#11 - Dengan Satu Syarat

15 6 0
                                    

Inikah harga sebuah kepulangan?


Enam tahun bukan tempoh yang singkat untuk aku cuba melupakan Kaheer. Ya, aku akui bukan senang untuk melepaskan memori panjang yang pernah kami kongsi bersama. Tapi aku sudah hampir berjaya dalam dua tahun terakhir ini, dek kesibukan menyiapkan penulisan thesis PhD. Hanya saja kepulangan yang tidak dirancang ini seperti menarik aku semula ke sisi Kaheer.


Kalau boleh, seumur hidup aku tak mahu Kaheer tahu alasan sebenar pemergian ku enam tahun yang lalu. Tapi... bila keadaan dah menjadi rumit macam ni, lama kelamaan Kaheer pasti dapat menghidu kebenaran-nya. Yang mana aku pasti akan buat Kaheer bertindak melulu tanpa memikirkan kesan-nya terhadap orang lain. Terutamanya Rayqal.


"Baik lah kalau awak dah kata macam tu... Saya terima tawaran awak. Tapi... saya ada satu syarat." Setelah puas berfikir dan membisu, aku akhirnya bersuara.


Kaheer mula mengambil perhatian, tubuh dan kepalanya dipaling pada ku tanpa membuang waktu. "Syarat? Apa syarat kau?"


"Saya tahu benda ni mungkin lucu bagi awak. Tapi saya kena cakap juga." Aku memberanikan diri menantang ke dalam anak mata Kaheer. "Ka-kalau kita terpaksa berlakon sampai ke tahap berpegangan tangan bagai, saya... saya nak kita bernikah terlebih dahulu."


Ergh! Apa aku merapu ni?! Kenapa nak kena letak syarat macam tu?! Citra Leia! Tapi... betul lah. Aku... aku tahu aku akan kalah pada hasutan syaitan bila bersama Kaheer. Aku cuma tak nak kisah enam tahun yang lalu berulang kembali. Aku... aku tak nak kembali pada kejahilan yang lalu. Cukuplah bahtera dosa yang pernah kami layari dulu.


"Nikah? Kau... nak ke... nikah dengan aku?" Kaheer menyoal. Raut wajahnya tampak keliru. Namun reaksi sebenar lelaki ini tidak dapat aku baca.


Aku hanya mengangguk kecil. Terasa hangat membahang pipi ku saat ini. Malu. "Kalau dah terpaksa... saya... tak kisah. Tapi kalau awak tak nak, kita boleh je berlakon tanpa melampaui batas-batas sebagai... er... sebagai lelaki dan perempuan."


"Aku tak kata pun aku tak nak." Laju Kaheer membalas. "Aku faham maksud kau. Tapi kau sedarkan kalau aku terima syarat tu, bermakna kau dan aku akan khianati Cinta sekali lagi?"


Keluhan kecil terlepas di antara bibirku. "Hmm. Saya tahu. Tapi saya juga perlu selamatkan diri sendiri, in order to solve this messy case. Bila semua dah terungkai nanti, saya janji saya akan berundur. Awak boleh jatuhkan talak bila keadaan dah mula jelas."


"Tsk, tsk." Kaheer mendecit, diiringi tertawa kecil. "Sejak duduk kat luar negara ni, kau pun dah terikut-ikut eh budaya mereka yang sewenangnya nak berkahwin dan bercerai tu. Tapi tak apa. Kalau kau boleh letak syarat, aku pun boleh letak syarat."


Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba bersabar dengan perlian Kaheer. "Yes. It's your right. Letaklah syarat awak. Saya tak kisah. Sekurang-kurangnya kita dah set the rule dari awal."


"Syarat aku mudah. Bila kau dah sah jadi isteri aku, aku berhak sepenuhnya ke atas kau. Makan minum, pakaian dan tempat tinggal kau, aku yang tanggung dan tentukan. Dan... aku hanya akan jatuhkan talak, sekiranya kau dan aku, dua-dua dah tak berniat untuk teruskan pernikahan."

Ceritera Cinta CitraWhere stories live. Discover now