8

1.1K 178 9
                                    

MATANYA memandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Masih berasap dek dipanaskan semula oleh Puan Adara. Hidung kembang kempis menghidu bau makanan tersebut. Bau yang enak. Tak semena-mena membuatkan perutnya terasa pedih minta diisi dengan segera.

"Jangan malu-malu. Umi hidang semua ni untuk kau." Ata yang duduk di sebelahnya berbisik.

Kenapa perlu susah-susah hidang lauk sebegini banyak untuk orang luar sepertinya? Bisik hati Qalbi. Soalan itu tak mampu dia zahirkan. Rasa tak sedap pula jika dia bertanya pada tuan rumah yang dah susah payah menyediakan semua ini untuknya.

"Ada lebih dekat dapur. Sebelum balik karang, mak cik bungkuskan. Bawa balik rumah," kata Puan Adara. Wanita itu melangkah menuju ke meja makan. Puan Adara mengambil tempat di sebelah Encik Anas.

"Te-terima kasih, mak cik..." Adara menarik segaris senyuman kecil. Segannya...

"Makan banyak-banyak, kak Qalbi. Lepas makan, kita tengok movie pulak. Saya dah download movie untuk kita tengok petang nanti. Cerita hantu." Awali melirik ke arah si abang yang terlihat panik. Dia sembunyikan senyuman.

"Kenapa cerita hantu?"

Qalbi menoleh ke arah Ata. Kenapa dengan cerita hantu? Ata ada masalah dengan cerita hantu? Mamat cemerkap ni seorang penakut?

"Kalau Qalbi nak tahu, Ata ni penakut tau." Tipikal mak-mak. Puan Adara tak sengaja buka aib Ata.

"Umi..." Ata terus tekup muka dengan kedua tapak tangan. Malu. Kenapalah hari ini dia pula yang dibuli oleh umi dan Awali? Apa dosa dia pada mereka berdua? Huwa! Abah, tolong!

"Kak Qalbi nak tahu tak satu cerita?" Muka Awali sepertinya sedang menahan ketawa.

Ata dah bulatkan mata. Aduh, aibnya yang mana pula Awali nak jaja dekat Qalbi? Kalau dia tahu akan jadi begini, memang awal-awal lagi dia kunci Awali dalam stor.

"Apa dia?" Apa-apa saja yang melibatkan Ata, Qalbi tertarik mahu tahu.

"Haritukan... kitaorang keluar tengok wayang. Kitaorang tengok cerita Khanzab. Dekat cinema Ata tak buat hal. Dia cool aje. Bila kitaorang balik rumah, dia ajak saya tidur sekali dengan dia. Dia kata dia tak boleh tidur seorang. Satu malam tak apalah teman dia, ini tak, satu minggu tu dia duk heret saya teman dia tidur bilik dia." Awali bercerita sambil ketawa.

Qalbi menoleh semula ke arah Ata. Ternaik sedikit senyuman di hujung bibir Qalbi. Senyuman kecil seolah mengejek Ata. Ata ketap bibir seolah mengerti maksud senyuman si dia. Qalbi pun nak masuk team Awali dan ummi?

"Lepas tu ka..." Ayat Awali dipintas laju oleh Ata.

"Aib abang kau yang mana lagi kau nak cerita ni?" Ata yang dah merah telinga bertanya.

"Kak Qalbi, fokus dekat saya. Jangan pedulikan Ata." Awali jeling saja si abang.

"Ada satu hari tu dia kata dia tak mahu simpan bantal guling dia sebab dia takut. Tapi budak Ata ni bijak, boleh pula dia letak bantal guling dia tu tepi almari. Berdiri. Dah lah sarung bantal dia tu warna putih. Kalau malam-malam nampak macam lain pulak kejadiannya."

Awali belum habis bercerita, Qalbi dah mengekeh. Dia macam dah boleh agak apa akan terjadi selepas itu. Memikirkan kemungkinan yang berlaku, hatinya terasa geli bagai digelitik.

"Jadi malam tu dia menjerit 'pocong! pocong! Umi tolong!' Hahahah!" Awali dah bantal ketawa dengan Qalbi. Encik Anas dan Puan Adara tergeleng-geleng melihat keletah Awali dan Qalbi. Mereka berdua benar-benar terhidur dengan cerita Awali.

"Mata aku kan rabun... waktu tu tak jelas." Ata mencebik. Malu lagi! Tak habis-habis dimalukan.

"Alasan."

"Dah-dah lah tu, sejuk pulak makanan ni nanti. Awali, baca doa. Kita makan dulu, lepas ni sambung borak. Kesian tetamu kita, perut dah lapar tu." Encik Anas bersuara.

Syukurlah ada Encik Anas yang menjadi penyelamat. Meskipun dia tahu Awali akan terus memalukan dia selepas ini, sekurang-kurangnya ketika ini Awali dah tutup mulut. Keadaan dah kembali tenang. Ata tak marah. Awali memang begini, orangnya mulut murai. Adiknya suka bercerita dan suka jaja cerita memalukan tentang dirinya.

Doa sebelum makan dibacakan oleh Awali. Usai mengaminkan doa, mereka pun sama-sama menjamu selera. Encik Anas dan Puan Adara tak henti-henti menyuruh Qalbi menambah lauknya. Awali pula memandai-mandai mencedokkan lauk ke pinggan Qalbi.

Dia menoleh ke arah Ata. Hanya lelaki itu saja yang tak banyak bunyi. Lama matanya terhala pada Ata. Sedari ada sepasang mata memandang ke arahnya, Ata pun menoleh ke sebelah. Pandangan mereka bersabung.

"Kenapa?"

Qalbi tak beri respon. Soalan Ata terbiar begitu saja.

"Nak apa?" Ata menyoal lagi.

Kali ini barulah Qalbi sedar Ata sedang berbicara dengannya. Semedan dia menggeleng dan memalingkan wajahnya ke hadapan. Berbalas pandang dengan Encik Anas dan Puan Adara.

"Pak cik tahu. Anak pak cik tu handsome kan?" Encik Anas tuju soalan pada dia. Qalbi tersentak.

"Janganlah usik Qalbi tu abang." Puan Adara ketawa.

"Abah... jangan mulakan ya." Ata beri amaran.

"Anak pak cik tu bujang. Tak bercinta dengan sesiapa. Kalau Qalbi nak dia, ambillah. Pak cik dengan mak cik bagi restu." Dan selepas itu Encik Anas tertawa besar. 

Ata genggam sudu besi kuat-kuat. Ah, satu keluarga buli dia. Abah pun dua kali lima sama. Boleh pula Encik Anas buat dia macam barang. Bagi macam tu saja.

Qalbi sekadar tersenyum saja. Tiba-tiba tepi lututnya terasa dilanggar sesuatu. Lutut Ata. Dia tak menoleh. Dia hanya pasang telinga. Dia dengar Ata ungkap perkataan 'sorry' dalam nada yang perlahan. Sangat halus. Sangat lembut.

Entah atas sebab apa hatinya berdebar. Jantung berdegup kencang. Sepanjang 16 tahun dia hidup, dia tak pernah merasa begini dengan seseorang. Ini kali pertama. Ata buat dia rasa sesuatu yang tidak pasti apa namanya. Perasaan yang sangat asing. Asing yang menyamankan.

   

TBC

Update: 27122023.

Barangkali bab terakhir untuk tahun 2023. Inshaallah, panjang umur, next chapter kita update tahun depan🤭🤣

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang Satu Where stories live. Discover now