#4 - Luka Pahit

26 7 0
                                    

Kesibukan dan kesesakan di dalam pusat beli belah Papillon di tengah kota Kuala Lumpur membuat urat kepala ku berdenyut kencang. Jarang sekali aku bertemu hal seperti ini di Itali. Mungkin kerana aku lebih banyak menghabiskan masa di kampus berbanding keluar bersosial di sana.


Aku akui bukan sahaja perubahan cuaca, malah perubahan pergaulan juga membuat aku lemas sejak pulang ke Malaysia. Masakan tidak, enam tahun kot aku hidup sendiri di tanah asing. Kalau dulu tak pernah keluar makan sendirian, sekarang aku lebih selesa menyendiri di café.


Begitu juga di rumah sewa, hanya ada aku dan Elena, rakan serumah merangkap tuan rumah ku. Itu pun orangnya asyik traveling ke luar negara. Di kampus? Aku lebih banyak duduk di dalam makmal, bermatian menyelesaikan eksperimen untuk kajian kursus pasca siswazah.


"Ehem. Datin Naimah."


Aku dan mama serentak menoleh. Seorang wanita yang ku kira sebaya mama sedang berdiri penuh elegan di belakang ku. Entah dari mana munculnya wanita ini.


"Baru lima hari Kamal meninggal, you dah keluar shopping pula ke?" Ayat wanita kedengaran tajam sekali. Siapa dia ni? Bukan main ye panggil mama 'you' Bagai.


"Er... Shereen. W-what are you doing here?" Shereen? Kawan mama ke? Kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni?


"It's lunchtime, obviously." Jawab wanita itu ringkas, mula memerhatikan aku atas bawah; dan akhirnya tersenyum mereng sambbil menghulurkan tangan kepada ku. "Shereen. You must be one of Kamal's twin daughters. The one who ran away from home, kan?"


"Hmm. I am Citra. It's really nice to meet you, but to be frank you're a bit rude towards my mom, and I don't like it."


"Haha! Oops. Okay, okay. My bad. I am very sorry, Datin Naimah." Sempat pula dia ketawa eh sebelum minta maaf. "Nampaknya you, Kamal dan anak-anak yang lain belum inform apa-apa kat dia. Sigh."


Inform apa pula ni? Ada rahsia yang aku tak tahu ke? Wait. Jangan cakap dia... isteri nombor dua papa? No! Ish, takkan lah papa buat macam tu. Lagi pun, kenapa papa nak cari isteri lain yang nampak sebaya dengan mama. Tak mungkin lah.


"Bu-bukan macam tu, Shereen..." Mama mengeluh kecil seraya mencapai jemari ku. "Citra, memandangkan kita dah terserampak dengan aunty Shereen hari ni, mama nak bagitahu sesuatu... sesuatu yang sangat penting. Mama harap... Citra boleh terima dengan hati yang terbuka."


"What? Aunty Shereen ni mistress papa? Ke bini nombor dua papa?" Aku terus menyerang, memberanikan diri menantang tajam ke dalam mata this so-called aunty Shereen.


"Wow. Kamal was right about you, young lady. You are bold and loud. But I like you."


"Citra... Tarik balik apa yang Citra katakan tadi." Entah mengapa mama tiba-tiba sahaja kelihatan cemas.


"But she started it, mama. Mama-"


Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now