#6 - Misteri

20 7 0
                                    

Sudah tiga hari berlalu sejak pertemuan ku dan aunty Afsa. Namun gundah dan gusar di dalam hati ku masih membadai, menjadikan malam-malam ku kini dihantui kenangan lalu yang cuba aku kubur selama enam tahun ini.


Rayqal... satu-satunya bukti tentang kejahilan cinta ku pada Kaheer, satu-satunya kenangan yang tak mungkin dapat aku padam. Aku boleh menafikan perasaan yang aku ada untuk Kaheer, tapi aku tak akan dapat menafikan kewujudan Rayqal. Dia anak yang tak berdosa, tak bersalah sedikit pun. Hanya saja, aku bukan ibu yang baik untuk membesarkan Rayqal.


Macam mana kalau dulu aku berterus terang tentang mengandungkan anak Kaheer? Pasti keadaan dan penerimaan semua orang terhadap Rayqal akan berbeza-beza. Terutamanya aunty Afsa. Pasti dia akan membenci Rayqal. Pasti dia akan mencaci anak ku itu seperti mana dia pernah membenci ku.


Begitu juga Cinta. Aku tahu dia akan kecewa besar. Dia terlalu menginginkan Kaheer. Mendambakan jejaka yang dijanjikan buatnya itu berakhir menjadi miliknya. Bagaimana aku mahu berterus terang kepada Cinta tentang perasaan sayang yang wujud di antara aku dan Kaheer ketika itu?


Tak mungkin lah aku memilih untuk membuat Cinta patah hati. Dia kembarku, dan aku cenderung memilih dia lebih dari diri ku sendiri. It's a habit, a bad habit.


"Citra Leia."


"Saya dah buat keputusan, Kaheer. And I am awfully sorry if it seems unfair to you. Tapi saya betul-betul tak boleh teruskan dengan hubungan ni. Cinta-"


"Lagi lagi Cinta. Cinta, Cinta Cinta! Awak pernah tak fikir tentang perasaan sendiri? Pernah tak fikir tentang perasaan saya?! Saya sayangkan awak, Citra. Dah hampir tiga tahun kita bersama, what makes you think this isn't going to work? Tell me, Citra."


"Pertunangan awak dan Cinta minggu lalu buat saya sedar, this madness needs to be stopped somehow. Hubungan kita takkan ke mana. At the end, awak akan-"


"Haha! Siapa yang selama ni bermati-matian nak sembunyikan hubungan kita? Saya atau awak? Dah beratus kali saya ajak awak untuk confess kat Cinta dan semua orang. Tapi awak asyik beralasan! Awak juga orang yang sama beria-ia nak saya bertunang dengan Cinta. And now you ghosted me for a week, tiba-tiba muncul nak minta putus, sebab awak ada kesedaran? Haha! Stop joking around, Citra. Saya. Takkan. Lepaskan. Awak."


"Ahmad Kaheer, please. Saya tahu saya salah. Saya tak patut rampas awak di belakang Cinta. Saya tak patut buat awak jatuh cinta. Saya... saya tak patut tikam belakang kembar sendiri. Tapi hubungan ni... hubungan ni tetap akan berakhir dengan perpisahan kita. Cincin di jari manis Cinta tanda ikatan yang direstui."


"If this fuss was all about the engagement and ring, then let's go to the jewellery shop. Saya boleh belikan awak cincin yang lebih cantik dari yang ibu sarung di jari Cinta. But once you wear the ring, you're forever mine. Sampai mati awak tak boleh lari. I'll make sure of that."


"Why are you complicating the situation, Kaheer? Saya-"


"Tak, sekarang saya cuma nak tanya satu benda. Who am I to you? Am I that horrible?"


Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now