#7 - Persoalan Dari Persoalan

15 7 0
                                    

Denyut urat di kepala masih terasa, sejak menerima hantaran Whatsupp dari nombor yang aku percayai milik aunty Shereen subuh tadi. Perbualan dalam tangkap layar yang dihantar seakan mencarik kepercayaan ku kepada Along, Kak Ngah dan Cinta sedikit demi sedikit. Ditambah pula dengan fakta yang mereka sudah merahsiakan kewujudan aunty Shereen dari ku selama bertahun lama.


But frankly, the conversation between Cinta and papa is the most interesting one. Berkali-kali tangkap layar itu ku buka baca, cuba mencari maksud tersirat dan kemungkinan satu hint kecil sekali pun. Namun fikiran ku terlalu serabut untuk mengintepretasimesej di sebalik perbualan itu. Whatever happened to Cinta and papa, I know it was something big.


Selama ni semua nampak baik-baik je kan. Tak sangka semua orang pun sedang sembunyikan rahsia. Along dengan masalah kewangan syarikat. Kak Ngah dengan kebencian yang meluap pada papa dan aunty Shereen. Cinta? Sigh. Aku tak tahu apa yang sudah Cinta lakukan. Walaupun kata-kata Cinta dalam tangkap layar itu tak sekasar Along dan Kak Ngah, tapi aku dapat rasakan rahsia Cinta jauh lebih gelap.


Aku kena cari tahu. Mungkin aku patut berjumpa aunty Shereen dan minta penjelasan tentang hantaran Whatsupp tadi. Yep. I need to talk to her. Selain mama, aunty Shereen pasti boleh bantu aku. Papa mesti berkongsi cerita tentang hal kami pada aunty Shereen. Kalau tak macam mana dia tahu aku pernah melarikan diri, kan?


Ring! Ring!


Panggilan masuk dari Kak Ngah. Aku cepat-cepat menekan ikon angkat.


"Hello, Citra. Are you busy? Jom lunch sama. Lepas lunch Kak Ngah dan abang Faizal plan nak ziarah kubur papa."


Aku mengerling jam di skrin telefon. "Eee mesti lah nak! Lunch kat mana? Kak Ngah tak ajak mama sekali?"


"Kak Ngah dah call mama, tapi katanya hari ni book club dia buat ada charity kat Cheras sampai petang. Sebab tu Kak Ngah call Citra. Haha. Pergilah Bersiap. Kejap lagi Kak Ngah jemput."


"Ah... I almost forgot." Ujarku, menepuk dahi. "Okey, okey. Citra pergi bersiap sekarang. Hug and kiss for Rayqal."


"Eleh. Macam lah dia tak boleh buat sendiri. Peluklah dan ciumlah Rayqal tu sepuasnya, Citra. He's your son. You don't need my permission. Okay?"


"Haha. Fine. Okey lah, Citra nak pergi mandi dulu. See you later." Aku terus mematikan panggilan.


Nampaknya rancangan untuk bertemu aunty Shereen terpaksa aku tunda. Tak apa. Kalau tak dapat jumpa aunty Shereen hari ni, sekurang-kurangnya aku boleh godek maklumat dari pihak Kak Ngah. Siapa tahu aku akan dapat informasi berguna. What a brilliant idea, Citra.


Aku terus menapak menuju ke bilik mandi. Sambil membersihkan diri, fikiran ku sibuk menjana idea yang sesuai untuk mengorek maklumat dari Kak Ngah. Macam mana cara sekali pun aku mesti buktikan mesej tangkap layar itu sekadar satu salah faham aunty Shereen. Well, although deep inside I know the screenshots weren't lying and there is something strange happening.


Usai mengenakan shawl, Kak Ngah muncul di depan pintu bilik. "Right on time. Jom, Rayqal pun dah mengadu lapar. Haha."

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now