1

2.8K 269 25
                                    


KECIL-kecil tak mati, bila besar menyusahkan orang. Itulah sebaris ayat yang sering dilemparkan kepadanya. Satu kampung seolah membencinya padahal yang bersalah itu ibunya. Dimaki-hamun, sedangkan dia cuma bernafas saja. Dipandang hina, sedangkan dia tak punya dosa dengan mereka.

Sabar. Nenek suruh dia sabar dan hadapi saja peel orang kampung. Nenek tak suruh dia melepaskan amarah kerana perkara itu hanya akan membuat keadaan semakin memburuk saja.

Nenek selalu pesan, biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Nenek selalu ingatkan dia, biarlah orang mengata dan bercakap di belakang kita, kerana yang bising itu sentiasa rugi. Yang diam akan selalu beruntung. Kenapa beruntung? Yalahkan, pahalanya terus berjalan.

"Qalbi Fitiya binti Abdullah." Nama penuhnya disebut oleh ketua pengawas.

Qalbi menoleh ke arah pengawas berbaju biru yang berdiri di muka pintu kelas. Sedar dirinya sedang diperhatikan oleh 19 orang rakan sekelas, Qalbi lantas berdiri dan melangkah ke arah ketua pengawas tersebut.

"Cikgu Nurun panggil kau ke bilik guru. Sekarang," ujar pengawas itu sebelum berlalu pergi.

Qalbi menurut arahan dan pergi ke bilik guru. Sama seperti hari-hari sebelumnya, kehadirannya tak pernah gagal menarik perhatian manusia-manusia yang berada di dalam bilik guru itu.

"Apa tengok-tengok? Cucuk karang mata tu..." Qalbi jeling guru lelaki yang duduk tidak jauh dari meja cikgu Nurun. Dua jari dinaikkan sebagai isyarat mahu menyucuk mata guru lelaki itu sekiranya Cikgu Halim masih merenungnya dengan renungan sebegitu.

"Qalbi..." Cikgu Nurun menggelengkan kepala. Tidak berkenan dengan sikap kurang sopan Qalbi sebentar tadi.

"Dah cikgu Halim tu pandang saya macam saya gantung kepala orang dekat keliling pinggang, takkan saya nak diamkan aje, cikgu?"

Cikgu Nurun tak membalas. Situasi seperti tadi bukannya situasi baru yang dia perlu hadap. Rasa-rasanya setiap kali pelajarnya yang bernama Qalbi masuk ke dalam bilik ini, hampir semua guru-guru memandang ke arah Qalbi.

Dia tahu kisah di sebalik perilaku guru-guru di sekolah ini. Dia sudah maklum kenapa hampir satu kampung begitu anti dengan yang namanya Qalbi Fitiya ini.

"Saya rasa nak menjerit. Nak bagitahu yang saya tak bersalah tapi..." Belum habis Qalbi berkata-kata, Cikgu Nurun segera memintas. Tangan Qalbi dicapai dan digenggam erat. Sepasang mata milik cikgu Nurun yang sedikit sepet tertala ke wajah manis Qalbi.

"Cikgu tahu. Tak apa. Biarkan satu dunia membenci, biarkan satu dunia bersangka, asalkan kamu tahu yang kamu masih ada cikgu yang berada di pihak kamu. Kamu tak bersalah, Qalbi." Cikgu Nurun mengukirkan senyuman.

Qalbi hanya berdiri diam tanpa reaksi. Tak tahu bagaimana mahu menunjukkan perasaan terharu yang bergayut di tangkai hatinya.

"Oh! Berbalik pada tujuan cikgu panggil kamu ke sini. Cikgu nak tanya, exam Matematik kertas 1 haritu kamu buat revision tak?" Kalau tadi suasana terasa sejuk dan tenang kini bertukar menjadi suasana yang tegang dan menakutkan. Air muka Cikgu Nurun berubah garang.

Soalan Cikgu Nurun tak semena-mena membuatkan Qalbi berdebar. Kaki kanan dah bergerak-gerak dek risau dengan nasibnya selepas ini. Pasti kena 'goreng' dengan Cikgu Nurun punyalah!

Nak lari pun tak sempat ni...

"Tahu tak kamu dapat markah berapa out of 100?"

"99?" Qalbi menarik sengeh sampai ke telinga. Belakang kepala yang tak gatal di garu.

"Wah... yakinnya dapat 99." Semedan Cikgu Nurun bawa kedua-dua tangan ke pinggang. Mencekak pinggang.

"Walaupun saya tak buat ulangkaji... saya tak tinggal solat. Hari-hari saya berdoa. DUIT. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Saya yakin, lepas dah bertungkus lumus usaha jawab soalan-soalan dalam kertas satu, saya bertawakal. Dengan izin Allah, saya boleh dapat 99." Panjang balasannya. Harapan tinggi kata-katanya itu dapat menyejukkan hati Cikgu Nurun yang pastinya sudah berapi-api, malangnya... tidak sama sekali.

"Usaha? Usaha apa kalau awak jawab main hentam aje. Awak dapat 3 per 100 sahaja Qalbi."

"Sekurang-kurangnya bukan 0... hehehe..." Gayanya seperti tak kisah sama sekali. Qalbi dengan subjek Matematik tak pernah sebulu. Dia tak faham dan tak suka dengan subjek itu.

"Qalbi Fitiya, cikgu tak peduli, cikgu nak kamu buat pembetulan. Hantar pembetulan tu dekat cikgu by this week atau cikgu denda. Faham?"

"Faham..."

"Okey, kamu boleh balik semula ke kelas."

Buka langkah seribu, Qalbi keluar dari bilik guru. Tatkala dia mahu meneruskan langkahnya, tiba-tiba seorang pelajar lelaki jatuh tersungkur di depannya dek tersadung kaki sendiri. Kedebuk!

Pelajar malang itu mengaduh sakit sebelum berusaha untuk bangun. Spek mata yang tersadai tidak jauh dari tempatnya tersungkur tadi dikutip dan dipakai semula. Pelajar itu berdiri dan menolehkan kepalanya ke kanan. Untuk masa beberapa detik, mereka saling berbalas pandangan.

"Okey tak? Otak tak goyang?" Qalbi bertanya tanpa ada riak di mukanya. Sambil-sambil itu mata mengerling pada tag nama pelajar lelaki itu.

Pelajar tadi diam membisu sebelum berlari pecut meninggalkan Qalbi terkebil-kebil sendirian.

"Ata Tauqan. Nama dia... Ata Tauqan."

TBC

Update: 19112023

Cerita pendek sebab Bell bosan. Mempersembahkan... Yang Satu. Ringan santai dan... tengoklah macam mana nanti.

Yang Satu Where stories live. Discover now