2

978 159 11
                                    

SEDANG seronok makan angin di pantai, mata Qalbi tertunak ke arah dua orang lelaki sedang bermain layang-layang. Qalbi ikut mendongak melihat layang-layang yang berterbangan. Dari kejauhan dia melihat keakraban dua orang lelaki itu. Barangkali mereka adik beradik.

"Aku punya lagi tinggi!"

"Mana ada. Aku punyalah yang paling tinggi!"

Dua beradik itu berlarian ke sana ke mari. Gelak tawa mereka menghiburkan hati Qalbi. Seronoknya punya adik. Hidup tak terasa sunyi walaupun Qalbi tahu realiti hidup beradik tak lah seindah yang disangkakan.

"Ata!"

Sekali lagi mata Qalbi terhala ke arah dua beradik itu. Pada saat yang sama dia menyaksikan lelaki yang dipanggil sebagai Ata jatuh tersembam ke pasir. Perlahan-lahan bibir Qalbi mengoyakkan senyuman lalu ketawa besar.

"Ata, lari tu elok-eloklah! Nasib jatuh ke pasir, kalau jatuh dekat..." Tak sempat habiskan dialog, ayat Awali tiba-tiba mati di situ. Awali menoleh ke arah dari mana datang suara perempuan ketawa terbahak-bahak.

Ata pula segera bangkit dan mengelap cermin mata yang kotor terkena pasir. Mujur saja cerminnya tidak calar. Dua beradik menoleh ke arah Qalbi yang duduk bersila di atas pasir tanpa alas itu.

Kening Ata terangkat sedikit. Jika dia tidak silap, perempuan yang sedang ketawa itu orang sekolah dia juga. Pelajar itulah yang menyaksikan episode 'sudah jatuh ke belum hari ni?' petang kelmarin. Kemalangan kecil yang terjadi di hadapan bilik guru.

Oh shoot! Ata tarik baju menutup setengah mukanya. Dia tak mahu gadis itu tahu bahawa dialah pelajar malang petang kelmarin. Dah dua hari berturut-turut orang yang sama tertangkap adegan tersungkur dan tersembam Ata. Sumpah, Ata terasa sangat malu ketika ini!

"Awali, jom balik." Dia mengajak adiknya beredar. Tak dapat berlama-lamaan di pantai kerana dia tak mahu kemalangan kecil yang sama terus dihidangkan pada gadis itu.

Qalbi. Sebaris nama yang sentiasa disebut-sebut oleh pelajar dan kakitangan sekolah. Orang kampung ini tidak terkecuali.

"Tu Qalbi kan? Budak form 4 yang viral?" Awali seakan dapat mengecam wajah itu.

"Er... entah. Pelanduk dua serupa kot."

"Aku rasa itu dialah, Ata. Aku dengar orang kampung kata mak dia penyodol suami orang. Aku ada dengar juga, mak dia banyak layan ramai jantan sampai mengandung. Qalbi ni mana ada ayah." Awali berbisik ke telinga Ata.

"Tak baiklah mengumpat orang, Awali. Maklumat tu kau dengar dari mulut orang kampung, bukan dari mulut dia sendiri. Tak takut dosa? Sebar fitnah, satu. Mengumpat orang, satu. Neraka tu panas, dik." Sedas Ata bagi. Mata menjeling Awali. Ata nampak dengan jelas perubahan air muka Awali. Mungkin si adik kesal dengan diri sendiri. Mungkin juga dia mula rasa bersalah dengan khilafnya.

"Aku nak pergi dekat dia." Awali sarung selipar ke kaki.

"Eh?"

"Nak minta maaf!" Langsung saja Awali berlari ke arah Qalbi. Ata ditinggalkan terpinga-pinga. Ata perlu masuk campur atau tidak ni?

Betullah tindakan si adik untuk terus meminta maaf pada orang yang diumpat tadi. Abah dan umi yang didik mereka berdua begitu sejak mereka kecil lagi. Nasihat Encik Anas yang sentiasa mereka pegang. Buat dosa dengan Allah, kalau bertaubat itu Allah ampunkan. Tapi kalau buat dosa dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia yang disakiti itu.

"Kak Qalbi, saya nak minta maaf." Awali mengambil tempat di hadapan Qalbi. Duduk melutut.

Qalbi pandang kiri kanan. Jari telunjuk ditunding pada diri sendiri.

"Yalah, akak. Akak student Cikgu Nurun kan? Akak tingkatan 4 tu?"

"Ya... tapi kenapa kau minta maaf dekat aku tiba-tiba ni?"

"Sebab saya tak sengaja terumpat akak. Saya bagitahu dekat abang saya apa yang orang kampung cakap tentang mak akak. Saya minta maaf!"

"Ouh... takde apalah. Dah biasa dah tu." Balas Qalbi bersahaja. Lagaknya santai seolah perihal tersebut hal yang biasa-biasa saja.

"Akak ikhlas ni maafkan saya? Saya tak nak dekat Mahsyar nanti... saya kena merangkak cari akak." Seriau mengenangkan perkara itu. Semoga dijauhkan.

Qalbi ketawa besar mendengar balasan Awali.

"Santai ajelah. Terima kasih sebab datang dekat aku dan minta maaf right on the spot. So, kau dimaafkan. Kau tak ada hutang dengan aku." Qalbi mengukirkan senyuman kecil buat Awali. Kan bagus kalau manusia baik seperti Awali wujud dan tinggal di Kampung Mesra ini.

Nama Kampung saja Kampung Mesra tapi orangnya tidaklah mesra alam.

"Okey, satu hal dah settle. Ata, dah boleh balik dah!" Awali bingkas bangun dan mengibas debu pasir pada seluarnya.

Ata tidak jauh dari keberadaan mereka berdua. Qalbi melemparkan pandangannya ke arah lelaki yang dipanggil Ata itu. Betullah dia 'Ata' yang dia jumpa di depan bilik guru petang kelmarin. Ata yang cemerkap. Sikit-sikit jatuh. Sikit-sikit tersembam.

Pandangan mata mereka beradu. Ata semakin hampir. Entah kenapa masa seakan-akan bergerak perlahan ketika itu. Angin yang bertiup turut memainkan peranannya. Rambut hitam Ata berterbangan halus mengikuti sentuhan angin yang berhembus lembut.

Ata Tauqan.

"Sekejap!" Qalbi bersuara dan memecahkan momen ala-ala cerita hindustan sebenar tadi.

Ata balikkan tubuhnya menghadap Qalbi. Agak terkejut dengan arahan gadis itu. Kenapa? Ada apa?

"Kau lupa zip seluar kau." Noktahkan ayat. Qalbi lantas bangun dan berlalu pergi. Segan pula dia dengan Ata. Kalau tak tegur, Ata yang menanggung malu. Kalau dia tegur, Qalbi kuatir dicop perempuan gatal. Banyak-banyak benda boleh tengok, mata tak sengaja tertengok zip seluar lelaki itu menganga.

Ata menunduk melihat zip seluar jeannya. Berderau darah setelah dia dapati zip seluarnya terbuka luas. Wajahnya merah padam menahan malu yang tak dapat dibendung lagi.

"Awali, kenapa kau tak tegur zip seluar aku terbuka!" Ata menjerit ke arah Awali. Sebal.

"Haa? Aku tak perasan pun. Hahahahah!"

    

TBC

Update: 20112023

Ramai trauma dengan Zihni ni😌 Move on gais, semoga yang ini tak sakit.

Yang Satu Donde viven las historias. Descúbrelo ahora