguk tanpa kata.


"Saya difahamkan itu merupakan kali pertama cik bertemu Dr. Shereen. Betul?" Aku mengangguk lagi, "Adakah cik juga menyimpan perasaan marah atau dendam, seperti adik beradik cik yang lain, setelah mengetahui kebenaran tentang Dr. Shereen pada hari tersebut?"


Aku menelan liur, sedaya upaya cuba menyusun ayat yang paling bernas dan dalam masa yang sama cuba untuk bertenang. "Tak. Tak ada sebab untuk saya marah pada aunty Shereen. She was in a good term with mama and papa, so... tak logik untuk saya berdendam atau marah pada orang yang tak buat salah apa pun kat saya."


Inspektor Rafiq diam sejenak, sempat mengangguk kecil sebelum mengajukan soalan baru. "Boleh cik jelaskan tentang rakaman CCTV ni?" Skrin laptop mula dihalakan pada ku.


Aku terkaku buat sejenak. Berkerut seribu dahi ku memerhatikan gerak geri Dr. Shereen bersama seorang wanita di dalam rakaman CCTV itu. Tak mungkin! Jantung ku terus berdetak laju. Wanita dalam rakaman tu... betul ke wanita dalam rakaman tu aku? Tapi... Mata ku cepat-cepat menangkap tarikh dan masa rakaman tersebut diambil. Malam sebelum kematian aunty Shereen.


"Ta-tapi tuan, i-itu bukan saya." Ujarku sedikit gagap. Macam mana tak gagap bila nampak kelibat kau sendiri dalam video yang kau tak ingat langsung pernah terjadi.


"Cik nak kata wanita dalam rakaman CCTV ni pelanduk dua serupa ke?" Soal Inspektor Rafiq, langsung membuat aku terdiam.


Cinta... Ya! Mungkin Cinta.


Tapi... wanita dalam video ni... tak mengandung. Dan... Cinta tak berhijab. Wanita ni pula berlitup penuh. Ah, bingung! Kalau betul wanita dalam rakaman ni aku, kenapa aku tak ingat sikit pun tentang berjumpa aunty Shereen malam minggu yang lalu? Atau... ada orang yang sengaja nak perangkap aku? Tapi siapa?!


Hmm, tak mungkin Cinta. Atau sebenarnya aku dan Cinta ada seorang lagi kembar seiras yang tak pernah kami ketahui tentang kewujudan-nya? Hish! Tak mungkin lah. Macam dah terlalu merapu dah ni. Whatever it is, I need an alibi. Hmm. Think Citra, think.


"Saya tak tahu nak komen apa tentang rakaman CCTV ni. Sebab saya memang tak ada jumpa aunty Shereen selain pada hari Rabu minggu lepas. Dan... saya tak pasti macam mana nak yakinkan pihak tuan, kalau wanita dalam video ni bukan saya. Satu-satunya alibi saya malam tu adalah ibu saya. I was at home with her all day and night."


"Selain ibu cik, ada lagi tak orang lain yang boleh sahkan tentang kebereadaan cik malam tu?"


"Er... Sa-saya... tak pasti... But that woman wasn't me." Jujur aku tak punya alibi lain selain mama. Aku tahu wanita di dalam rakaman CCTV itu bukan aku. Tapi... macam mana aku nak buktikan?

Ceritera Cinta CitraUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum